D'Menc Fabric Freshener dan Air Freshener Afy Haniff; Memberi Kesegaran Haruman Berpanjangan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

D'MENC FABRIC FRESHENER DAN AIR FRESHENER AFY HANIFF; MEMBERI KESEGARAN HARUMAN BERPANJANGAN | Jika sebelum ini, cx ada tulis entry berkaitan penjenamaan semula produk Afy Hanif, yang mana dulunya terkenal dengan nama Serai Wangi Afy Hanif , kini telah ditukar kepada SWiPEL. Kenapa ditukar? Korang boleh baca di entry berikut okay ; Majlis Pelancaran Produk Afy Hanif; SWiPEL, 40DAYS dan PLASH . Namun, Afy Haniff yang merupakan pengeluar bumiputera bukan sahaja fokus kepada produk penghalau serangga, tetapi turut mengeluarkan produk lain seperti D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener Afy Haniff.  Bestkan? 

D'MENC FABRIC FRESHENER 
AFY HANIFF


Kita ni kalau dekat rumah, mesti ada masalah bau tilam yang kurang enak di hidu. Betul tak? Almaklum, semasa kita tidur, badan kita mengeluarkan peluh yang menyebabkan terserap terus kedalam tilam. Selalu menjadi persoalan macam mana nak bersihkan tilamkan? Takkan nak basuh? Macam mana nak kering? Dahtu, macam mana nak hilangkan bau kurang enak tu? Lepastu kita kerap memasak di rumah, bau² di langsir semua terserap dengan bauan masakan semua. Takkan setiap kali masak, nak kena tukar dan basuh langsir. Betul tak? Okay semua, tak perlu susah payah dan pening kepala lagi. Jom gunakan D'menc Fabric Freshener Afy Haniff.

Terdapat 4 jenis variasi haruman D'menc Fabric Freshener Afy Haniff. Antaranya adalah Lemon Tree, Strawberry, Vanilla dan Lavender. 

4 Variasi Haruman D'menc Fabric Freshener Afy Haniff

✓ Menggunakan formula yang diperbaharui
✓Diperbaharui dengan Malodour Counteractant Technology yang menghapuskan bau kurang senang dengan segera dan haruman tahan lama.
✓Meresap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau hapak serta menyegarkan.
✓Menyegarkan tanpa perlu dibasuh. Menghilangkan 99.9% kuman penyebab bau busuk.
✓  Tidak meninggalkan kesan pada fabrik.

Packaging lama yang dikenali sebagai Fabric Wangi Afy Haniff

Packaging Baru dan terkini. Dikenali sebagai D'menc Fabric Freshener Afy Haniff, memudahkan gosokan dan mewangikan fabrik.

Cara Penggunaan;

1)  Putarkan 'trigger' kepada 'ON'
2) Goncang dan sembur dengan jarak 20cm daripada fabrik
3) Boleh disembur kepada semu jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, karpet, cadar dan kerusi.

Semburan D'menc Fabric Lemon Tree Fabric Freshener di langsir.  Kebiasaan selepas masak, memang satu rumah bau asap tu dan bau melekat di langsir.  Jadi, cx semburkanlag D'menc Lemon Tree Fabric Freshener Afy Haniff.  Memang hilang bau asap masakan tu dan wangi dia bertahan lama.

Semburan D'menc Fabric Freshener di Karpet, almaklum ada anak² kecil, kadang² tu tertumpah macam². Jadi, untuk hilangkan bau kurang enak, cx semburkanlah D'menc Lavender Fabric Freshener Afy Haniff.  Bau dia tahan lama dan bau hapak dan busu itu hilang serta merta!

 D'MENC AIR FRESHENER AFY HANIF



D'menc  Air Freshener Afy Haniff ini mempunyai saiz yang kecil dan comel tetapi mampu menyegarkan dan memberi haruman kepada ruang yang digunakan. Tidak perlu disembur , hanya perlu digantung sahaja dimana yang kita mahukan. Mudahkan? Terdapat 8 jenis wangian berbeza (Autumn, Pandan Leaves, Lavender, Vanilla, Green Apple, Sparkling Lemon, Honeydew dan Tutty Fruity. Boleh tahan sehingga 60 hari.   Kelebihannya D'menc Air Freshener Afy Haniff ini adalah; 

• Perfum mengandungi 100% pati minyak wangi / kepekatan minyak tulen.
• Terdapat wangian buah-buahan dan bunga.
• Wangian kekal segar sehingga penghabisan minyak / titisan terakhir.
• Hanya sedikit penggunaan mampu menyegarkan seluruh ruangan.
• Penyegar untuk kereta, pejabat, almari, bilik, laci, ruang tamu dan dapur.
• Selamat untuk dihidu oleh semua peringkat umur.


