Tips Membeli Hartanah Rumah Pertama

  بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kesan Covid 19 Kepada Hartanah Malaysia

Umum tahu, musim covid 19 banyak memberi kesan negatif kepada banyak sektor. Bukan setakat kesan terhadap ekonomi malahan pasaran hartanah juga terjejas. Waima cx bukanlah berduit lagi untuk membeli rumah sendiri, tetapi ianya agak merunsingkan buat kita yang berkeluarga. Mahu atau tidak, kita perlu ambil tahu juga. Takkan sampai ke tua kita nak duduk menyewa kan? Kudrat pon dah habis. Nak caj pon bukannya kita ni robot siap bateri. Betul tak?

Akibat krisis covid 19 ini juga, ramai pekerja dan sektor pekerjaan yang tergendala.  Ramai orang terpaksa bekerja dari rumah.  Ini juga memberi kesan terhadap perbelanjaan dan perancangan dalam membeli dan mempunyai hartanah sendiri di masa hadapan.  Ramai yang kecundang dan terpaksa rangka semula perancangan yang telah dirancang sebelumnya.  Jadinya, sesuai atau tidak di musim covid 19 ini, untuk kita membeli rumah dengan memiliki hartanah sendiri atau sekadar menyewa sahaja? 

hartanah rumah pertama,
Tips Membeli Hartanah Rumah Pertama


Tips Membeli Hartanah Rumah Pertama 

Rumah adalah satu aset dan semakin hari harganya makin meningkat.  Jika kita pandang dari sudut jangka masa panjang, ada yang membeli dan kemudiannya menjual semula pada harga yang lebih tinggi.  Ada juga  yang membiayai semula untuk buat loan baharu.  Pada masa sama, dapatkan pulangan untuk buat perkara lain seperti membaik pulih rumah.  Dari membiayai semula juga dapat membeli kenderaan, mulakan bisnes, buat suntikan dana dalam pelaburan atau simpanan ASB.  Mungkin juga boleh beli sebuah rumah lagi dengan harga tunai.  

Jom cx kongsikan antara tips membeli hartanah rumah pertama di bawah.  Waima banyak lagi tips lain tetapi ini yang paling penting sebelum meneruskan perancangan membeli hartanah rumah pertama.  Nanti korang boleh cari dan baca sendiri okay.

  • Tentukan Kewangan Ekonomi Peribadi

Benda pertama sekali kena fikir adalah tentukan kewangan ekonomi peribadi sendiri.  Kena pastikan gaji dan komitmen yang kita ada dikira dengan baik.  Kemudian, kita kena tahu sebaiknya bahawa kalau nak buat pinjaman rumah, ianya tak patut untuk melebihi 1/3 daripada gaji kasar yang diterima. Contohnya kalau gaji kita RM3,000 bermakna kita tidak boleh bayar lebih daripada RM900.  

Bagi memudahkan korang mengira segala komitmen yang ada berkaitan untuk hartanah rumah, boleh sahaja buat kiraan pendapatan sedia ada ini. Lagi mudah sebab kita hanya perlu isi sahaja dan ia akan bantu kirakan keseluruhan yang kita perlukan dalam pengiraan.  Secara tidak langsung, kita dapat tentukan kewangan ekonomi peribadi dengan lebih baik dan bijak. 

  • Pilih Lokasi Perumahan yang Dikehendaki

Perkara kedua yang perlu dititik beratkan adalah memilih lokasi perumahan yang dikehendaki. Rumah macam mana  yang kita mahu dengan persekitaran kejiranan bagaimana.  Adakah fasiliti semuanya lengkap dan mudah untuk kita hadapi setiap hari nanti.  Kita kena rajin buat kajian dengan ejen hartanah untuk dapatkan maklumat dan nasihat daripada mereka yang lebih pakar.   

Pemilihan ejen hartanah juga penting supaya kita jumpa yang mempunyai rekod baik.  Hal ini kerana ejen hartanahlah yang akan bagi nasihat kepada kita tentang rekod pemaju, pasaran semasa dan latar belakang.  Perlu juga kita tahu kawasan pemilihan perumahan rumah pertama kita ada masalah atau tidak yang melibatkan kepada bencana alam.  Ini semua bagi mengelakkan kerugian besar di masa hadapan dalam merancang pembelian hartanah rumah pertama.  

hartanah rumah pertama,
Tips Membeli Hartanah Rumah Pertama

Elakkan Kesilapan Dalam Membeli Hartanah Rumah Pertama

Apabila terlalu teruja untuk mempunyai hartanah rumah pertama sendiri, kita juga tidak lari daripada membuat kesilapan.  Silap percaturan dalam perancangan membeli hartanah rumah pertama memberi kesan buruk kepada kita sendiri.  Antar kesilapan yang dilakukan adalah;

  1. Komitmen melebihi kemampuan
  2. Mengambil mudah kos pemilikan rumah
  3. Tidak memahami dokumen SPA
  4. Mengabaikan pemilihan kawasan dan kejiranan
  5. Tidak semak skor kredit

Post a Comment

0 Comments