Food & Cooking Games Online For Kids

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Food & Cooking Games Online For Kids

Siapa anak-anak dia suka main cooking games online?  Kalau anak korang antara yang tersenarai, nah cx nak kongsikan satu cooking games online yang boleh tahan menariknya.  Anak cx pon suka main game yang melibatkan mainan masak-masak macam ini.  Cooking games online yang cx nak korang main sekali adalah Culinary School.org .  Jom cx cerita serba sedikit apa yang menarik sangat cooking games online daripada Culinary School.org ini. 

cooking games online
Food & Cooking Games Online For Kids: Culinary Shcool.org


Ciri-ciri Terbaik Cooking Games Online

Culinary School.org menawarkan koleksi lebih 150 permainan dalam talian untuk membiasakan kanak-kanak dengan makanan bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya berkaitan perhotelan.  Menarik kan?  Paling syok sekali, Culinary School.org tiada satu pon daripada permainan mereka mengandungi sebarang iklan atau penjenamaan luar.  Semua permainan diterbitkan menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mudah alih dan desktop.  Haa, nak main dekat mana-mana pon boleh tau.   Lagi satu, kalau kita main permainan yang mereka sediakan, ianya akan dibuka dalam tab baharu dan lebih tertumpu secara eksklusif kepada permainan berkaitan.  Maknanya bila kita tekan permainan yang nak dimain, dia tidaklah keluar window kecil dekat halaman yang sama.  

cooking games online
Food & Cooking Games Online For Kids


5 Kategori Permainan Menarik Dan Menyeronokkan

Culinary School.org menyediakan lima jenis kategori permainan yang menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak main.  Kategori permainan yang ada dalam cooking games online ini bukan sahaja anak cx yang suka, cx pon terjebak sekali main.  Cx memang suka main game masak-masak online. Berangan jadi chef kononnya.  Antara 5 kategori permainan menarik dan menyeronokkan yang disediakan adalah : Cooking and Kitchen Work, Food Eduction Games, Serving Eaters, Farming, dan Permainan Bertemakan Masakan lain yang menarik.  

cooking games online
Food & Cooking Games Online For Kids: Culinary School.org

Cooking Games Online Pilihan

Kalau cx, cooking games online pilihan untuk anak adalah Sweety Cooking Chocolate Cake : Baking Games for Kids.  Cooking games online ini menjadi pilihan sebab ianya sangat mudah difahami dan arahannya pon diberi satu persatu.  Jadi, anak cx mudah faham dan belajar.  Anak dara cx yang nombor dua ni memang suka betul masak-masak.  Bila ada peluang cx bagi main game masak-masak di telefon, memang suka sangatlah dia layan.   Tapi cx ada bersama dengan anak ketika main supaya anak lebih faham apa yang diarahkan.  Anak cx pon dalam masa yang sama boleh belajar dan kenal barang-barang dapur dalam bahasa Inggeris memandangan cooking games online ini sepenuhnya bahasa Inggeris.  

cooking games online
Food & Cooking Games Online For Kids


cooking games online
Food & Cooking Games Online For Kids: Culinary Shcool.org


cooking games online
Food & Cooking Games Online For Kids: Culinary Shcool.org


Food & Cooking Games Online For Kids : Culinary School.org boleh dijadikan permainan atas talian pilihan untuk anak-anak kita.  Cx sangat recommend dekat korang yang ada anak-anak dara yang suka main masak-masak.  Banyak benda juga boleh belajar dalam permainan ini, bukan sekadar main sahaja.  Waima apa pon, pantauan ibu bapa adalah diharuskan.  Ada pelbagai dan banyak lagi pilihan game yang boleh korang cuba sendiri okay.  Semuanya menarik dan menyeronokkan. 


Post a Comment

0 Comments