Gigi Susu Anak Goyang, Perlu ke Cabut?


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Gigi Susu Anak Goyang, Perlu ke Cabut?

Cx nak ceritalah sikit pengalaman gigi susu anak goyang dengan korang.  Biasalah first time anak cx alami, jadi mak dia kan blogger, nak juga simpan kenangan dan kongsi dengan pembaca.  Jadi, bila gigi susu anak goyang, mak dia yang terlebih cemas tau mula-mula tu. Haha! Yelah, masa kecil dulu kita ingat-ingat lupakan. Jadinya bila anak sendiri yang gigi susu dia goyang, kita tertanya-tanya, perlu ke cabut kan? 

Pengalaman Gigi Susu Anak Goyang 

Masa bulan November 2022, anak cx si abang tiba-tiba bagitahu yang gigi susu dia dah goyang.  Tapi dalam masa yang sama, abang bagitahu yang ada gigi kekal dah tumbuh belakang gigi susu yang goyang tu.  Bukan baru nak tumbuh tau tapi dah separuh.  Cx terus macam terjerit sikit, "Eh! Kenapa tak bagitahu mak yang gigi kekal abang dah tumbuh?" Anak cx pon macam cemas bila mak dia agak cemas. Hahah! Kesian dia. 

Gigi Susu Anak Goyang
Gigi Susu Anak Goyang, Perlu ke Cabut?

Cx sebenarnya tak risau sangat dengan gigi susu dia yang dah goyang tu tapi lebih cemas dengan gigi kekal yang dah tumbuh separuh. Gigi dia dah tak cantik sebab berlapis! Ya! Cx memang cemas bila gigi dia tumbuh berlapis. Yalah, kita sebagai mak, mesti nak gigi anak cantik. Betul tak? Si abang ni pula dia memang seorang yang pandai jaga gigi dia. Selalu gosok gigi bersih-bersih dengan sendirinya sejak berusia lima tahun.  Sekarang abang dah berusia tujuh tahun (2022). Jadi cx rasa macam kesianlah dengan abang sebab dah jaga gigi elok-elok tiba-tiba berlapis pula. 

Nak dijadikan cerita, masa gigi susu abang goyang dan ada gigi kekal dah tumbuh separuh dekat belakang dia, waktu tu di sekolah tengah ada pemeriksaan gigi.  Jadi, cx pon bagitahu dekat abang untuk tanya doktor atau misi yang bertugas tu pasal gigi dia. Bila anak cx balik sekolah esoknya tu, anak cx cakap, "abang dah tanya tapi doktor tu kata haa biarkan saja gigi tu." Pada mulanya macam, okaylah sebab dulu pon kalau gigi cx goyang, cx akan biarkan dia tercabut sendiri sambil lidah gapillah dok usik dan goyangkan lagi gigi susu tu. 

Pemeriksaan di Klinik Gigi Kerajaan

Tapi, disebabkan cx ni risau dengan gigi kekal abang yang da tumbuh separuh dekat belakang gigi susu tu, cx tak puas hati tau.  Pada masa yang sama, temujanji anak cx dekat klinik kesihatan minggu depan tu tau. Jadi, dah alang-alang menyeluk pekasam, cx menyelamlah sampai ke pangkal lengan. Cx pergi ke klinik gigi dan tanya doktor sendiri. 

Gigi susu anak goyang
Gigi Susu Anak Goyang, Perlu ke Cabut?

Cx: "Doktor, saya nak tanyalah. Gigi susu anak sulong saya dah bergoyang tapi masalah sekarang, gigi kekal dia dah tumbuh sekali dekat belakang. Dah separuh pula tu. Macam mana eh doktor?"

Doktor Gigi: "Oh! Bawa datang anak ke klinik biar saya cabut. Saya kena pastikan gigi dia tidak berlapis sebab gigi tak boleh tumbuh berlapis. Dia kena duduk di soket gigi itu sendiri. Bukan berlapis. Bawa dia datang jumpa kita."

