بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Bila baca pada info, Bantal Das Abdul Global atau lebih dikenali sebagai Bantal DAG ni merupakan bantal hotel tujuh (7) bintang! Patutlah slogan mereka; Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel !
Tuan Das Abdul - Founder DAS |
CX turut baca juga serba sedikit latar belakang DAG ni. Menurut info yang ada di website utama mereka. Founder DAG ialah Tuan Das Abdul yang merupakan bekas Jurutera Awam dan juga pernah berjawatan sebagai Pengurus Am di sebuah Resort di Kelantan. Beliau mula tercari-cari peluang bisnes disebabkan minatnya yang sangat mendalam dalam bidang bisnes. Hinggalah pada satu hari beliau mendapat idea untuk menjual bantal hotel di ‘car boot sale’.
"Bantal yang baik adalah kunci kepada tidur malam terbaik. Setiap orang mesti memilih bantal sesuai untuk tidur lebih baik kerana bantal yang baik adalah sama pentingnya dengan keselesaan tilam dan selesa untuk tidur malam terbaik."
Inilah yang di pegang oleh Tuan DAS hingga menyebabkan beliau nekad untuk menjadi seorang peniaga bantal. Sesuai dengan slogan mereka iaitu; Sleep Like A King!
Sudah pasti setiap daripada kita mahukan tidur yang baik kan? CX pun sama! Kalau nak tahu, kualiti tidur mampu memberi tenaga dan kesihatan sempurna pada keesokan harinya. Jadi, untuk tidur yang baik, asasnya adalah pada bantal itu sendiri. Bayangkan bila tidur malam bantal rasa tidak selesa, hmm jawabnya bangun tidur nanti sakit leher. Lenguh satu badan. Manakan mampu untuk kita peroleh kualiti tidur yang bagus macam tu.
DAG Menawarkan Banyak Pilihan Bantal Yang Menarik.
Bantal DAG ini terbahagi kepada TIGA PILIHAN iaitu;
1. Polyster Helix DAG (PhD)
Keanjalan 80%
Ketahanan 50%
Kegebuan 30%
|
Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas. Mudah dijaga.
Ia juga Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik. Harga seunit hanyalah RM35.00 sahaja.
2. H-Classic (H-Class)
Keanjalan 30%
Ketahanan 40%
Kegebuan 40%
|
Lembut dan gebu - dibuat daripada bahan yang empuk. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas Mudah untuk dicuci & dijaga.
Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Harga seunit RM45.30 sahaja.
3. H-Class PRO (Koleksi Hotel)
Keanjalan 40%
Ketahanan 60%
Kegebuan 50%
|
Penggunaan teknologi baru, H-class Pro mempunyai fiber yang lebih halus, ringan, dan isian lebih padat.
Sesuai untuk mereka yang sukakan bantal lembut tetapi tinggi. Masih lagi dalam kategori polyester fiber dan walaupun fiber lebih halus tetapi masih mengekalkan ciri-cirinya yang boleh di basuh. Harga Seunit RM63.00 sahaja.
Bantal DAG Ternyata Sangat Istimewa dan Menarik
CX memang jatuh hati tambah kagum dengan semua bantal hotel yang dikeluarkan oleh DAG ini. Semuanya bagus! Semuanya best! Paling seronok sebab mudah untuk dijaga dan boleh di basuh dalam washing mechine. Haa special kan? Kalau bantal lain yang pernah CX beli sebelum ni masuk mesin, alamatnya Sadakallahul'azim terus tak ada rasa lembut dan gebu lagi dah!
CX juga suka dengan tahap kualiti yang dijaga oleh pihak DAS. Buktinya ramai pengguna yang sangat berpuashati hingga ada yang cakap, beli sekali sahaja tapi bantal tahan hingga bertahun-tahun. CX akui dan percaya! Jika tidak manakan boleh iklan bantal ini terpampang di sepanjang highway. Yalah bantal sahaja kot, harga pun RM35.00 sahaja sebiji . Kalau tak bagus manakan boleh berada hingga tahap ini.
Kini CX Juga Telah Bergelar Pengguna Bantal DAG, Yes!
Ini bantal CX yang punya... jangan ambil okay! Kalau nak, kenalah beli sendiri ya. Cx pilih H-Classic yang berharga RM45.30 . Memang lembut sahaja bila guna tau! Dia tidak menganjal sangat dan gebu pon boleh tahan. Selesa tidur! Memang berkualiti tinggi sangat bantal DAS ni !
Jujur cakap, memang lembut. Memang gebu. Memang sedap tidur. Lepas ni CX rasa macam nak cuba bantal peluk pulalah sebabnya dengar kata bantal peluk DAG pun dah muncul di pasaran.
DAG Menyediakan Servis Penghantaran Secara Pos Dan COD
Bantal CX ini pada mulanya nak beli online sahaja di website DAG tapi bila difikirkan balik , eloklah CX beli dekat agent Melaka yang berdekatan. Ramai juga agent di Melaka ini. Jadinya CX pon contact seorang agent aktif di Melaka ini iaitu Encik Amerr. Servis penghantaran beliau sangat pantas.
Masa deal untuk pembelian pon, beliau sangat friendly dan layan sahaja apa yang CX tanya. Bagus sangat! Semalam dok order, esoknya dah sampai depan rumah! Fuh! Terbaik! Peramah pon ya Encik Amerr ini tau. Kalau korang orang Melaka nak beli Bantal DAG ini, boleh terus contact beliau okay!
Sleep Like A King
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
22 Comments
aida x beli masa tu. sebab lom pindah umah.
bila nak beli, dia x jual dah...
then masa tu, mcm dah tak nampak sesape jual tau.
recently, up balik bantal ni.
kat tepi jalan. kat family store pun ada.
cuma dia x bwk semua jenis bantal. 1-2 je.
kena order.
pe'el aida ni, nak rasa dulu baru beli :)