Kedai Ubat Perubatan Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Kedai Ubat Perubatan Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka



Sepanjang hidup CX, memang dah biasa sangat dengan kedai perubatan tradisional Cina.  Kebiasaannya orang kita suka panggil kedai ubat Cina sahaja.  Masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum juga tidak terkecuali menggunakan ubat Cina.  CX juga kerap ke kedai ubat Cina atau perubatan tradisional Cina semasa hayat arwah abah ada.  Kami selalu beli serbuk putih yang berfungsi untuk mengeringkan luka yang basah.  Tapi itu semua tinggal kenangan.  Maaf CX tak ingat nama ubat tersebut.

Kedai Ubat Perubatan Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka

Korang mesti pernah dengar pasal ubat-ubatan yang agak terkenal bagi masyarakat kita macam pil chi kit teck aun kan? Memang Melayu sangat serasi dan suka pergi kedai perubatan tradisional Cina sebab ubat cina sesuai dan banyak keisitmewaannya. CX juga ada amalkan milkbooster campuran buah-buahan kering amalan orang Cina.  Tak ketinggalan juga, ketika CX pantang gugur anak pertama, uncle kedai ubat Cina bagi petua supaya minum air rebusan halia dan buah longan kering. Memang terbaik! Badan sedap dalam pantang.

Kedai Ubat Cina Ban Heng Tong Trading Melaka


Melaka memang banyak dan terkenal dengan lambakan kedai ubat Cina.  Pada CX, ianya bagus sangat sebab ubat-ubatan Cina setakat yang CX amalkan, memang badan sedap dan boleh dikatakan mujarab. Antara kedai ubat perubatan Tradisional Cina dekat Melaka yang memang menjadi pilihan ramai orang Melayu, India dan tak kira bangsa adalah Kedai Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading.  Itulah CX cakap, Kedai Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading ini memang terkenal di kalangan orang kita tak kira bangsa.  Makluman CX dan untuk korang juga, ramai sangat orang Melayu yang datang dekat kedai diorang sebab nak dapatkan ubat herba cina.  




Produk yang terkenal di kalangan orang Melayu adalah ubat jantung.  CX memang tak ragu dengan kekuatan dan keistimewaan ubat herba cina sebab CX sendiri dah amalkan antara ubat mereka.  Kedai Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading juga selain herba Cina, mereka juga ada jual detox lung tea.  Semua ubat mereka adalah herba asli okay.  Tiada campuran produk yang membahayakan.  Jadi, korang tak perlu nak risau.  

Pengenalan Kewujudan Kedai Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka


Kalau korang nak tahu, kedai tradisional Cina Ban Heng Tong Trading ini telah wujud sejak tahun 1989.  Pengasasnya adalah Encik Teo Choon Swee.  Sekarang, kedai tradisional Cina ini sudah pon mempunyai empat buah cawangan iaitu di Kampung Lapan, Jalan Melaka Raya, Ayer Keroh dan Jalan Bunga Raya di bandar Melaka sahaja. Encik Teo Choon Swee sangat bekerja keras dengan penyelidikan beliau selama bertahun-tahun yang akhirnya telah mencipta "ubat penyumbatan saraf jantung" yang sangat terkenal.  Orang cina biasanya panggil sebagai ubat patensi jantung untuk tolong mereka yang ada masalah jantung.  Sehinggakan ke hari ini. legasi beliau bersama-sama mencipta dan menyediakan produk herba terbaik dan asli bagi memenuhi keperluan masyarakat kita. 


Kedai Ubat Cina Melaka
Cawangan dan Lokasi Kedai Tradisional Ubat Cina Ban Heng Tong Trading

Perubatan Tradisional Cina yang Boleh di amalkan oleh Ibu Menyusu


Kalau korang seorang ibu yang menyusu seperti CX, hal ini kena ambil tahu ya.  Ibu menyusu tidak boleh atau tidak disarankan untuk mengambil herba.  Takut nanti bagi kesan negatif kepada badan anak yang menyusu.  Kalau macam CX, ada beberapa minuman yang telah CX cuba sendiri dalam minuman dan makanan.  Ianya tidak memberi kesan negatif sebab tiada campuran bahan-bahan yang tidak sepatutnya. Lagipun, kalau korang nak tahu, pemilik Kedai Perubatan Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading ini adalah seorang doktor.  Jadi jangan risau ya.  Semua ubat-ubatan herba mereka tiada campuran barang terlarang.  InShaaAllah .  Okay, antara yang CX amalkan adalah; Blue Pea Flower, Chrysanthemum dan Slimming Tea. Jom CX kongsikan khasiat dan kelebihan bagi setiap satu.

