بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Melaka: Ramen Asam PedasI Tanjak Sonsang Bukit Baru. Terangkat Beb! | Kalau datang Melaka dan tak pekena Asam Pedas, memang rugi! Sungguh! Almaklum, Melaka Bandaraya Bersejarah ini paling padu dengan Asam Pedasnya. Tak gitu?  Kalau boleh, setiap hari kena ada Masak Asam Pedas dekat rumah. Barulah Melaka piau orang kata. Orang luar pon sanggup turun Melaka gara-gara penangan Asam Pedas tau!

Asam Pedas Ramen Paling Rare di Melaka!

Cx berkesempatan untuk pergi dan rasa sendiri apakah yang menarik dan sedap sangat Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru Melaka ini. Biasalah, lidah orang Melaka, waima setiap hari masak Asam Pedas, tetap juga nak rasa Asam Pedas dekat kedai. Lagi² Asam Pedas Ramen Rare macam ini.  Makluman, kedai Tanjak Sonsang ini juga dibuka untuk sarapan tau tapi bukan menu Asam Pedaslah. Makanan untuk sarapan seperti nasi lemak, lontong, soto, mee kari, goreng², roti canai dan kuih muih. Semua sedap! Cx pelanggan setia bersarap dekat situ tau! Terbaik! Meh cx kongsikan dekat korang apa menu yang menarik sangat dekat Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru ini.


 Ramen Asam Pedas Telur Campur
Pelbagai jenis telur dicampurkan sekali.  Antaranya adalah telur belangkas dan telur ikan mayong.
Rasa dia memang sedap.
Rate: 5/5

Ramen Asam Pedas Udang Harimau Jumbo
Udang saiz besar ofcourse! Makan sekuali kecil ni memang kenyang dan puas hati. Udang besar, isi padu dan lembut.
Rate: 5/5
Asam Pedas Tetel
Masakan paling disukai orang Melaka. Tetel dia lembut dan besar² potongannya.  Kuah tidak menjadi berlemak waima dah sejuk.  Cx peminat daging, jadinya memang perfecto!
Rate: 5/5
Ramen Asam Pedas Ketam Nipah
Ini memang terbaik! Ketam Nipah isi padu! Lembut nau²! Khas diimport dari Sabah tau! Serius puas hati bila dapat makan. Fuh! Marvelous!
Rate: 5/5
Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Menu paling dicari. Kebanyakkannya orang Muar. Mereka turun Melaka semata² untuk Asam Pedas Telur Ikan Mayong. Sedap! Telur Ikan Mayong ini diimport dari Sumatera. Memang besar² saiz dia. Bila makan, boleh rasa sendiri keenakkannya. Pop² Meletop! Bukan calang² tau!
Rate: 5/5
Ramen Asam Pedas Sotong King
Cx suka! Sotong digoreng terlebih dahulu. Ianya jadi crispy tau. Saiz besar dibaginya kita. Memang lemgkaplah! Rangup, crispy2 dan isinnya lembut.
Rate: 5/5
Hidangan Lain : Nasi Lemak Ayam Berempah
Menu ini cx tak sempat rasa. Haha! Tapi kalau chef orang yang sama dengan sarapan pagi, cx boleh gerenti ianya sedap! Cx suka makan sarapan nasi lemak mereka. Hehe. 

Keistimewaan dan Latar Belakang;

1. Asam Pedas Tanjak Sonsang adalah gabungan dariapada tiga jenis ramuan iaitu; Masak Lada, Gerang Asam dan Asam Pedas biasa. Rasa dia memang terbaik! Pekat kuahnya dan cukup rasa semua masam pedas garam segala. Terangkat beb!

2. Nama kedai asalnya tercetus idea adalah daripada Lirik Lagu Bangkit, Ultimate; 
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang

3. Kedai telah beroperasi lebih kurang setahun lebih di Bukit Baru ini.

4. Jika tidak mahu makan Asam Pedas dengan Ramen, boleh request tukar dengan nasi putih. Tapi harga sama ikut menu asal.

5. Kawasan dan ruang makan kedai luas, bersih dan tenang. Mudah parking dan strategik. Tandas pon bersih.

6. Ramen yang digunakan adalah berkualiti.  Bila makan, ianya lembut dan tidak muak. 

Antara Menu Paling Hot

Memang Padu dan Rare sungguh Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru Melaka ini. Cx orang Melaka sendiri akui kesedapannya! Cx pula sejenis suka makan lauk pauk yang berkuah pekat. Memang kena betul dengan tekak. Terbaik! Tahap kepedasan masih boleh diterima lidah orang Malaysia. InShaaAllah. Okay, kalau nak pergi dan cuba, korang boleh rujuk maklumat di bawah . Cx lampirkan sekali maps bagi memudahkan. Okbai!

Tanjak Sonsang Bukit Baru Duyong Melaka

Nama Kedai:
Tanjak Sonsang Asam Pedas

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu (17:30pm - 23:30pm)
Ahad (Tutup)

Tempahan: 
01121087145 / 0172079063

Tempahan Atas Talian:

🐼 FOODPANDA


Lokasi Maps:

Facebook Page:

Instagram:

Asam Pedas Ramen Rare!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu