Baby Driver Movie

 Baby Driver Movie

Minggu lepas semasa makan tengah hari di rumah abang cx, mereka buka cerita Baby Driver dekat Netflix.  Pada permulaan cx tengok, cx dah suka dengan jalan cerita dia. Sambil makan, cx pon tonton cerita Baby Driver bersama emak, nenek dan abang kakak cx.  Tetapi cx tak dapat nak tengok habis sebab anak cx menangis nak tidur.  Makanya terpaksa cx balik ke rumah emak cx dan tidurkan anak. 

Baby Driver
Baby Driver Movie

Baby Driver Full Movie Sinopsis

Baby driver adalah seorang pemandu percutian di Atlanta, Mak ayah dia meninggal akibat kemalangan tetapi baby terselamat. Namun ada sedikit masalah membelenggu dirinya yang menyebabkan baby mencari musik untuk menenangkan keadaan diri dia sendiri.  Memang kebiasaannya baby bersama iPod dia kemana jua pergi.  Akibat daripada baby kantoi mencuri kereta seorang doktor dan sebagai pampasan untuk langsaikan hutangnya iaitu ganti rugi kereta, baby dipaksa untuk berkhidmat dengan doktor tersebut. 

Ketika waktu lapang, baby akan membuat dan mencipta lagunya sendiri berdasarkan rekod perbualan yang dirakamnya.  Baby dijaga oleh bapa angkatnya yang pekak iaitu Joseph.  Baby berjumpa dengan seorang pelayan bernama Debora, dan mereka mula bercinta. 

Disebabkan baby berhutang dengan doktor tersebut, dia secara tidak langsung terlibat dengan kes perompakan. Namun, baby hanya melakukan kerjanya sahaja iaitu memandu kereta untuk perompak tersebut.  Kiranya baby menjadi orang penting untuk cilok jalan pintas supaya dapat lari daripada polis.  Tetapi pada satu hari, kes rompakan yang tidak dijangka akibat salah seorang pasukan perompak tidak suka dengan baby. Akhirnya membawa malapetaka dalam rancangan rompakan mereka. Ini membawa kepada pembunuhan besar-besaran. 

Baby Driver
Baby Driver Movie

Baby Driver Movie Details

Baby Driver Movie adalah keluaran pada tahun 2017, Mac 11 dan diarahkan oleh Edgar Wright. Dilakonkan oleh Ansel Elgort sebagai baby, dan Lily James sebagai Debora. Bajet yang dikeluarkan untuk cerita baby driver adalah sebanyak 34 million dollar.  Paling menarik, movie baby driver pecah box office dengan kutipan sebanyak 226.9 million dollar. Movie Baby Driver berlangsung selama satu jam 13 minit. 


Baby Driver Movie Personal Review

Pada pendapat cx, cerita Baby Driver ini seronok untuk ditonton sebab si baby ini ada satu perangai yang ikut kepala dia sahaja. Dia buat tak tahu sahaja dengan dunia luar, baby asyik dengan musik hidup dia.  Namun, pada cx, baby salah percaturan apabila dia rasa dia boleh handle everything but unfortunately he was totally wrong!. 

Paling cx tak suka bila baby melibatkan kekasih dia, tetapi adegan tembak menembak dengan Debora memang menarik dan puas hati. Movie Baby Driver memang seronok untuk ditonton sebab banyak aksi drift, pelarian yang dirancang dengan teratur dan kecekapan baby drift kereta.  Korang boleh tengok cerita ini dengan santai. Cx boleh bagi 7/10 bintang sahaja sebab penghabisan dia macam simple sangat. 

Baby Driver
Baby Driver Movie

Post a Comment

1 Comments

Ezna Khalili said…
Oh movie ni yg perempuan tu Lily James pernah berlakon dalam movie Cinderella.