Cx: "Ohyake. Kena cabutlah ya doktor? Okay nanti saya bawa anak jumpa doktor."

Tapi korang tau tak bila doktor kata kena cabut tu, dalam kepala cx tak taulah kenapa dok fikir doktor akan cabut gigi kekal anak. Cx jadi lagi risau sebab si abang tu macam gerun sikit bab-bab gini. Cx siap cakap dekat doktor, anak saya takut sikit doktor, macam mana nak kawal dia? Pastu doktor tu cakap, oh! Takpa, awak bawa saja anak ke sini. 

Gigi Susu Anak Goyang, Jom Cabut!

Tibalah hari anak cx dibawa ke klinik.   Ketika itu cuti sekolah pada 5hb 12.2022. Bila tiba di klinik, doktor suruh baring dekat kerusi untuk diperiksa. Doktor perempuan Chinese yang rawat anak cx.  Kemudian doktor cakap, kita kasi buang ya gigi susu ini. Waktu tu anak cx dah seram sejuk. Dia dah mula nak nangis tapi ditahan.  Kemudian, doktor keluarkanlah ragum kot orang kampung panggil, nak cabut gigi susu anak cx. Tapi anak cx dah nangis nak lari-lari. Kemudian doktor pujuk, okay doktor sapu jem strawberry ya dekat gigi bagi sejuk. 

Gigi Susu Anak Goyang
Gigi Susu Anak Goyang, Perlu ke Cabut?


Anak cx tenang seketika tapi bila doktor keluarkan ragum (rujuk gambarajah alat no.3) nak pegang gigi, terus dia nangis hahah! Kemudian doktor minta tolong misi pegang anak cx. Nasib baik misi lelaki. Kuat sikit nak kawal anak cx.  Bila anak cx dah nangis taknak ragum tu, doktor tukar alat dia. Doktor cakap, okay takpa, doktor pakai ini ya. Alat macam cungkil gigi tapi bengkok hujung dia (rujuk gambarajah alat no.1). Nasib baik doktor ni pandai tackle anak-anak. Lepas tu doktor terus suruh misi lelaki tu tolong pegang. 

Doktor terus jalankan prosedur cabut gigi anak cx. Disebabkan gigi susu anak cx yang goyang tu dah nyawa-ngawa ikan, jadi doktor senang sikit kerja dia, ditarik saja akar yang sikit tinggal tu. Anak cx dah nangis cakap sakit ! Sakit! Cx pon pujuklah bagi semangat, sekejap je abang. Kejap lagi dah siap. Tup-tup doktor cakap, okay dah siap! Doktor bersihkan sikit mulut anak cx dan disuruhnya gigit kapas supaya darah tak memancut. Alhamdulillah dah selesai cabut gigi susu anak cx. 

Penjagaan Selepas Cabut Gigi Susu Anak

Selepas selesai cabut gigi susu anak cx yang dah bergoyang tu, doktor pesan, gigit kapas tu sampai darah berhenti. Kalau kapas dah penuh, tukar kapas lain yang disediakan bersama dengan pesakit.  Doktor juga pesan, jangan kumur mulut ya. Takut bagi kesan pendarahan semula sebab akar gigi baru dicabut. Dia masih segar untuk berdarah kembali. Doktor cakap minum air pon perlahan-lahan. Elok juga untuk makan aiskrim untuk sejukkan tempat cabut dan hentikan darah lebih berkesan. 

Akhirnya selamatlah gigi susu anak cx dicabut dengan jayanya. Anak cx pon bahagia sebab dia dah boleh makan macam biasa semula.  Sekarang ni tengah hadap gigi susu kedua pula goyang. Haha! Anak cx dah cemas kembali untuk pergi cabut gigi dengan doktor ! Haha. Nanti cx kongsikan pula perjalanan gigi susu kedua anak yang juga dah goyang okay. Bai ! 

Post a Comment

0 Comments