IMAN Shoppe : Kedai Buku Online Tempatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

IMAN Shoppe : Kedai Buku Online Tempatan yang Ramai Orang Tak Tahu

Jika zaman cx sekolah dahulu, cikgu selalu cakap, membaca itu jambatan ilmu.  Jadinya, kita telah diterapkan dengan nilai-nilai murni yang mengangkat ilmu dan buku sebagai satu mercu untuk kita berjaya kelak.  Jika dulu hendak membeli buku, cx ingat lagi tau, arwah abah mesti bawa kami pusing bandar untuk cari kedai buku.  Jika tiada buku yang dikehendaki, mesti arwah abah akan usaha juga ke kedai buku yang lain.  Waima kedai buku tersebut masing-masing jauh jaraknya.  Itulah kenangan manis jika zaman menimba ilmu bersama buku-buku. 

Iman Shoppe Bookstore
IMAN Shoppe : Kedai Buku Online Tempatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

Namun, waima ada banyak kedai buku di luar sana, korang tahu tak ada sebuah jenama kedai buku online tempatan? Korang boleh dapatkan buku-buku islamik dan motivasi dekat kedai buku online ini.  Cx nak kongsikan dengan korang sebuah kedai buku online tempatan iaitu IMAN Shoppe Bookstore.  Makluman korang, IMAN Shoppe Bookstore merupakan kedai rasmi bagi rumah penerbitan IMAN Publication. 

5 Kelebihan Membeli Buku di IMAN Shoppe Bookstore

Cx nak kongsikan lima sebab kenapa korang wajib singgah IMAN Shoppe Bookstore ini.  Waima kedai buku online tempatan IMAN Shopee ini masih ramai orang tidak tahu, tetapi cx nak war-warkan dengan korang semua kelebihan membeli buku di IMAN Shoppe Bookstore.  Okay jom !

  • Koleksi buku Islamik dan motivasi daripada penerbit tempatan dan antarabangsa
  • Buku yang dijamin berbaloi dimiliki - sesuai dengan tagline 'Great Content Matters'
  • Pelbagai promosi dan diskaun serta penghantaran percuma
  • Kumpul dan tebus mata ganjaran dengan IMAN Rewards.  Boleh redeem gift card Shopee, Lazada dan lain-lain
  • Mempunyai sistem affiliate untuk dapat passive income dengan komisen

iman shoppe bookstore
IMAN Shoppe : Kedai Buku Online Tempatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

Pengalaman Pertama Kali Membeli Buku di IMAN Shoppe Bookstore

Cx baru pertama kali membeli buku di IMAN Shoppe tau.  Jadinya, cx nak kongsikan pengalaman pertama cx membeli belah di kedai buku online IMAN Shoppe Bookstore.  Jika korang ke laman website rasmi IMAN Shoppe Bookstore , cx sangatlah suka sebab preview mereka santai dan mudah untuk kita faham mencari buku.  Di sana juga, mereka telah pecahkan siap-siap bahagian setiap buku mengikut kategori.  Jadinya, mudahlah cx mentelaah setiap tajuk buku yang disenaraikan.  

Cx sangat suka untuk belikan anak-anak buku cerita memandangkan si abang dan kakak dah pandai membaca, jadinya cx nak bagi galakkan untuk mereka agar lebih cintakan buku juga minat dalam membaca.  Jadinya memang pilihan cx sangat tepat untuk carikan buku anak-anak di kedai buku online IMAN Shoppe Bookstore.

Iman Shoppe Bookstore
IMAN Shoppe : Kedai Buku Online Tempatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

Paling seronok apabila banyak sangat pilihan buku yang ada untuk dibeli.  Cx rasa nak beli semua tapi kena sabar. Jadi, cx buat keputusan untuk beli beberapa buah buku cerita khas untuk anak-anak cx.  Antara buku yang cx beli di kedai buku online IMAN Shoppe Bookstore adalah Siri Saya Sayang Nabi.  Ianya berkaitan kisah para Nabi Ismail dan Nabi Sulaiman a.s .  Selain itu cx belikan buku Misi Solat Lima Waktu dan Komik Sejarah Turki Uthmaniyah. 

Pembelian sangat mudah dengan menggunakan website IMAN Shoppe Bookstore.  Cx hanya pilih buku yang dikehendaki, masuk ke dalam cart, kemudian boleh check out.  Mudah sangat dan cepat sahaja proses penghantaran tau.  Cx punya order tak sampai tiga hari dah terima.  Memang pantas. 

iman shoppe bookstore
IMAN Shoppe : Kedai Buku Online Tempatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

Ohya! masa buku cx sampai tu, ada satu buku tak cukup tau.  Kemudian cx terima panggilan daripada person incharge IMAN Shoppe Bookstore, katanya buku yang cx nak tu dah habis stok.  Jadi mereka tanya cx nak tukar buku apa untuk digantikan.  Menariknya di sini adalah, mereka sanggup pos dahulu buku yang ada stok dan pos kemudian buku yang kehabisan stok tu.  Pada cx kiranya mereka ini sangat pentingkan pelanggan.  Taknak pelanggan tertunggu-tunggu.  Sanggup buat penghantaran dua kali agar pelanggan berpuas hati. 

Kalau pada pendapat cx, cx okay sahaja kalau nak sekalikan pos buku-buku tu.  Cx tak kisah pon jika lambat sikit. Yalah, kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita.  Betul tak?  Tapi inisiatif pihak IMAN Shoppe Bookstore juga patut dipuji kerana menjalankan amanah dengan baik.  Tahniah IMAN Shoppe Bookstore! 

Jom Beli Buku di Kedai Buku Online IMAN Shoppe Bookstore Sekarang!

Haa, tunggu apa lagi tu? Jom beli buku di kedai buku online IMAN Shoppe Bookstore sekarang!  Ada banyak promosi bulanan hebat tau. Rugi kalau tak grab sekarang ini.  Dahlah penghantaran percuma untuk pembelian buku-buku di kedai buku online mereka.  Seronoknya!  Diskaun hebat diberikan sekarang.  Sebuah buku dapat potongan yang mengujakan. Jimat tau! Jangan lupa borong okay. 

iman shoppe bookstore
IMAN Shoppe : Kedai Buku Online Tempatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

Cx doakan agar semoga suatu hari nanti, kedai buku online IMAN Shoppe Bookstore akan dapat buka kedai dan bolehlah kami semua datang bawa keluarga sekali. Semoga maju jaya IMAN Shoppe Bookstore!
@chazaxiaojie Beli buku Islamik dan Motivasi untuk anak-anak since masing2 dah pandai baca. Kita beli online je. Tapi kedai buku online tau. Bukan sopi atau lasada. 😁 #books #imanshoppebookstore #videography #kedaibukuonline #chazaxiaojieartworks @IMAN Shoppe Bookstore ♬ original sound - Olga Safronova

Post a Comment

1 Comments

I am LZ said…
Mudah sekarang tak perlu ke kedai buku, hanya browse di kedai buku online.. Nice sharing, thanks!