Kenapa Kasut Sekolah Pallas Menjadi Pilihan Sejak 3 Tahun Lepas
Hi semua! Kalau dulu kan, CX tak pernah kisah dengan jenama kasut sekolah asalkan kena dengan harga, cantik, selesa dan tahan lama. Tapi sejak pernah menggunakan kasut sekolah Pallas, rasanya Cx dah jumpa kasut yang betul-betul merubah perspektif CX sebagai ibu. Pakai kasut sekolah ini bukan sekadar nak selesa dan cantik saja tetapi keselamatan juga perlu diutamakan.
Kasut sekolah bukan dipakai sehari dua kan? Kita pakai hampir setiap hari, dari melangkah masuk ke pagar sekolah, berdiri lama semasa perhimpunan, berjalan dari satu kelas ke kelas lain, sampai balik ke ruah dalam keadaan penat. Inilah sebabnya sejak tiga tahun lepas, kasut sekolah Pallas menjadi pilihan CX dan setakat ini, CX masih kekal dengan jenama yang sama.
![]() |
| Kasut Sekolah Pallas |
Pengalaman Dengan Kasut Sekolah Pallas
Tahun ini juga CX memilih kasut sekolah Pallas untuk anak CX. Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap with Elastic Shoe Lace (205-0220BK_#7) warna hitam. Rekaannya ringkas, kemas dan mematuhi peraturan sekolah, selain praktikal untuk kegunaan harian anak. Apa yang membuatkan CX terus kekal dengan Pallas apabila anak-anak sendiri puas hati dan gembira apabila menggunakan kasut sekolah Pallas. Alhamdulillah.
![]() |
| Kasut Sekolah Pallas |
Kenapa Kasut Pallas Terus Jadi Pilihan
Banyak sangat ciri-ciri dan kebaikan kasut sekolah Pallas ni sebenarnya. Jom CX kongsikan sedikit sebanyak kelebihan kasut sekolah Pallas Jazz ni supaya korang pon terjebak sama untuk guna dan pilih jenama kasut sekolah Pallas macam anak-anak CX.
- Mudah Dipakai & Sesuai untuk Anak Sekolah Rendah
Kasut sekolah Pallas Jazz ini rekaan velcro strap bersama elastic shoe lace tau. Rekaan macam ni lagi memudahkan anak untuk pakai kasut sekolah sendiri tanpa bantuan. Sangat membantu ya sebab anak CX tahun 2026 ini baru masuk tahun satu. Jadi, kasut sekolah sentiasa nampak kemas, tidak longgar dan sesuai untuk anak yang aktif bergerak.
- Selesa Dipakai Sepanjang Hari (Quick Dry)
Material mesh yang digunakan pada bahagian atas kasut membantu pengudaraan yang baik, cepat kering dan tidak melekit. Anak CX jarang mengadu kaki panas atau tidak selesa walaupun kasut dipakai lama di sekolah. Ventilasi yang baik memudahkan kaki bernafas dan rasa tidak panas.
- Menyokong Kesihatan Tapak Kaki (Arch Support)
Bila kasut sekolah tu selalu digunakan dalam masa yang lama di sekolah, jadi, CX kena pastikan kaki anak tak sakit dan terjaga apabila memakainya. Tapak kasut sekolah Pallas direka dengan sokongan lengkungan kaki (arch support) dan kusyen yang membantu mengurangkan tekanan pada otot kaki. Kusyen di bahagian tumit juga membantu menyerap hentakan sepanjang hari.
![]() |
| Kasut Sekolah Pallas |
- Lebih Selamat Dengan Cengkaman Baik (V-Grip)
Tapak kasut Pallas Jazz ni memberi cengkaman V-Grip yang stabil dan tidak mudah licin. Lega sikit bila anak selamat bila guna terutamanya di permukaan basah atau dalam waktu hujan. Tidaklah anak mudah tergelincir.
- Ringan & Tidak Membebankan (X-Light)
Berat kasut yang ringan membantu anak bergerak dengan lebih bebas dan tidak cepat letih walaupun dipakai seharian .
![]() |
| Kasut Sekolah Pallas |
Baca Lagi: Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami
- Patuh Konsep 3S Seperti Disarankan KPM
Kasut sekolah Pallas direka berlandaskan konsep 3S - Selesa sebab cepat kering, Sihat pula dengan adanya sokongan gerbang dan Selamat iaitu mempunyai cengkaman kuat (V-grip) , selaras dengan perlaksanaan dan peraturan kasut sekolah rendah oleh KPM sejak tahuan 2021.
Kempen Beli dan Menang
Menariknya kali ini, setiap pembelian, layak untuk menyertai Kempen "Jom Beli dan Menang!" , dnegan hadiah utama wang tunai bernilai RM3,000 serta e-baucar bernilai RM100. Tempat kedua dan ketiga pon ada hadiah juga tau!
Kalau nak beli walk-in pon boleh, secara atas talian pon okay sebab kasut sekolah Pallas boleh didapatkan di Wow2wee Online Store. Lebih mudah dan menjimatkan masa.
![]() |
| Kenapa Kasut Sekolah Pallas Menjadi Pilihan Sejak 3 Tahun Lepas |






0 Comments