Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka: Bufet Ramadan 2026 Penuh Tradisi & Cita Rasa Istimewa
Hi semua! CX kembali! Tak lama saja lagi, kita akan menyambut bulan mulia Ramadan Kareem. Pejam celik pejam celik, tiba-tiba dah nak puasa balik dan semestinya semua orang pon ada rancangan untuk berbuka di hotel. Betul tak? Sesekali gantung kuali dan periuk belanga. Apa salahnya kan?
Ramadan ini, Dusit Princess Melaka menjemput seisi keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja untuk berkumpul dalam semangat perpaduan dan penghayatan melalui Harmoni Berbuka, seubat Bufet Makan Malam Ramadan yang disusun rapi bagi meraikan tradisi, kebersamaan dan keunikan rasa yang tidak lapuk dek zaman.
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
Pengalaman Berbuka Puasa Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka
Bertempat di Zest, sebuah restoran Halal, bermula dari 21hb Februari hingga 18 Mac 2026, Harmoni Berbuka menawarkan suasana yang hangat dan selesa untuk berbuka puasa bersama. Diserikan dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang istimewa serta persembahan Ghazal secara langsung setiap hari.
Kali ini, meriahnya kita berbuka puasa dalam keadaan ditemani persembahan Ghazal! Kawasan yang tenang dan mudah untuk kita bergerak dan duduk bersama keluarga sambil berbuka puasa. Segala susun atur makan minum sangat sistematik dan mudah untuk kita. Anak-anak CX yang masih sekolah rendah pon dah pandai bawa diri untuk ambil makanan mereka sendiri. Tambahan dengan bantuan para staff di situ, sangat mesra kanak-kanak ya. Bukan itu sahaja, tempat duduk bayi pon disediakan. Paling menarik, pinggan, sudu garfu dan cawan set makan minum kanak-kanak pon ada! Menarik sangat!
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
Hidangan Istimewa Bufet Ramadan Harmoni Berbuka
Para tetamu bakal menikmati pengalaman kulinari yang mengujakan dengan hidangan istimewa seperti Laksa Melayu, Asam Pedas Ekor lembu, serta Kambing Panggang Seekor Penuh dengan perapan 33 jenis rempah ratus. Anak CX yang sulung tu bukan main suka lagi makan kambing panggang ni. Siap berulang ambil sebab sedap katanya. Seronok CX tengok anak makan dengan selera dan gembira.
Bukan itu sahaja, Bufet Ramadan kali ini turut diperkaya dengan Sentuhan Timur Tengah dan pilihan masakan Thai terpilih, menghimpunkan cita rasa tradisional dan meraikan kepelbagaian serantau.
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
Harga Bufet Ramadan & Tawaran Early Bird Dusit Princess Melaka
Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Dusit Princess Melaka menawarkan harga Early Bird terhad iaitu RM138 nett bagi setiap dewasa, berbanding harga biasa RM168 nett bagi setiap dewasa. Early Bird ini bermula hari ini sehingga 13 Februari 2026 okay. Siapa cepat, dia dapat ! Boleh cek di sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang
menu yang disediakan.
 |
| Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026 |
Harmoni Berbuka, Pilihan Ideal Bufet Ramadan di Melaka
Sama ada untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga tersayang atau sesi iftar korporat, Harmoni Berbuka menjanjikan detik-detik bermakna yang dikongsi bersama hidangan istimewa dalam suasan yang direka untuk keselesaan dan hubungan erat.
Sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan, sila Whatsapp di nombor
+60126153721
0 Comments