Ujian Saringan Minda Sihat : DASS

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat hari sabtu semua! Hari ini cx nak kongsi pasal Ujian Saringan Minda Sihat : DASS . Sejak kebelakangan ini, tahap tekanan cx rasa macam tak boleh nak kawal. Emosi melantun lantun tak tahu nak pergi mana. Panas memanjang, tak puas hati, kerap sangat naik angin waima benda kecil. Mungkin tekanan saja² datang omenyapa. Orang dok kata, suri rumah bukan buat apa dekat rumah kan? Tapi Ya Allah. Susah nak diceritakan.

Prof Dr Ramli Musa

Cx suri rumah sepenuh masa, tidak bekerja, gaji? Harapkan nafkah daripada suami tapi kita mak bapa mesti kebiasaannya dahulukan anak. Betul tak? Jadi, pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak adalah sangat besar. Hargailah ibu bapa kita. Susah tau nak didik dan jaga amanah Allah. Sebak pula rasa.

Mempunyai 21 jenis soalan untuk Skala Mengukur Tahap Kemurungan, Keresahan dan Tekanan

Okay, siapa pernah buat DASS ni? Ianya sangat bagus sebenarnya. Dia ada kekerapan untuk kita jalani ujian ini. Jika tak silap, dalam tempoh enam bulan sekali. Perbetulkan ya jika silap. Cx buat dekat link berikut; UJIAN DASS oleh Prof. Dr Ramli Musa. Website ini memaparkan beberapa ujian antaranya; Skala Mengukur Ciri Keluarga dan Keibubapaan serta Skala Mengukur Tahap Kemurungan, Keresahan dan Tekanan. Ianya ada dalam dwibahasa. Samada anda nak jalani ujian dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Ikut keselesaan okay.

Antara Maklumat yang Dipinta 

Cx dah buat. Semestinya Bahasa Melayu untuk kefahaman yang lebih supaya tidak salah menjawab. Hihi. Nak tahu apa keputusan cx? Fuh! Stress Teruk! 😂 Haha sedih dengan diri sendiri. Boleh gitu? Hahah Nah cx kongsikan gambar ya. 

Result Test cx: Stress Teruk

Nampak tak keputusan cx apa? Teruk kan? Sebelum ini ada buat juga dalam 2-3 bulan macam tu. Lepastu saja cuba buat lagi sebab rasa diri tak berapa nak normal dan nah! Keputusan yang sangat rasa Ya Allah! Kenapa dengan diri sendiri ni? Sedih tau. Korang kalau rasa nak tahu tahap diri korang macam mana, lebih baik buat ujian DASS ini okay. Almaklum zaman sekarang kan banyak kes mental. Bahaya kalau kita tak dapat kawal. Betul tak? Okaylah, nak rehatkan diri. Bye!

Lahirkanlah Keikhlasan DiHatimu
Kerana Dirimu Begitu Berharga


Post a Comment

20 Comments

Tengkubutang said…
TB pun pernah buat gak dulu.. memang result teruk gak.. huhu.. mungkin berkait rapat dengan cara kita menanggani stress kot kan.. bahaya emosi yang terganggu di biar tanpa diatasi.. takut kemurungan berterusan dan makin parah
yeah me too not working, my dear is alone working for whole family. I need to fetch kids in and out for tuition etc. Yeah alot mental cases lately need to beware and seek help if you there's need. Didn't know of this DASS until I read your post here. Got to tell my friends of this too.
apekinahdotcom said…
Kite faham perasaan CX. Kite pun suri rumah jugak. Banyak benda yang nak difikirkan, mana yang didulukan mana yang kemudian. Kekadang sampai rasa macam nak lari je dari rumah. Ehhh bila fikirkan secara rasional balik untuk apa buat semua tu. Takpe nanti kinah pun nak try jugak ujian ni. Harap keputusannya tak la teruk sangat.
nikkhazami said…
tak pernah buat benda ni.. sebab kadang kadang takut nak terima hakikat. ok jugak sebenarnya boleh muhasabah diri.
CXopportunities said…
Kan? Bahaya sangat. Takut jd macam tu dan cx taknak. Kesian dkt anak² dan rasa diri ni akan jadi sia². So, cx ambil tindakan sendiri supaya lebih relax
CXopportunities said…
Kann? Fikir benda sama juga. Kenapa nak hukum diri sampai mcm tu. Rugi.
CXopportunities said…
Hihi. Cx suka buat supaya dapat control diri hehehe
Ana Suhana said…
Ana tak pernah buat yg dekat website tp awal tahun ni pernah jawab soalan lebih kurang mcm test ni dkt klinik kesihatan sebab sakit kepala berpanjangan. Rupanya sebab stress yg agak teruk. Siapa kata jd housewife tak stress kan. Kadang kita sendiri yang tak sedar.
Kak tak pernah buat lg, kak bekerja jd xda Mandalay, baguslah jugak buat mcm cx tu..
mrsliez said…
Liez nak buat jugak la..baru tahu ada test macam ni secara online.. bukan kata tak tahap mental kita tapi nak tahu jugak bila kita buat test macam ni
Mimie said…
Pernah buta ujian ni juha sebelum ni tapi tahap Mimi masih normal lagi dan terkawal lagi .Memang kena kawalkan emosi dan mental kita supaya tak menjejaskan kesihatan kita nanti
full time mummy here too. I am supporting DASS and thank you for sharing this. It's good for all full time mummy like all of us yeah.
CXopportunities said…
Betul sokong! Cx suka buat test mcm ni sbb nak tahu diri kita dlm keadaan apa
CXopportunities said…
Ya kak. Sesekali boleh buat 😊
CXopportunities said…
Jom² buat. Bagus sebenarnya 😊
CXopportunities said…
Yeah! Thanks for supporting !
Sayidah Napisah said…
its okay to be not okay! saya pun ada kawan yang menghadapi depression. memang kalau trigger, selalu takde mood. thats why dia pergi hospital dan dapatkan nasihat pakar psikatari. ubat dan sesi kaunseling membantu :)
Sharmin said…
This is so mind refreshing like I have no idea this exist! But thank you!