SEWA KERETA MY SUPER VIP MEMUDAHKAN PERJALANAN KETIKA BERCUTI

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SEWA KERETA MY SUPER VIP MEMUDAHKAN PERJALANAN KETIKA BERCUTI

Bila tiba waktu yang telah dirancang untuk percutian keluarga, ianya adalah masa yang paling dinantikan.  Apatah lagi jika percutian jauh dari negeri asal kita.  Perasaan seronok untuk bercuti dan menikmati keindahan serta merasa makanan di negeri lain adalah saat yang paling mengujakan.  Tambahan dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga.  Ianya mampu memberi seribu makna buat semua. 



Namun, bila dah bercuti jauh, nak bawa kereta sendiri itu terasa berat sekali. Almaklum nak redah kesesakan lalu lintas, dengan penat membawa kereta lagi, tol dan minyak, semuanya kita kena fikir. Kita nak bergembira ketika bercuti tetapi letih pula yang kita hadap. Jangan risau okay, jom gunakan sahaja servis kereta sewa dengan MY SUPER VIP! Ianya lebih mudah dan jimat masa serta lebih seronok menikmati percutian keluarga. 

My Super Vip merupakan syarikat perkhidmatan sewa kereta yang berpusat di Pulau Pinang, meliputi pelbagai bandar dan negeri di Malaysia, termasuk Langkawi, Lembah Klang, Johor, Melaka dan banyak lagi.  Kelebihan menggunakan My Super Vip ini mampu menjimatkan masa dan kos, masa perjalanan lebih fleksibel, serta perjalanan kita menjadi lebih selamat juga selesa.



Jom gunakan perkhidmatan My Super Vip untuk percutian kali ini! Apa yang menariknya, cx nak bagi PROMO CODE untuk anda yang ingin sewa kereta My Super Vip sekarang! Anda akan diberikan promo RM10 untuk perkhidmatan ini tau!   Pastikan guna promo code cx CHAZA10 ketika checkout! Nak tahu bagaimana untuk gunakan promo code cx ni? Boleh terus ke link berikut okay. How To Use A Promo Code?

Baiklah semua, jangan susah hati lagi okay. Bergembiralah dan nikmati percutian kalian bersama keluarga tanpa kepenatan serta lebih selesa dengan sewa kereta My Super Vip kami! 

Utamakan Keselesaan dan Keselematan
Lahirkanlah Keikhlasan Di Hatimu

Post a Comment

18 Comments

cindyrina said…
Ni gi Penang ke Langkawi ke dah tau nak sewa kereta kat mana. Nampak macam khidmat they all best gak. Boleh la travel ala VIP nanti.
wah ada kod promo tu best..boleh la BBL try guna nanti. tengah plan nak pergi bercuti jugak ni tapi tak tahu lagi nak ke mana hehe
Faries said…
Wah senang la nk guna kereta sewa. Leh guna promo code tu. hehehe. Thanks share yer
Mahamahu said…
Tu sekarang ni orang kalau nak balik musim perayaan tak bawa kereta sendiri mereka banyak sewa kereta baru dan besar senang nak pergi beraya ramai-ramai hehehehe kita pun ada plan macam tu juga dengan ada service ni kita boleh cuba ada promo kod murah tu...
Jueliza Jamani said…
siapa yg nak guna keta boleh sewa mcm ni kan.. berguna juga la
Mimie said…
Baguslah ada kereta sewa macam n . Memang mudahkan kita kan. Nak nak musim perayaan macam ni. Memang ramai yang akan seea kereta setiap kali perayaan kan. Yang buat sewa kereta pun untung banyak
Fadzi Razak said…
Kalau yang memang tak ada kereta, berbaloi lah nak guna kereta sewa nak travel ni. Lebih jimat ke rasa nya?
mrsliez said…
boleh lah nanti nak survey harga kereta sewabila bercuti dekat langkawi. rasanya berbaloi utk sewa kereta dan pandu sendiri kalau bercuti dalam malaysia.boleh pergi mana sahaja tanpa perlu takut. harga pun berbaloi dengan jenis kereta yang kita nak pakai kan? boleh la usha my super vip ni
terima kasih utk promo code tu CX.. kita simpan dulu.. kalau kereta rosak pun boleh guna alternatif ni.. thank you share ya!
Nadia Johari said…
Perghhh bgusnyaaa.. Senang kalau ambil kereta mcm ni... Boleh naik ramai-ramai.. Selesa pualk kereta kakau dah vip ni.. Boleh usha ni nanti.. Sebb kereta nad pun nak jalan jauh dh mcm sush je
xulhlmi said…
oh ada apps lain selain SoCar ek, baru tahu. Lepas ni nak pergi mana-mana nak guna khidmat My Super VIP je. siap ada prommo lagi memang sewa berhari-hari lah jawabnya.. Hehe
Kayathre said…
Dulu masa study kat universiti 1st year selalu je sewa kereta. Tapi since dah ada kereta dah jarang. Now only sewa kereta bila travel ke tempat lain sebab senang nak move di sana.
yanmie said…
oh bolehlah guna servis ni nanti, insyaALLAH tengah bercadang nak pi bercuti di Langkawi cuti sekolah nanti kalau ada rezeki, dah semestinya transport menjadi keutamaan, kena cari kereta sewa, dah ada ni boleh lah try usha. tq eh :)

yanmie
www.yanmieonline.com
Zharif Azis said…
ouhh dia cover langkawi jugak ke ? Okay mudahlah lepas nie nak sewa kereta kalau ke sana. nak bercuti berhari2 kat pulau nie, sewa kereta tu penting. nanti boleh gunakan perkhidmatan nie n guna diskaun kod tu. berbaloi dan jimat
Tengkubutang said…
my super VIP ni sewa sekali driver ke? huhu.. ke sewa kereta je CX? kalau sewa sekali driver syok jugak ni.. hehehe.. malasnya nak drive keta kan.. nak bercuti relaks2 je tanpa pegang stering boleh? heheh
saidila said…
haaa cover sampai langkawi tu yang menarik , next time nak pergi langkawi tak payah cari lain sebab pernah ada pengalaman kena tipu , janji harga lain sampai harga lain ...kereta yg kita nak tak ada tapi tak nak cakap awal2...geram sungguh
memang lagi mudah kalau bercuti sesuatu tempat kita sewa kereta sahaja..memudahkan perjalanan dan perancangan..terutama jika kita datang bercuti berkumpulan..memang mudah
shidah abdullah said…
Ooo bagusnya. Reliable services nampaknya.. Tak la kita pilih sebarang2 penyewa kereta.. Ada sekali tu nak cari mmg susah sgt.. Kdg2 price mcm mahal. Next time boleh guna ni. Tq tau intro apps bagus mcm ni