Review Filem Seram Town Mall 2020 Adaptasi Novel Kisah Sebenar

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 


Review Filem Seram Town Mall 2020 Adaptasi Novel Kisah Sebenar


Dah lama cx tidak menonton filem-filem seram semenjak ada keluarga.  Cx masih tengok tetapi orang kata masa untuk melanguk depan television nak habiskan episod adalah amat jarang.  Jadi malam kelmarin, sambil cx layankan anak tidur dan buat kerja di telefon, suami cx bukakan filem seram untuk kami tonton.  Filem seram Town Mall 2020 yang merupakan adaptasi novel melalui kisah sebenar. Masa mula-mula tengok, cx tidak tahu langsung latar belakang cerita.  Apabila cx cuba cari filem seram town mall ini keluaran bila di carian internet, barulah cx tahu kisahnya. Sungguh tidak cx sangka sebenarnya.  Waima kisah seram berkaitan rumah atau bangunan tinggal adalah satu keadaan yang biasa juga cx dengar. 

Review Filem Seram Town Mall 2020
Review Filem Seram Town Mall 2020 Adaptasi Novel Kisah Sebenar


Filem Seram Town Mall 2020 Arahan Eizlan Yusof

Filem Town Mall 2020 ini merupakan arahan sulung pelakon Eizlan Yusof.  town Mall dibintangi oleh Eizlan sendiri bersama-sama dengan barisan pelakon yang lain. Antara barisan pelakon Town Mall yang terlibat adalah, Intan Ladyana, Reen Rahim, Adam Shahz, Ary Putra dan Jalaluddin Hassan.  Filem seram Town Mall diadaptasi daripada novel 2015 karya Hasrudi Jawawi.  Filem Town Mall 2020 ini berdasarkan daripada satu kisah benar dan ditayangkan pada 26 Jun 2020.

Alkisahnya filem seram Town Mall 2020 ini bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Mac 2020.  Namun kita juga sedia maklum akan perintah kawalan pergerakan yang telah berjalan ketika itu.  Jadinya pihak produksi mengubah waktu tayangan kepada bulan Jun 2020 di Astro First.  Ternyata selepas tayangan pertama filem seram Town Mall 2020, ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.  

Sinopsis Filem Seram Town Mall 2020 

Filem seram Town Mall 2020 ini mengisahkan tentang satu projek pembinaan yang telah lama terbengkalai.  Hampir 10 tahun lamanya gara-gara terdapatnya gangguan makhluk halus.  Selepas tempoh 10 tahun tersebut, sebuah syarikat pembinaan yang agak terkemuka cuba untuk mengambil semula tender Town mall.  Mereka berhajat untuk sambung balik kerja-kerja pembinaan bangunan Town Mall dan dijadikan pusat membeli belah yang hebat. 

Rusdi (Eizlan Yusof) telah diberikan amanah ini untuk memantau projek baru Town Mall itu.  Pada awalnya, segala pembinaan berjalan dengan lancar dan mengikut seperti yang diinginkan.  Namun, pada suatu hari yang mana sama kejadian pada 10 tahun lalu, telah berlaku kembali insiden serupa.  

Filem Seram Town Mall 2020
Barisan Pelakon Filem Seram Town Mall 2020


Makluman korang, pada permulaan filem seram Town Mall ini,  seorang wanita (10 tahun lalu) rasa kecewa apabila tendernya selalu ditolak.  Kemudian wanita itu berjumpa Mek Esah (Ku Faridah) untuk mendapatkan bantuan makhluk halus. Selepas perjumpaan tersebut, wanita itu berjaya mendapatkan tender dan semakin berjaya.  Namun, disebaik semua ini, Hassan (Erry Putra) tidak puas hati dengan wanita itu kerana menggunakan cara kotor untuk mendapatkan tender.  Disebabkan rasa tidak puas hati, Hasssan (Erry Putra) dan pengikutnya membunuh wanita itu.  Bermulalah keadaan seram dan mistik di bangunan Town Mall sejak kejadian itu berlaku. 

Kehadiran Akma (Reen Rahim) sebagai salah satu wakil syarikat yang akan bekerjasama dalam projek Town Mall juga sangat misteri.  Akma selalu muncul atau ajak bermesyuarat tentang projek hanya di tapak bangunan.  Paling menarik, semuanya nak jumpa ketika waktu malam sahaja. Rusdi (Eizlan Yusof) mula pelik dan curiga.  Lebih misteri apabila Akma (Reen Rahim) mula muncul dalam hidup Maria (Intan Ladyana) iaitu isteri Rusdi, seorang suri rumah sepenuh masa. Semenjak itu, Rusdi dan Maria sering dikacau sehingga Rusdi minta bantuan Tok Megat (Jalaludin Hassan).  Namun semuanya tidak mampu membaik pulih keadaan sehingga Rusdi (Eizlan Yusof) mula sedar akan perbuatannya pada masa lampau yang menyebabkan dia terpaksa hadap semua kejadian ini. 

