Sinopsis Until We Meet Again Drama Filipina TV3 Hanggang Makita Kang Muli Episod Akhir

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Sinopsis Until We Meet Again Drama Filipina TV3 Hanggang Makita Kang Muli Episod Akhir

Kalau drama Filipina dimainkan tak kira di saluran television mana sekalipun, cx memang suka nak ikut siri dia.  Cerita Filipina agak seronok untuk kita tonton waima plot cerita mereka lebih kurang sama sahaja dengan Malaysia dan Indonesia.  Kita kan serumpun. Kebiasaannya cerita Filipina lebih kepada kisah anak hilang, tertukar anak, suami curang, isteri sakit mental dan seangkatan dengannya.  Diselit sedikit kisah cinta hero dan heroin. Begitulah ya plot cerita yang tak lari jauh. 


Until We Meet Again Drama Filipina TV3
Until We Meet Again Drama Filipina TV3

Drama di TV3 kali ini tentang Until We Meet Again yang merupakan cerita Filipina yang bertajuk asalnya Hanggang Makita Kang Muli.  Cerita dia agak menyeronokkan untuk ditonton.  Lagi-lagi bila di puncak klimaks cerita.  Jom cx kongsikan sinopsis di bawah. 


Sinopsis Until We Meet Again | Hanggang Makita Kang Muli TV3

Until We Meet Again berkisahkan tentang seorang gadis bernama Odessa yang mengalami sakit mental dan sangat obses dengan seorang lelaki iaitu Larry.  Dikatakan wajah Larry seiras dengan bekas kekasihnya bernama Anton.  Disebabkan Odessa terlalu obses dengan Larry, dia telah berniat untuk merosakkan hubungan Larry dan isterinya bernama Evelyn.  Odessa merancang untuk menculik dan mengurug anak Larry juga Evelyn yang bernama Ana Issabelle di gudang terbengkalai.  Di gudang tersebut, Odessa telah mengurung Ana dengan seekor anjing.  Disebabkan Ana membesar dengan anjing, tingkah laku dan habitat anak Larry dan Evelyn turut bertindak seperti haiwan. 



Until We Meet Again tv3
Hanggang Makita Kang Muli

Apabila beberapa tahun berlalu, Ana telah pon remaja dan waktu itu, dia berjaya melarikan diri dari gudang tersebut.  Sewaktu Ana melarikan diri, dia bertemu dengan Calvin Manahan.  Calvin merupakan seorang pelajar psikologi yang penyayang.  Manakala Larry dan Evelyn telah berpisah lama.  Evelyn sukar memaafkan Larry yang dikatakan menjadi punca akan kehilangan Ana, anak merekea.  Sekaligus memberi kesan kepada hidup mereka yang sudah lagi tidak sebahagia seperti dahulu. 

Namun, takdir telah menemukan semula Ana dan ibu bapanya Evelyn juga Larry.  Tetapi mereka tidak tahu menahu bahawa gadis tersebut merupakan anak mereka yang selama ini diculik.  Ana bertukar nama kepada Angela dan dijaga oleh Larry sebagai anak angkatnya.  Larry rasa bertanggungjawab untuk memberikan perubatan dan memulihkan kembali keadaan Ana seperti manusia biasa. 


Hanggang makita kang muli Full movie
Sinopsis Until We Meet Again Drama Filipina TV3 Hanggang Makita Kang Muli Episod Akhir

Disamping itu, Evelyn telah mengambil seorang anak angkat bernama Claire.  Larry pula telah hangat bercinta dengan Odessa yang berubah watak juga nama sebagai Margaret.  Sementara itu, Claire pula tidak menyenangi kehadiran Angela dalam kehidupan Evelyn yang merupakan seorang doktor yang turut terlibat dalam pemulihan Angela.

Apakah Kesudahan Drama Until We Meet Again? 

Dapatkah Angela kembali pulih dan ingat semula bahawa dirinya Ana Isabelle? Adakah Larry dan Evelyn sedar akhirnya bahawa Angela merupakan anak mereka yang hilang diculik oleh Odessa? Berjayakah Margaret teruskan dengan rancangannya untuk menipu dan mengahwini Larry? Kalau korang nak tahu apakah yang terjadi di episod akhir drama Until We Meet Again ini, cx dah siapkan link untuk korang tengok di bawah okay.  Selamat Menonton!





Mahal Kita
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

2 Comments

Nadia Johari said…
Macam best jalan cerita dia..
Ai said…
Menarik. Tak klise jalan cerita.