Blue Pea Flower


1. Kaya dengan antioksidan.  Blue Pea Flower boleh dijadikan sebagai minuman yang sedap untuk dimasukkan dalam diet detoks harian kita. Antioksidan dikatakan melindungi tubuh daripada tindakan radikal bebas.

2. Rasa Blue Pea Flower "butterfly-pea" yang murni dikatakan sebagai penambah mood seseorang. Teh dikatakan mempunyai kesan boosting yang baik terhadap tekanan yang juga dapat membantu mengurangkan gejala kegelisahan. Tambahan, ianya membantu menyegarkan otak dan membantu seseorang bertenaga.

3. Blue Pea Flower juga dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan air kerana ia adalah minuman diuretik semula jadi.

Kedai Ubat Cina Melaka
Blue Pea Flower: Kedai Perubatan CIna Ban Heng Tong Trading


4. Teh ini terkenal dengan manfaat anti-penuaan, dikatakan sangat baik untuk kulit, kerana kesan anti-glisasinya, yang melawan penuaan kulit. Flavonoid yang terdapat dalam teh biru juga dapat merangsang pengeluaran kolagen.

5. Sifat menghilangkan tekanan Blue Pea Flower juga membantu menjaga kecantikan kulit dan kecantikan secara keseluruhan.

6. Flavonoid yang terdapat dalam Blue Pea Flower juga dapat merangsang pengeluaran kolagen, membantu mengembangkan dan mengekalkan keanjalan kulit.

7. Blue Pea Flower sangat baik untuk rambut juga, kerana ia mengandungi anthocyanin - menjaga kulit kepala supaya sihat dan juga membantu dalam menguatkan folikel rambut.

Blue Pea Flower ini dia tiada rasa pon sebenarnya cuma ianya memberikan kesan warna kepada minuman dan masakan kita.  CX suka masukkan dalam masakan.  Lagi-lagi nasi. Hari kelmarin, CX buat nasi ayam blue pea flower.  Itu yang nampak biru dia nasinya.  Cantikkan warna dia? Kita tak perlu guna banyak pun bunganya, cukuplah beberapa sahaja sebab kesan warna semulajadi bunga tersebut memang menyerlah dan cantik.  Korang tengoklah nasi ayam CX ini. 

Blue Pea Flower Kedai Ubat cina Melaka
Boleh beli blue pea flower di kedai tradisional cina ban heng tong trading Melaka

Detox & Slimming Tea


Di kedai ubat perubatan tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka, korang boleh juga dapatkan detox & slimming tea.  Kalau korang nak kurus dan diet secara sihat, boleh cuba minum detox & slimming tea ini. Bau dia agak kuat dengan daun tehnya tersendiri.  Rasa dia pon memang macam teh tapi lebih kepada rasa macam ubat herba macam tu.  Umpama minum ubat campuran akar kayu tapi tak pahit pon.  Rasa dia manis dan sedikit kelat sebab satu uncang itu untuk secawan hidangan.  

Detox & Slimming Tea
Detox & Slimming Tea Ban Heng Tong Trading


Cara Penyediaan Detox & Slimming Tea


Cara buat dia senang sahaja, seuncang teh direndamkan dalam secawan air panas dan dibiarkan selama 15 minit.  Satu hari untuk seuncang teh.  Korang bolehlah amalkan untuk diet yang sihat.  Ianya sesuai ya diminum oleh ibu yang menyusu.  Tiada kesan sampingan sebab ianya hanya dedaunan teh.  Uncang teh simpan di tempat yang kering  yang ya untuk yang belum digunakan lagi. 

