Main Game Kira Duit Online Membantu Kecerdasan IQ Kanak-Kanak


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Main Game Kira Duit Online Membantu Kecerdasan IQ Kanak-Kanak

Hai korang! Korang tahu tak sekarang ni, kemain seronok eh game budak-budak zaman sekarang. Kalau kita dulu, tak ada peluang langsung nak merasa ada game macam ini. Cx ada jumpa satu game sejenis simulasi tau. Alah, dia game macam ala-ala kau tengah buat benda sebenar. 

Game kira duit online

Contoh macam kalau nak jadi pilot kan, kita akan hadir satu sesi simulasi macam penerbangan sebenar.  Padahal ianya adalah simulasi sahaja. Bukan bawa kapal terbang betul pon. Faham tak setakat ni? Cx pon pening dengan ayat sendiri haha. Budak-budak sekarang main game pon boleh belajar sekali. Mudah kerja mak bapa nak pantau tahap kecerdasan IQ anak masing-masing bila berkait rapat dengan pengiraan dalam hidup berbisnes. 

Mana tidaknya, main game kira duit online ni pon boleh bijak buat duit dalam bisnes tau. Bayangkan cx cuba main sendiri pon jadi seronok dan teruja. 

Game Kira Duit Asah Tahap Kecerdasan Mengira

Kalau korang nak tahu, cx ni seumur hidup tak pernah kerja sebagai cashier tau. Cx nak sangat cuba jadi cashier tapi takut. Bukan takut apa, takut salah kira duit pelanggan. Nanti kena marah dengan bos. Haha. Cx memang tabik dengan siapa yang pernah dan bekerja sebagai cashier.  Ya faham dan tahu semuanya key in sistem saja. Tapi cx tak tahulah kenapa cx takut juga haha. 

Memang sumpah cx nak sangat tahu apakah dan bagaimanakah perasaan bila jadi cashier.  Jadi, game kira-kira duit online ini memang mantap kalilah untuk cx cuba. Akhirnyaaaaaa ! Dah jom cx tunjuk sikit; 

Grocery Cashier 

Seronok betul cx rasa bila dapat tekan-tekan nombor dan buat kira-kira duit dekat kaunter cashier tau. Almaklumlah dah lama sangat nak cuba kerja jadi cashier tapi tidak kesampaian. Hehe Dapat main Grocery Cashier pon dah seronok sangat. Seronok dok tekan-tekan nombor mengikut jumlah duit pelanggan. Bunyi mesin duit tu lagi buat cx jadi teruja.  Rasa macam betul-betul jadi cashier pula. Haa ghisau kan? Ini bukan anak yang main kira duit, tapi mak dia pula melebih ni kan. 

Game kira duit online

Game kira duit online

Game kira duit online

Korang memang elok sangat bagi anak-anak main kira-kira duit dengan game Grocery Cashier ini tau. Anak-anak boleh dilatih untuk lebih bijak dalam mengendalikan sistem kewangan. Mana tahu nanti dah besar boleh buka bisnes sendiri. Pegang duit besar-besar ada bisnes juta-juta macam Megah Holding ke kan. Eh! Korang kena cuba okay. Sedikit sebanyak game kira-kira duit online Grocery Cashier ini boleh biasakan anak-anak kita dengan cara kira penambahan dan penolakan. Macam anak cx si kakak pra-sekolah dan abang darjah dua tahun ini. Elok sangat. 


LEGO City Adventures Build and Protect 

Ini sumpah best! Kalau korang ada anak lelaki baya-baya anak cx sekitar lapan tahun macam tu, memang cx syorkan korang main game ini.  Budak lelaki kan suka main lego game online, jadi ini adalah game lego yang tepat untuk mereka. Bagi cuba sekali main LEGO City Adventures Build and Protect. 

LEGO City Adventures Build and Protect ini sebenarnya sebagai pemain, kita tolong Datuk Bandar Solomon untuk bina bandar LEGO dia. Bila dah bina bandar, Datuk Bandar Solomon mestilah bijak dan pintar untuk pusing modal jadi duit. Jadinya, bila dah buat bandar, Datuk Bandar Solomon pon kutiplah cukai dengan penduduk. Dapatlah Datuk Bandar Solomon menjana pendapatan berpanjangan. 

Main Game Kira Duit Online

Main Game Kira Duit Online

Main Game Kira Duit Online

Agak menarik juga sebab bila main, cx kena cari dulu blueprint untuk boleh kita bina bangunan. Kemudian kena kumpul duit mengikut jenis bangunan yang kita nak. Lain bangunan, berbeza harga mengikut saiz dan bentuk. Tapi paling best, kita boleh jana income dengan cepat pantas dan tuntas. Kemain laju lagi cukai dok ting! ting! ting! Suruh datang kutip selalu. 

Cumanya game LEGO ini sukar difahami di awalannya.  Mak ayah kena teman di sisi supaya tercapai objektif anak seronok bermain sambil belajar. Game LEGO ini sangat membantu minda anak kita supaya berfikir jauh untuk macam mana nak tingkatkan lagi nikai pendapatan mereka. 


Piza Cafe 

Piza Cafe game ini anak cx yang perempuan tu mesti jadi kesukaan sebab dia suka masak-masak. Jadi memang sesuailah dengan anak cx main sendiri. Lagipun Piza Cafe ini game yang mengeronokkan dan boleh bantu anak kita belajar bagaimana untuk kendalikan bisnes sendiri. Bagaimana nak kira pendapatan, modal dan hasil yang dapat melalui bisnes yang diusahakan. Mak ayah boleh tolong bantu sambil main dengan anak okay.

Main Game Kira Duit Online Piza Cafe

Main Game Kira Duit Online

Main Game Kira Duit Online


PIza Cafe ini ada target yang kita kena capai. Setiap level akan makin naik target yang perlu dicapai. Seronok juga sebab bila bahan habis, kita kena order dekat supplier untuk top up semula. Kemudian piza game ajar anak-anak untuk belajar bekerja pantas selari dengan permintaan dan kehadiran pelanggan.  Piza cafe adalah game yang santai dan mudah untuk anak-anak main. Tak banyak benda nak fikir sangat pon. Tapi seronoklah sebab ramai pelanggan dan banyaklah juga dapat duit untuk cepat capai target. 

Mortgage Calculator Money Games

Korang memang kena main dan ajak anak-anak bersama cuba sendiri Money Games yang Mortgage Calculator buat ni. Sangat menarik sebab sambil main pon boleh buat anak kita belajar juga. Selain itu cx sangat suka sebab boleh asah minda anak-anak untuk berfikiran macam orang bisnes. Pendek kata biar IQ anak-anak cx ini ligan pusing fikir macam mana nak dapatkan duit sendiri dan boleh kira duit banyak-banyak dengan jayanya mengikut hasil usaha sendiri. Haa gitu~

Post a Comment

0 Comments