Dr.Glamogenic [Review]: PERFECTION WHITENING SPOT SERUM

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

[DR.GLAMOGENIC SKINCARE FROM AUSTRALIA (REVIEW): PERFECTION WHITENING SPOT SERUM]


Ada tak sesiapa yang susah sangat nak singkirkan tanda atau tompok gelap yang menjengkelkan di kulit muka dengan pigmentasi dan bintik gelap? Kalau rutin kecantikan harian kita gagal untuk memberikan hasil yang memuaskan hati, sudah tiba masanya untuk kita ubah! Betul tak? Jom cuba Perfection Whitening Spot Serum yang menakjubkan ini, dan boleh lihat perubahan dalam hanya beberapa minggu bergantung kepada jenis dan keadaan kulit.


Cx pon ada juga spot di wajah yang dulunya gatal sangat tangan kutilkan jerawat, kan dah ada kesan. Makanya, cx pon dapatkanlah Perfection Whitening Spot Serum ni, yelah, siapa taknak kulit cantik sekata tanpa bintik gelap di kulit wajah kan? Nanti tua sebelum usia pula. Hihi Cx dapatkan Whitening Spot Serum ni dengan harga RM88.80 seunit. Kenapa cx pilih Dr.Glamogenic? Pada cx Dr.Glamogenic ni semua produknya diasaskan secara natural untuk keselamatan, keberkesanan dan bahan-bahan semulajadi.


Antara faedah yang ada bila kita guna Perfection Whitening Spot Serum ini adalah seperti berikut:

1. Mencerahkan Kulit
Kalau kulit kita dah kusam dan tak lagi bercahaya, boleh dah cuba guna serum ini untuk membaiki kulit yang rosak dan membaikpulih kulit wajah. Lepas ni, muka kita akan shining blink blink semula! gittew!



2. Menghidratkan Kulit
Disebabkan ia diperkaya dengan vitamin, ia membantu sel-sel kulit kita mengekalkan kelembapan yang kuat ke kulit wajah.  Tambahan lagi, ianya memberikan khasiat yang diperlukan untuk kulit, maka, ia menjadi lebih anjal dan elastik.







3. Cahaya Pigmentasi
Titik gelap boleh terbentuk kerana jerawat, pigmentasi, dan lain-lain. Memang sangat susah betul nak menyingkirkannta, tetapi

serum ini meratakan melanin secara keseluruhan supaya tona kulit mendapat rangsangan terbaik, sementara pigmentasi yang ada secara beransur-ansur menjadi pudar.

4. Menghapuskan Lingkaran Gelap
Lingkaran gelap di bawah mata juga sukar untuk ditangani, tetapi serum ini perlahan-lahan menyerap yang membantu kegelapan ini hilang.



5. Penyerapan Pantas
Kadang-kadang, serum sedikit berminyak, tetapi serum ini mempunyai tekstur licin dan cepat diserap oleh kulit dalam beberapa saat, jadi tidak ada yang tertinggal di permukaan.







CARA GUNA PERFECTION WHITENING SPOT SERUM

Pastikan basuh muka terlebih dahulu dengan pencuci. Bersihkan dan keringkan dengan tuala. Kemuadian picitkan sedikit Perfection Whitening Spot Serum ke jari manis dan mulakan sapuan dengan dap dap jari ke bahagian dark spot yang dikehendaki. Selepas sapuan, tunggu sehingga serum diserap sepenuhnya untuk membolehkan bahan-bahan menembusi lapisan kulit. Sapukan pelembap setelah selesai. Gunakan serum untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan mencegah jerawat.



Kegunaan pada waktu pagi dan malam setiap hari secara konsisten akan mendapaatkan hasil yang baik. Pastikan disimpan di tempat kering atau suhu bilik dan elakkan daripada cahaya matahari secara terus. 





Okay, cx apply Perfect Whitening Spot Serum ini dekat suami cx juga. Hihi sharing is caring right? Disebabkan encik suami ada masalah lingkaran gelap di bawah mata, maka ada baiknyalah jadi testimoni juga. Haha Terima kasih encik suami kerana tadah muka. Hihi. Itulah hasilnya dalam gambar di atas. 


