Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kelengkapan Sekolah Tahun 2023/2024

Tidak lama sahaja lagi akan bermula sesi persekolahan yang baharu bagi tahun 2023/2024.  Cx dan suami sebagai mak abah semestinya sudah mula mencari kelengkapan sekolah anak-anak.  Pada tahun ini, anak cx ada dua orang yang akan bersekolah.  Si abang tidak banyak yang perlu dibeli, cuma cx belikan dia beberapa pasang baju baru dan kasut baru sebab kasut sekolah lama dah ketat sedikit.  Tetapi ianya masih boleh digunapakai.  Cuma cx nak bagi keselesaan kepada dia untuk ke sekolah nanti.  

Kasut Sekolah Pallas
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami

Keistimewaan Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami

Bila bab kasut ini, cx dan suami memang pilih kasut sekolah Pallas sebagai pilihan kami.  Kasut sekolah Pallas sangat bagus, berkualiti dan selesa untuk dipakai oleh anak-anak.  Lagipun kita sebagai ibu bapa, semestinya nak berikan yang terbaik buat ianak-anak.  Betul tak? Pada cx, kasut sekolah Pallas ini menarik sebab ada pelbagai jenis design yang cantik. Tambahan pula, setiap jenis kasut sekolah Pallas, mempunyai keistimewaan yang tersendiri.   Antaranya adalah; 

  • Sistem Pengudaraan

Kasut sekolah Pallas direka khas dengan liang pori-pori kecil supaya adanya sistem pengudaraan yang baik untuk si pemakai.  Pori-pori kecil di kasut sekolah Pallas adalah untuk memastikan kaki sejuk dan selesa ketika memakainya. Jadi, tidaklah kaki anak cx berpeluh sangat dan rasa tidak selesa bila pakai kasut sekolah seharian di sekolah.  

  • Rubber Insole

Lagi kelebihan kasut sekolah Pallas adalah mereka fokuskan kepada keselesaan kaki si pemakai.  Bagi memastikan anak-anak selesa dan tidak sakit tapak kaki ketika memakainya seharian. Jadi dengan adanya rubber insole, setiap langkah anak-anak akan lebih mudah dan selesa. Bila anak cx melompat atau berlari, eloklah kaki dia, tak rasa sakit atau rasa kurang selesa. 

Kasut sekolah pallas
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami

  • X-Lighter Design

Menariknya kasut sekolah Pallas ini, mereka memang pandang serius ya berkaitan keselesaan si pemakai.  Mana tidaknya, dengan X-Lighter design, ianya direka untuk keselesaan maksimum.  Bukan itu sahaja, ianya membuatkan si pemakai berasa lebih ringan ketika berjalan dengan menggunakan kasut sekolah Pallas. 

  • X-Tone Design

X-Tone design pula adalah reka bentuk yang ada gaya dan dalam masa yang sama kesalamatan disatukan.  Reka bentuk kasut sekolah Pallas yang memenuhi keperluan harian anak-anak. Semestinya anak-anak suka dengan design yang bergaya dan ibu bapa pula lebih tenang apabila kasut yang anak-anak pakai lebih selamat untuk digunakan kelak. 

Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205-0204 Black

Kasut sekolah Pallas pilihan anak cx kali ini adalah Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205-0204 Black.  Kasut sekolah Pallas anak cx ini menggunakan reka bentuk velcro strap yang mana kedua bahagian kasut dapat melekat dengan kuat dan kukuh.  Kasut sekolah Pallas jenis velcro strap lebih mudah dipakai kerana tidak perlu bersusah payah kita hendak mengikat tali.  Hanya pakai dan mudah lekap! Mudah sangat. 

Kasut Sekolah Pallas
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami

Ciri-ciri Kasut Sekolah Pallas 205-0204 Black

  • Senang Dicuci 

Kasut sekolah Pallas ini permukaan atasnya adalah sangat mudah untuk dibersihkan.  Mana tidaknya, kasut ini bahagian atasnya dipilih khas kerana mudah tanggalkan habuk.  Jadi, kasut sekolah Pallas anak cx tidaklah nampak terlalu kotor.  Almaklum anak lelaki agak melasak dan bukan dia kisah pon kalau kasut kotor atau tidak.  Betul tak? 

  • Arch Support Cushion

Ciri lain yang ada pada kasut sekolah Pallas Single Velcro Strap ini adalah ianya meletakkan insole cushion dengan arch support.  Arch support adalah sokongan lengkungan dalam kasut itu sendiri. Kita juga sedia maklum bahawa kaki manusia ada dua jenis tapak iaitu leper dan juga berlekuk. 

Jadi, dengan adanya arch support, ianya membantu memberi sokongan kepada pelajar. Sesuai sangat dengan anak-anak. Tidaklah sakit kaki dan dapat melegakan ketegangan kepada otot kaki. 

Kasut Sekolah Pallas
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami

Bukan itu saja korang, kasut sekolah Pallas ini juga ada 9mm insole cushion (kusyen tumit) tau. Ia dapat memaksimumkan penyerapan hentakan dan menyerapnya ke dalam tumit. Jadinya bila anak-anak kena berdiri lama, tidaklah mereka rasa sakit kaki. Selesa saja waima kena berdiri lama di sekolah.

Paling best, kasut sekolah Pallas ini ringan okay. Dengan reka bentuk X-Lighter, memang memberikan keselesaan kaki, ringan dan tidak terbeban ketika memakainya. Lagipun dia ada perlindungan keselesaan tambahan dengan menggunakan foam lining

Kasut Sekolah Pallas
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami

  • Selesa Dipakai 

Kasut sekolah pallas memang selesa teramat sangat macam cx mention dekat atas. Selesa dipakai yang membuatkan anak-anak tak rasa sakit kaki, tak rasa kaki berpeluh. Berjalan dan berdiri sepanjang hari di sekolah tidak memberikan kesan kepada anak-anak. Cx seronok rasa bila anak-anak selesa dengan kasut sekolah pallas yang menjadi pilihan mereka. 


Dapatkan Kasut Sekolah Pallas Sekarang! 

Jom dapatkan kasut sekolah Pallas sekarang. Korang boleh walk in ke Aeon, Lotus, Mydin, dan Parkson.  Korang juga boleh beli atas talian saja. Lagi mudah dan senang, pilih dan beli terus di website Pallas: https://www.pallas.com.my/ atau https://www.wow2wee.com/ . Tak perlu bersesak untuk beli.  Kita pon boleh pilih design yang disukai secara santai dan tenang. 

Post a Comment

5 Comments

Nadia Johari said…
Betul, kasut pallas ni ringan dan ada sistem pengudaraan yang baik. Tahan lasak. Anak nad pun pakai kasut pallas
Marina Bashah said…
cantiklah cutting kasut pallas jenis strap ni
Jom jom dapatkan kasut sekolah Pallas untuk sesi persekolahan terbaru .. Anak anak pastu selesa memakai kasut sekolah Pallas. Anak2 KakYa pon guna kasut sekolah Pallas..
Mommylin said…
cantik gambar cx... orang tgk pun terus rasa nak beli...
Tini Alif said…
Kasut Pallas memang tahan lasak dan sangat selesa dipakai. Kualiti kasut Pallas terkenal baik dan menjadi pilihan untuk kegunaan sekolah mahupun aktiviti sukan. Anak-anak Kak Tini pun pakai kaut Pallas. Diorang suka sebab selesa katanya.