Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari

Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026

Setiap kali musim kembali ke sekolah, CX yakin ramai mak ayah mula rasa berdebar, teruja dan tidak ketinggalan keadaan pening kepala juga. Betul tak? mak ayah mesti faham kenapa CX cakap macam ini. Mana tidaknya, semestinyalah nak kena fikir tentang keperluan sekolah anak-anak, mana yang nak kena beli baru, mana yang perlu ditambah, apa yang patut ditukar. Tahun kembali ke sekolah 2026 ni, CX nak kongsi lagi pengalaman shopping yang semestinya mudah, jimat dan membuatkan kita sebagai ibu bapa tersenyum puas apabila kesemua kepeluan kembali ke sekolah dibeli di Pusat Pakaian Hari-Hari sahaja.

kembali ke sekolah 2026
Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari

kembali ke sekolah 2026
Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari

Harga Mampu Milik Dan Berpatutan

Bila CX dah ramai askar kecil sekarang ini, memang haru-biru juga nak fikir ekonomi keluarga. Memang bab harga menjadi satu isu utama, jika seorang dua anak masih kita boleh bernafas, tetapi apabila dah masuk tiga empat orang, memang semput juga. Tapi CX syukur sangat dengan adanya Pusat Pakaian Hari-Hari ni.  CX memang puas hati sebab harga sangat mampu milik ya, harga masuk akallah orang kata untuk keluarga Malaysia ni.  Set baju sekolah, kasut, bag sekolah, stokin, semuanya banyak pilihan dan harga berpatutan tanpa perlu potong bajet lain. 

Semua Keperluan Sekolah Di Bawah Satu Bumbung

Ini part yang paling CX suka dan bersyukur sangat sebab bila kita ada anak-anak ramai, memang macam-macam kerenah ya mereka buat.  Lagi-lagi bila masing-masing dah penat, mengantuk dan lapar.  Sungguh mencabar kesabaran ketika membeli-belah. Almaklum, yang kedua dah mula monyok bila CX fokus dekat adik dia yang baru nak masuk tahun satu 2026 ini.  Si kecil nombor empat pula tak habis-habis berlari kesana-kesini.  Si baby dah mula meragam sebab mengantuk.  Nasib baik si sulung penuh sabar dan rajin melayan kerenah adik-adik dia. 

kembali ke sekolah 2026
Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari
kembali ke sekolah 2026
Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari


Inilah sebab utama CX di Pusat Pakaian Hari-Hari, dah tak perlu nak pusing banyak kedai dah, semua keperluan sekolah anak ada di satu tempat sekaligus. Apa sahaja yang tak ada di sini? Semualah ada, cakap sahaja nak apa, bagaimana dan berapa, InshaAllah jumpa. Tahun ini anak-anak CX tiga orang yang akan bersekolah. Paling semua benda nak kena beli baru adalah untuk anak dara nombor tiga. Memang fokus lebih pada dia sahaja di awalnya. Lagi mencabar apabila anak CX nombor tiga ni kecil molek sangat. Tapi tak risau pon sebab saiz dia tetap ada. Mudah kan bila berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari?

Kali ini kami berbelanja besar juga ya.  Mana tidaknya, semua nak bag sekolah baru, kasut sekolah pon nak baru. Baju sekolah tak perlu cakaplah , kena juga tukar sebab masing-masing jadi pengawas. Alhamdulillah.  CX dan suami beli semunya dua pasang.  Dekat sini ada Johny & Jenny dan No Problem.  Kain lembut licin ada, kain jenis cotton pon ada.  Ikut kita nak jenis macam mana.  Anak-anak CX semua pilih cotton, cuma ada uniform pengawas sahaja yang jenis kain lembut licin. Tapi jangan risau, kualiti kain Pusat Pakaian Hari-Hari InshaAllah puas hati. CX dah 6 tahun okay tetap setia dengan Pusat Pakaian Hari-Hari. 

kembali ke sekolah 2026
Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari

Free Gift, Diskaun 10% & Boleh Beli Online di eHari.com


Kali ini kalau korang berbelanja di Pusat Pakaian Hari Hari, sempena musim kembali ke sekolah 2026, kita akan dapat PERCUMA kalendar dan tuala! Sekarang dengan lebih 120 outlet Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh negara, memang mudah untuk membeli-belah, lagi-lagi ianya adalah local fashion chainstore yang dah 35 tahun dalam industri retail fesyen. 

Jika tak larat nak ke outlet, jangan risau, boleh juga shopping secara online di laman www.hari.com.my, sangat sesuai untuk ibu bapa yang mungkin tak sempat atau malas nak bersesak bersulamkan kerenah anak-anak.  Lagi best, siap ada diskaun 10% lagi yang boleh bantu jimat banyak! Siapa pula yang taknak kan? Kuali barangan memang quality ensure, kain selesa, jahitan kemas dan sesuai untuk pemakaian harian anak-anak sepanjang tahun persekolahan.  

kembali ke sekolah 2026
Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari

Soalan Lazim (FAQ)

Di mana boleh beli pakaian sekolah murah untuk 2026?
  • Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan pakaian sekolah pada harga mampu milik dengan pilihan lengkap di lebih 120 outlet seluruh Malaysia. 

Boleh ke beli kelengkapan sekolah Pusat Pakaian Hari-hari secara online? 
  • Ya! pembelian boleh dibuat secara online melalui eHari.com dengan tawaran diskaun 10%.

Adakah kualiti pakaian sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari terjamin? 
  • Ya! produk di Pusat Pakaian Hari-Hari dipilih dengan teliti untuk memastikan keselesaan dan ketahanan pemakaian harian anak-anak. 

Post a Comment

0 Comments