Personal Review:
Jika tanya cx, lepas pakai Perfection Whitening Spot Serum ni, dark spot dekat muka cx ni dah makin berkurang. Dah pudar sedikit demi sedikit.  Masa cx picit sedikit serum ni, tekturs dia sangat ringan, lembut, licin dan bau segar. Bila cx sapu dekat dark spot, Perfection Whitening Spot Serum ni terus meresap baik ke dalam kulit. Rasa lembut sahaja dekat kulit. Tidak berminyak. Baunya sedang elok. Tiada pewangi tambahan. Yalahkan, Dr.Glamogenic kan berasaskan bahan semulajadi.  Kulit  cx jadi lembut dan sekata, lebih melembabkan kulit. Suka pakai. Lepas ni, flawless-lah kulit wajah cx. Hihi. Terima kasih Dr.Glamogenic!


Dr.Glamogenic merupakan penjagaan kulit buatan Autralia yang dicipta oleh doktor panel dengan 30 tahun pengalaman dalam sektor penjagaan kulit dan rawatan kecantikan. Walaupun penjagaan kulit Dr.Glamogenic dirumuskan untuk menyesuaikan gaya hidup masyarakat Australia, ia umumnya sesuai dengan kulit Asia kita kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan baik untuk kulit serta persekitaran.

Set penjagaan kulit Dr.Glamogenic mempunyai lapan (8) jenis produk yang merangkumi kepada enam (6) jenis untuk muka dan dua (2) untuk badan. Berikut adalah senarai produk berkenaan;

Penjagaan Muka;
1. Hyaluronic Booster Serum
Serum pelembap yang sangat berkesan untuk kulit sensitif / letih serta meningkatkan tekstur kulit dan menjadikannya sihat. 'Camelia sinensis leaf extract, histidine.

2. Antioxidant Vitamin C+ Serum
Serum yang sangat pekat mengandungi  vitamin C derivatif stabil untuk memulihkan kulit yang letih dan mencerahkan kulit yang kusam. Kandungan bahan seperti 'Butylene glycol, Paeonia suffruticosa root extract'.

3. Perfection Whitening Spot Serum
Serum pemutih yang berprestasi tinggi untuk mengawal pigmentasi seperti jerawat, jeragat, dan lingkaran bawah mata. Bahan utama dalam serum ini ialah 'Root extracts.'

4. Brassica Peeling Gel
Gel pengelupasan yang lembut dan lembab dengan bahan seperti ekstrak brokoli yang kaya dengan vitamin, mineral dan selulosa berorientasikan alam serta terdapat kandungan seperti 'hamamelis virginiana' iaitu 'witch hazel.'

5. Dynamic Brightening Mask
Masker krim pemutih dan nutrien dengan menggunakan bahan seperti 'Ascophyllum nodosum extract, fruit extract.'

6. Vitalize Soothing Mask
Masker yang berkhasiat serta menenangkan mengandungi intipati Guaiazulene yang mencukupi, Ekstrak Aloe, Hyaluronic Acid. 100% selulosa semulajadi. 'Aloe barbadensis leaf juice, butylene glycol'

Penjagaan Badan;
7. Enliven Brightening Cream
Krim pemutih dengan kepekatan yang tinggi untuk menjadikan tona kulit lebih sekata dan berseri, bahan seperti Arbutin dan juga citrus grandis ( grapefruits )

8. Youth Restoring Modelling Shaping Cream
Krim penjagaan untuk badan yang berisi membantu membuat siluet tubuh lebih licin disamping meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan bahan seperti 'soybean ferment extract' dan ;gentiana lutea root extract.'


Kalau nak dapatkan produk Dr.Glamogenic, boleh terus order online daripada;

Official Dealers ;
www.facebook.com/glamogenicofficial


Atau, boleh terus pergi ke Authorised Dealer di;
Glamogenic Kiosk (Vintage Collection International Sdn Bhd)

(Same Level as Village Grocer, opposite Tealive)
PC-001, Ground Floor,

Sunway Giza Mall, Pj.

