Daftar Sekolah Agama Darjah 1 2024 Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pendaftaran Sekolah Agama Darjah 1 2024/2025 Melaka

Bermula pada semalam iaitu 3 April 2023, telah dibuka secara rasminya daftar sekolah agama darjah 1 2024/2025.  Macam kali ini, anak cx yang si kakak pula akan mula sekolah kafa. Makanya, cx pon mulalah daftar sekolah agama darjah 1 2024 untuk kakak pagi tadi selepas sahur.  

Jika sekarang, kakak pra-sekolah di sekolah kebangsaan yang lain sebenarnya.  Kami mohon sekolah lain tetapi disebabkan waktu anak-anak pindah sekolah sudah di pertengahan tahun, makanya, kami terpaksa pilih juga sekolah yang sekarang.  Sekolah agak jauh sebenarnya.  Lebih kurang 11km setiap hari abah dia nak kena hantar. Kemudian kena patah balik dalam 4.5km ke tempat kerja. Agak penat sebenarnya.

Daftar Sekolah Agama Darjah 1 2024
Daftar Sekolah Agama Darjah 1 2024 


Daftar Sekolah Agama Darjah 1 2024

Nak dijadikan cerita, si abang pon sekolah di tempat yang sama jauhnya 11km.  Jadi, kami plan hantar si kakak ke sekolah yang lebih dekat untuk tahun depan.  Si abang pula kami rancang untuk tukar sekali nanti.  Tidaklah abah dia penat nak ulang alik jauh dari rumah dan tempat kerja.  Minyak hari-hari pon boleh tahan larapnya ya.  Waima guna motor tapi kalau dah patah balik setiap hari macam gini, memang cepat nau minyak motor habis. Terasalah juga. 

Jadi, pagi tadi cx selesai daftarkan nama si kakak di sekolah yang dekat sedikit.  Mudah-mudahan kakak dapat penempatan disitulah.  InshaAllah.  Korang doa-doakan ya. Lagipun, sekolah tersebut agak hot ya.  Ramai nak masuk belajar dekat sekolah tersebut.  Setiap kali tanya, mesti kata kuota murid sudah penuh.  Begitulah hebatnya sekolah yang kami pilih ini untuk anak-anak. Korang dah mula daftar sekolah agama darjah 1 2024 untuk anak-anak ke belum? Orang Melaka dah boleh mula daftar sekarang. Tempoh pendaftaran sekolah agama darjah 1 2024/2025 dibuka bermula 3hb April sehingga 31 April 2023.  kbai



Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
Salam. Anak I darjah 1 tahun depan. So sekolah agama boleh daftar sekarang ke mcm mana
CXopportunities said…
Wslm. Ya betul daftar sekarang. Tapi macam kalau terlupa nak daftar atau dah terlambat, kena direct pergi sekolah tanya