Pelembab Tidak Berminyak untuk Makeup Tahan Lama dan Nampak Glowing | Hansaegee Nature

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pelembab Tidak Berminyak untuk Makeup Tahan Lama dan Nampak Glowing | Hansaegee Nature

Cuaca di Malaysia yang tidak menentu sudah pasti mempegaruhi kulit wajah kita.  Betul tak?  Yalah, cuaca di negara kita berubah-ubah sekejap panas dan kemudian sejuk.  Macam cx sendiri, sejenis kulit normal kepada kering, acapkali bimbang akan kesan terhadap kulit.  Tambahan, pemilihan krim wajah hendaklah betul supaya kulit kita terpelihara dan dilindungi tak kira masa.  

Tambahan dengan peningkatan usia, lagilah membuatkan cx rasa risau dan bimbang dengan masalah kulit kering.  Jadi, cx telah buat carian dan menjumpai satu krim wajah yang bagus serta sesuai untuk semua jenis kulit.   Makanya sekarang cx menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream untuk kulit wajah cx.  Alhamdulillah kesannya sangat positif terhadap kulit wajah cx yang agak kering.   Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom cx kongsikan dekat bawah okay.  

Aqua Whitening cream hansaegee review
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream Hansaegee 

Aqua Whitening Cream ini sebenarnya adalah sejenis pelembab.  Aqua whitening cream hansaegee ini membantu membaikpulih masalah kulit wajah rosak dan kemerahan dengan baik.  Penggunaan Aqua whitening cream memberikan kelembapan yang baik terhadap kulit wajah kita.  Cx suka sangat sebab ianya membekalkan kelembapan yang terbaik dengan kesan 'water drop' atau titisan air.  

Kesan water drop ini memberikan penghidratan yang ajaib kepada kulit wajah.  Water drop melembabkan dan ianya tidak melekit ketika di oles ke kulit muka.  Kulit akan rasa segar, sejuk dan lembut.   Selain itu, aqua whitening cream juga membantu mengawal lebihan minyak dan juga sebum pada kulit yang berkaitan dengan masalah kulit berminyak. 


aqua whitening cream hansaegee review
Pelembab Tidak Berminyak

Ektrak Herba yang terkandung dalam hansaegee nature aqua whitening cream dapat membantu memberikan ketenangan terhadap kulit wajah kita.  Diformulasikan dengan ekstrak herba yang meningkatkan penembusan jauh ke dalam kulit. Ianya juga membaiki kulit yang kemerahan dan sunburn. Hasil kelembapan yang diberikan aqua witening cream hansaegee ini membuatkan kulit kita lebih lembut dan anjal.  

Paling utama, hansaegee nature aqua whitening cream ini selamat untuk digunakan.  Aqua whitening cream hansaegee ini berasaskan bahan tumbuhan semula jadi, tiada paraben, alkohol dan sulfat yang boleh memberi kesan memudaratkan kulit wajah si pengguna. 


Kandungan Bahan Terpilih dalam Aqua Whitening Cream Hansaegee

Antara bahan terpilih yang terdapat dalam aqua whitening cream hansaegee adalah;  Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract . Tetapi cx nak kongiskan bahan utama yang terkandung dalam aqua whitening cream hansaegee sahaja.  Bahan utama yang cx maksudkan adalah Niacinamide dan Camellia Japonica Seed Oil.

  • Niacinamide


Niacinamide atau juga dikenali sebagai vitamin B3, ianya bermanfaat untuk mengekalkan awet muda kulit muka.  Niacinamide yang terkandung dalam aqua whitening cream hansaegee ini membantu memperbaiki penampakan pori-pori yang besar.  Ianya juga membantu mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.  Jika di wajah kita terdapat garis halus, kusam dan permukaan kulit yang lemah, kandungan Niacinamide inilah jawapannya yang boleh membantu

Tambahan lagi, Hansaegee memilih Niacinamide sebagai bahan utama dalam aqua whitening cream kerana ianya dapat mengawal sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit.  Paling cx suka bila ianya boleh membantu membaiki masalah liang pori besar.  

Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream

  • Camellia Japonica Seed Oil


Camellia Japonica Seed Oil merupakan bahan yang non-comedogenic.  Non comedogenic ini ialah menunjukkan produk penjagaan kulit atau kosmetik yang diformulasikan khas agar tidak menyebabkan pori tersumbat.  Bila kita menggunakan krim yang menyebabkan pori tersumbat, ianya akan menyumbang kepada masalah baru pula iaitu jerawat.  Camellia Japonica Seed Oil inilah yang membantu membaiki kulit yang kemerahan dan sunburn.  Ianya bertindak jauh menembusi ke bawah kulit.  

Cara guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream 


Cara yang betul untuk menggunakan aqua whitening cream hansaegee ini  adalah seperti berikut.  Cuci muka terlebih dahulu.  kemudian ambil sedikit aqua whitening cream dan oleskan di wajah.  Sapukan aqua whitening cream ke wajah dan urutkan serata muka hingga leher.  Ketika ini selepas beberapa saat, water drop akan muncul dan kelihatan di wajah.  