Detox & Slimming Tea
Detox & Slimming Tea: Kedai Ubat Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka

Fungsi Detox & Slimming Tea


Detox & Slimming Tea membantu menyihatkan darah kita.  Ianya memperbaiki tona warna kulit dengan sifat anti-oksidannya. Ini membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh untuk mengurangkan keletihan dan kepenatan. Detox & Slimming TEa bermanfaat dalam mencegah sembelit ya.  Ini kerana, ianya meningkatkan fungsi usus, membantu proses pencernaan dan detoksifikasi.  Antara bahan yang terdapat di dalamnya adalah seperti berikut; Senna, krisan, melati, mawar, licorice, hawthorn, stevia

Chrysanthemum Tea Flower


Chrysanthemum ini sebenarnya telah digunakan selama ratusan tahun dalam perubatanTiongkok.  Mereka menggunakan Chrysanthemum untuk mengubati masalah pernafasan, tekanan darah tinggi dan hipertiroidisme.  Chrysanthemum ini adalah peminat dan penggemar dia tersendiri.  Mereka menyatakan bahawa Chrysanthemum boleh mengurangkan keradangan dan memberi ketenangan kepada saraf kita.  Kalau korang nak tahu kenapa, ianya disebabkan teh 

Chrysanthemum Kedai Ubat Cina Melaka
Chrysanthemum Tea Flower


Chrysanthemum ini sendiri terdiri daripada sekitar 45% ekstrak bunga kering tau.  Chrysanthemum  berguna untuk merawat keradangan pada paru-paru dan saluran hidung. Ia juga diketahui mempunyai sifat anti-jamur, anti-bakteria, dan anti-virus serta berkesan dalam membersihkan hati.  Teh Chrysanthemum diseduh daripada bunga kering, mempunyai rona keemasan dan rasa yang lembut serta berbunga mirip dengan chamomile.

Keistimewaaan Teh Chrysanthemum


  • Teh Chrysanthemum membuatkan kita rasa segar dan membantu dalam peremajaan.  Rasa sedap dan ianya menenangkan badan juga minda.
  • Chrysanthemum tea membantu merawat sakit tekak dan batuk. Lemon dan garam batu boleh ditambahkan ke dalam teh untuk rasa yang lebih enak
  • Teh Chrysanthemum ini bebas kafein dan tidak menyebabkan kesan sampingan seperti ketegangan, kegelisahan dan kerengsaan.
  • Chrysanthemum tea berguna dalam rawatan penyakit arteri koronari, urat varikos dan arteri tersumbat.
  • Mempunyai sifat merangsang yang berkesan dan menyedarkan deria juga meremajakan otak.
  • Minum teh Chrysanthemum ini membantu melegakan keadaan seperti sensasi gatal dan kemerahan pada mata.  Teh warna kuning lutsinar ini bertindak sebagai agen detoksifikasi yang baik untuk hati.

Kedai Ubat Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka
Chrysanthemum Tea Flower : Kedai Ubat Perubatan Tradisional Cina Ban Heng Tong Trading Melaka

Kedai Ubat Tradisional Cina Terkenal di Melaka


Kalau korang nak tahu, kedia ubat tradisional cina Ban Heng Tong Trading memang terkenal di Melaka ya.  Memang kedai mereka menjadi tumpuan pelbagai kaum.  Tapi korang jangan silap kedai okay, sebab ada satu kedai cina ini mempunyai sama nama cina dengan mereka.  Jika dalam bahasa Inggeris, ianya dipanggil sebagai Sin Ban .  Korang jangan silap kedai tau sebab pemilik kedai adalah tidak sama dan segala produk yang Cx kongsikan dengan korang, ianya hanya di kedai ubat perubatan Cina Ban Heng Tong Trading Melaka.  CX hanya bagi pencerahan sebab taknak berlakunya kekeliruan dan dalam masa yang sama nak mengelakkan hak cipta ditiruvasi. Bawah ini CX kongsikan maklumat mereka supara korang lebih peka tau! Jangan salah masuk kedai! hihi


Kita Jaga Kita
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

3 Comments

cikza said…
cikza suka minum teh bunga, tp brand yeos, lepas baca artikel ni, tak mustahil untuk pergi ke kedai ginseng berhampiran.
Ai said…
Ada-ada orang memang serasi dengan ubat herba cina ni. Tapi ai tak suka herba-herba. Tak tertelan. Tapi kalau sapu-sapu ai ok.
Nadia Johari said…
Uish nad cuma tau yang ubat kuning utk baby tu je. Tu pun tak tau beli kat ne.. Selalu byang bagi saudara