Review Peribadi Filem Seram Town Mall 2020

Pada cx, cerita ini menarik dan ada bahagian yang agak seram sebab cx agak penakut. haha! Jalan cerita pon seronok untuk kita tonton.  Filem seram Town Mall 2020 pon diadaptasi daripada kisah benar Town Mall, jadi sedikit sebanyak agak misteri.  Plot twist pon ada juga bila melibatkan si Malik (Adam Shahz).  Agak terkejut juga sebenarnya. Cx agak seram bila filem Town Mall ini suka fokus muka hantu dia dekat-dekat penuh skrin . Haha! 

Kisah Benar Town Mall
Town Mall 2020 Adaptasi Novel Kisah Sebenar


Cuma kurangnya cerita ini adalah apabila suntingan yang dibuat untuk kesan yang lebih menarik adalah tidak berapa menjadi.  Nampak sangat edit. Macam kartun pon ada juga tetapi tidak mengapa, jalan cerita masih menarik untuk ditonton bersama keluarga.  Apa-apa pon, tahniah kepada Eizlan Yusof!

Iman Adalah Mutiara
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

21 Comments

Rawlins GLAM said…
Town Mall adalah antara novel seram pertama yang Rawlins baca. Nie pasal satu mall kat Seremban kan? Hahaha

Anyway, share sikit tengok kat mana? Rawlins nak tengok nie.
marsha said…
Baca sinopsis rasa lebih seram. Akak suka tengok cerita seram ni tapi mesti ada bantal sebelah nak tutup mata...hahaha
mamapp said…
bila tau dari kisah benar tetiba terasa seram pula
Fiza Aizzawa said…
Menarik juga filem melayu seram nie.. igtkan cerita omputih.. tp Fiza suka je layan cerita hantu.. janji seram.. kalau tak seram mmg lps habis mst merungut tak best.. hihi
Wow, first time knowing about Town Mall 2020 movie! Seems like quite nice, and I like that it is based on real story! Time for us to watch it yay
Nina Mirza said…
Kak nina lum tonton filem ni tapi suka lakonan Eizlan Yusuf
Jarang dia berlakon citer hantu, macam seram jer filem ni
Kak nina ni penakot gak! HAhaaa
Ummi said…
Dah lama tak tengok filem seram. Sekarang rasa macam lebih penakut drp dulu. Mungkin faktor usia kot.
Aini said…
menarik nampaknya cerita ini..boleh jak anak-anak layan ni...depa suka sangat tengok ceta hantu....
Mus said…
baca pun dah seram.. belum tonton lagi.. nanti ada masa nak tonton jugalah.. macam menarik untuk isi masa hujung minggu ni.. tq share ya
Shuhaida Kabdy said…
Wah macam menarik juga cerita nie.. boleh lah Kak Sue nak layan juga nanti..
Sunshine Kelly said…
Wow the movie is so thrilling, if watch in the cinema i tak berani but if watch at home i m ok.
Wawa Ashihara said…
Macam menarik cerita ni boleh tengokla nanti... Suka cite adaptasi kisah benar
dr-Life said…
Seriously base of true story? The review looks good and makes me wanna watch this movie so much.
adianiez AIDA said…
aida and famili jarang tonton tv. sebab kami, kalau anak-anak free takde keje sekolah, memang akan on movie. genre horror and thriller memang pilihan kami. seronok! takut memang le takut, cx. tapi best!

citer ni aida lom tgk lagi. and 1st time dgr sebenarnya. eizlan yusof's ye. pelakon da best da semuanya, pelakon lama. kena tgk la ekk movie ni. then only kita boleh komen further kan :)
Sis Lin said…
Alaaa takde astro laaa, nak cari laa online, ada tak, best snagat ni, lama tak tengok cite seram melayu, asyik-asyik jepun dan thai aje hahahahaha..
Syiera Firdaus said…
Alaaa takdak astro tapi menarik la cita ni. Syira memang suka genre seram macam ni.
Tahniah Eizlan Yusof kerana penghasilan filem Town Mall 2020, tak sabar nak tengok... pelakon pun hebat-hebat tu tak sabar nak tengok filem nih
Cik Puan Ena said…
Tu yang tak gemar muka hantu keluar penuh kt skrin. Haha.ok la suami geng layan cite seram. Ni ena layan ngn sumayyah je. Kalau kita tahu movie tu kisah benar lagi meremang kalau tengok kan.
Ika.S said…
Ika tak tengok lagi movie Town Mall ni, ika cuma baca buku dia je sebab buku dia dah lama keluar :) hee. Tapi, ika nanti nk tengok gak hehe
Mawardi Yunus said…
belum tgok lagi.. rumah pun x langgan astro. btw lpas baca review ni teringin pulak nak tgok
Atie Zieya said…
eh i tak pernah tau pon about this .. put in the list la! thank you sharing