D'menc Lemon Sparkling Air Freshener Afy Haniff, cx gantungkan dalam kereta. Bau dia sedap. Wangi dan segar . Masuk dengan jiwa cx hehe

D'menc Pandan Leaves Air Freshener Afy Haniff, cx gantungkan dalam almari baju  Biar semulajadi tu sebati dalam ruang almari. 

D'menc Air Freshener Afy Haniff dirumus khas untuk memberikan kesegaran udara dengan aroma wangi . Mengandungi pelbagai perisa membuatkan D'menc Air Freshener Afy Haniff ini menjadi produk yang mampu menarik minat pembeli mengikut citarasa pilihan. Menyegarkan udara terutama sekali di ruang tertutup seperti di dalam kereta.

Green Apple - Fresh Green
Tutty Fruity - Sweet Scent
Vanilla - Cool Air
Autumn - Odour Neutralizer
Pandan Leaves - Feel The Nature
Lavender - Exclusive Air
Sparkling Lemon - Fresh Scent
Honeydew - Morning Dew


 Logo baru D'menc Air Freshener Afy Haniff yang digunakan kini.

Cara Guna

Cara penggunaan :
     1. Buka penutup pada botol
     2. Buka penyumbat
     3. Tutup semula penutup botol
     4. Terbalikkan botol supaya pati meresap pada kayu penutup botol
     5. Gantungkan/letakkan di dalam kereta, almari, bilik tidur, tandas, ruang simpanan

Menarik kan produk wangi Afy Haniff sekadang? Haaa, tunggu apa lagi? Boleh dapatkan di pusat beli belah sekarang! Tesco, Giant, Family Store dan Aeon Big. Kalau nak beli online pon boleh dapatkan di Lazada, 11street, EzBuy dan Shopee tau! Jika ada sebarang maklumat atau nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke link seperti di bawah!


Harumkan harianmu
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

14 Comments

Ohh baru tau ada starch dan air freshner juga. Selalu dok guna serai wangi Afy Haniff ni ja, pasni boleh laa cari nak try.
saidila said…
yg serai wangi tu selalu beli , yang lain belum penah try , nampak best jugak nih semua haruman dia ..nanti nank cubalah ...
Mahamahu said…
Comel botol penyegar udara tu boleh letak dalam kereta macam tu hehehehe warna pun cantik dan mesti wangi habis lah... Kalau letak kat dalam rumah hari raya ok juga orang datang beraya nanti kan...
FM said…
tak pernah cuba lagi brand ni, tengok dari review macam menarik, mungkin boleh cuba pasni
Julia Mahir said…
Tiba-tiba duk terbayang bau Green Apple. Haha. Suka sgt bau buah-buhan fresh macam tu. Rasa fresh je. Bagus nya dia selamat dihidu oleh semua. Raya-raya ni boleh buat spare org nak dtg rumah.
Cik Lily Putih said…
nak kena cari yang untuk fabrik wangi ni, yelah untuk gosok baju kan. selain daripada licinkan baju boleh gak wangikan baju heheheh
Hanny Abdullh said…
First time dgr pasal.produk Afy ni. Cantik gak le botoi2 dia. Nanti nak cuba gak lah..ada jugak beli tapi brand lain le..nanti boleh cuba yg ni
Zharif Azis said…
wahhhhhh wangilah rumah awak nanti di pagi raya. produk afy haniff nie memang bagus. selain kualitinya yang mantap, aroma dan bau dia sangat wangi dan kekal lama. memang dh ada stok produk utk raya nie. nak kemas rumah bagi wangi. hihi
Farhana Jafri said…
Tak pernah lagi jumpa brand perfume dmenc ni. Banyak pilihan wangian ada untuk customer pilih. Produk starch pun siap ada wangian sebab yang ada dekat market pun takde bau & lemon or rose macam tu je.
Dikbee said…
yeszaaa.. sy pun pengguna afy hanif. Best sebab wangiiii.. yg bestnya bau dia tahan lama. fav wangian utk yg kereta tu yg tutti fruity tu.. bau ala2 mcm buah-buahan segar gitu
Emi said…
Jenama afy hanif memang jenama yg dipercayai pun. Kat rumah emi pun banyak guna produk pencuci afy haniff.
Nina Mirza said…
Belum pernah cuba jenama ni. Pelbagai ada rupanya. Nampak menarik. Nak try laaa yg untuk sofa tu
Sha Mohamed said…
Pilihan yang bagus untuk wangikan rumah dan kereta..
Huda Halid said…
Baru first time dengar brand ni. menarik juga yer. nak try jugalah