Waktu Pejabat: 10:00pagi - 10:00malam
Perunding Pelanggan: 012 - 691 6128



Nota: 20 orang pelanggan bertuah yang datang ke Glamogenic Kiosk akan menerima harga promosi istimewa dan hadiah percuma!

Atau, boleh hubungi Pengedar Utama;
Qurlivka Southeast Asia (Malaysia) Sdn Bhd

Level 16, The Pavilion Tower, 
Jalan Raja Chulan,



Hubungi: +603-6151 9198
Website: www.glamogenic.com


Hargailah Kecantikan Diri
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

17 Comments

penaberkala said…
Ni konsep calit calit terus putih dan cantik eh? Nampak macam lotion je. Klu cream macam ni, mudah sikit nak pakai. Kecik pulak tu, mudah nak bawa time travel ke mana-mana
Bebelan Cik Min said…
Bagus ye produk ni. Actually i tak kisah produk tu dr mana asal kan selamat dan bebas merkuri
Portal HRs said…
Menakjubkan... Memang sekarang ni kena cari produk natural.. Sebab lambakan produk skrg tak tahu berkesan ke tak
Siti said…
Eh cantik pulak harga dia 88.80 gitu. Kena cepat2 grab whihtening spot ni nanti tak sempat jadi pelanggan bertuah!
Tekkaus said…
Produk natural ini memang berkesan kan untuk dapatkan kulitkan yang gebu Dan soft. 😃
wah peluang baek ni. kena pergi sunway giza cepat grab promo ni. almaklumlah mata dah macam panda eye 🐼 hehe nice sharing terutama untuk mereka yang ada masalah lingkaran bawah mata.
Julia Mahir said…
Nak jugak hilagkan lingkaran hitam bawah mata. T___T sesejak jadi mak mak ni mata panda selalu sgt. huhuhu. kena carik produk yg bagus nak bg hilang dark circle ni.
JMR said…
Wanita selalu ada masalah kulit ada tompok2 hitam ni..atau lelaki yg tak amik kisah dgn masalah ini? hehe baca review ni mcm produk bagus ni. Harga pun affordable lg tu. Janji ada kelulusan KKM dan selamat, bolehlah gunakan tanpa was-was kan
Rawlins GLAM said…
Macam nak try gak sebab dark spots pun banyak. Dah ada promo nie, macam best gak kalau dapat beli satu kan.
Nadia Johari said…
pergh kecil-kecil cili padi ye..walaupun kecik tapi banyak kegunaan dia..terbaikla..nak kena cari juga ni..nak cantik juga..hehehe
Brand baru ini memang nice to use. I also tried their cream, it works for me. Nice to have encounter this brand hehehe
mrsliez said…
Krim wajib ada utk kaum ibu la rsnya.. sbb bila ada anak je mula la jadi panda.. mata panda la, eyebag besar gedabak la... uuiusshhhh kena cuba ni
Mawardi Yunus said…
Wah bagus betol ya produk ni. Tgok pada gambar hasil selepas penggunaan memang mengujakan
Lia Hasty said…
Banyak betul produk serum sekarang di pasaran. Lia pun dah amalkan pakai serum sekarang ni. Memang penting sangat. Cuma serum dari jenama ni belum cuba lagi. Maybe next time.
Tengkubutang said…
wah.. sesuai untuk kurangkan lingkaran gelap bawha mata yea.. macam best je ni.. TB pun kadang terjadi juga dark circle ni.. almaklumlah.. tidur lambat,...mata panda la jadinya.. tidur lambat sebab anak tak tido-tido lagi.. ni kena cari cream bawha mata jugak la nampaknya.. nak test ;a drglamogenic ni
Whitening spot eh. Tapi kalau kulit kita gelap, boleh ke nak apply dekat satu muka ni? Tapi eye bag memang paling ketara lah hahah. First time dengar product ni.
Henry Tan said…
yes it's important to check the ingredients, and also do some research over the internet to make sure it is safe to use. so thanks for sharing and glad to see that it is useful for you! i would love to try it one day! :D