Kehadiran water drop sangat membantu melembabkan dan melembutkan kulit wajah.  Hanya perlu dap dap sahaja kulit muka menggunakan jari jemari kita secara lembut.  Water drop akan menyerap dengan mudah hingga ke dalam kulit sepenuhnya. 


Aqua whitening cream
Oleskan Aqua Whitening Cream ke wajah dan sapu rata

Aqua Whitening Nature Hansaegee Review
Selepas beberapa saat, 'water drop' akan kelihatan


aqua whitening cream hansaegee review
Selepas menggunakan aqua whitening cream



Hansaegee Aqua Whitening Cream Testimoni 


Pada cx, testimoni jujur setelah menggunakan hansaegee nature aqua whitening cream ini adalah, pertama sekali cx suka krim dia sebab ianya lembut.  Aqua whitening cream hansaegee berwarna putih jernih.  Ianya sangat smooth dan mudah untuk digunakan.  Bila cx oles di muka, mudah sangat aqua whitening cream meresap ke dalam kulit.  Tiada langsung masalah krim melekit atau berminyak. 

Jika mengikut pengalaman cx, ada jenis krim lembut jernih macam ini tetapi apabila cx dah guna, ianya agak melekit dan berminyak di muka.  Jadi, cx rasa tidak selesa sangat.  Lama nak tunggu krim menyerap.  Tetapi tidak dengan penggunaan aqua whitening cream hansaegee ini ya.  Pantas meresap ke dalam kulit.  Aqua whitening cream ini besifat lembab dan bila dah sapu dekat muka, cx rasa sedikit berangin.  Berangin yang cx maksudkan adalah kulit muka jadi lebih segar dan selesa. 
 

Aqua whitening cream hansaegee review
Pelembab Tidak Bermiyak untuk Makeup Tahan Lama

Bila cx kenakan solekan di wajah selepas menggunakan aqua whitening cream, kesan dia memang cantik.  Maksud cantik dekat sini adalah, foundation kita tidak bercapuk selepas digunakan.  Cx rasa sangat selesa bila bersolek sebab aqua whitening cream mengekalkan keadaan kulit muka yang lembab dan tidak kering.  Malahan, waima bersolek, kesan aqua whitening cream membuatkan cx rasa selesa dan kulit muka pon mudah bernafas, lembut dan cerah sempurna.  

moisturizer for dry skin
Pelembab tidak berminyak untuk makeup tahan lama



moisturizer for combining skin
Perbezaan penggunaan pelembab



Aqua Whitening Cream Hansaegee Patut Dimiliki Segera!


Aqua whitening cream hansaegee ini patut dimiliki oleh semua orang.  Kalau korang nak tahu, sudah semakin ramai pengguna aqua whiteing cream ini.  Pengguna aqua whitening cream ini sangat berpuas hati dan memberikan respon yang positif.  Berdasarkan pengalaman pengguna yang mengalami masalah sunburn yang menyebabkan masalah kemerahan kulit.  Selepas mereka menggunakannya beberapa hari secara konsisten, aqua whitening cream telah kembalikan semula kulit wajah mereka.  


Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Review


Lagipun, aqua whitening cream ini sangat ringan dan berair.  Ianya tidak berminyak.  Jadi, ramai pengguna mengatakan bahawa masalah jeragat mereka juga dapat diatasi dan kelihatan lebih baik selepas sebulan penggunaan aqua whitening cream.  Korang memang patut untuk cuba dan wajib memilikinya sekaran ! Rugi kalau tidak cuba ! Nah cx bagi maklumat berkaitan untuk korang nilai sendiri okay.   Selamat mencuba!


Aqua Whitening cream hansaegee review


Post a Comment

10 Comments

iuzira said…
memang kena pakai hari-hari ya, biasa tahan berapa lama ya?
umminani said…
wwah menarik , ni utk pakai hari2 nak light2 make up okay ni
Musim panas sekarang nih kena selalu pakai pelembab muka, kalau tak kulit jadi tak sihat warna tak sekata.. pelembab hansaegee ni ramai kata best
Shad said…
Shad pun pernah try this Aqua cream, very interesting dengan water drops dia tu.. Ingredients pun nice.
Fiza Aizzawa said…
Senang kalau ada cc cream nie.. nak keluar rumah dap2 je.. saiz pun boleh bawa g mana2
Zaza Iman said…
Pernah guna jgk cream muka ni..sejuk2 je bila pakai...pastu baring2 tido..hehe..syokkk
Sunshine Kelly said…
Ramai yang pakai Hansaegee Aqua Whitening Cream ni pun feedback bagus bagus, sis nak try juga.
Nadia Johari said…
Memang best cream ni.. Nad pakai smpai sekrg. Sesuai dengab muka nad. Tahan lama
Sunshine Kelly said…
Ramai kawan yang dah try cream ni pun feedback bagus
Litah L said…
wahhh menarik ni, macam best ja produknya