Tukar Tinted Kereta Bezza
Sejak encik suami beli kereta, dah lama rasanya tak tukarkan tinted baru untuk Bezza kami. Pernah tukar sebelum ini tetapi terpaksa cabut sebab waktu itu encik suami buat grab car. Makanya terpaksa buka balik sebab nak kena ikut syarat JPJ. Makanya selepas itu pakai yang biasa-biasa sahaja. Tetapi Alhamdulillah tahun ini ada rezeki Allah bagi. Dapatlah kita tukar tinted baru untuk Bezza kami. Alhamdulillah syukur tak terhingga.
Ravo Ion Max Tinted Review |
Ravo Film Sun Stop Tint Shop
Jika sebelum ini encik suami pasang tinted dekat kedai ini, makanya kami pilih Ravo Film Sun Stop Tint Shop juga untuk si kacak Bezza. Kalau korang orang Melaka nak tukar atau pasang tinted baru, boleh terus pergi ke Ravo Film Sun Stop Tint di Taman Merdeka Melaka. Cx sangat recommend.
Ion Max Tinted Ravo Film
Kali ini kita tukar kepada Ravo Film Ion Max Tinted. Korang tahu tak apa itu Ion Max Tinted? Ion Max Tinted ini adalah cetusan idea Ravo yang merupakan satu kejayaan besar dalam tinted yang menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan.
Ravo Ion Max Tinted Review |
Ion max tinted adalah produk revolusi pertama di Malaysia. Ion max tinted telah diuji dan diperakui oleh SIRIM dan SGS Malaysia serta ISO untuk aktiviti di atas permukaan plastik dan permukaan tidak berliang yang lain. Pendek kata, gabungan teknologi nano yang canggih dengan kristal dan mineral, ditambah dengan penggunaan gelombang elektromagnet telah memberikan Ion Max tinted berkeupayaan untuk menyerap dan mengionkan molekul air pada membran tinted. Seterusnya menjana ion negatif untuk menjalankan pencucian dan kerja pembersihan.
Ion Max tinted direka untuk mengurangkan 99.99% sinaran ultraungu (UV) yang merupakan langkah pencegahan yang sangat baik terhadap kanser kulit. Ion Max tinted mempunyai 99.99% ciri-ciri anti-bakteria dan berkesan dalam menghilangkan bau yang kuat seperti bau rokok, karbon monoksida dan durian contohnya.
Inovasi Teknologi Ion Max Tinted
- 10 tahun jaminan kualiti
- Prestasi yang lebih tahan lama di bawah pendedahan matahari yang lama.
- Teknologi seramik nano mineral
- Kualiti Sirim diuji dengan semua lulus (Kelas 1 dan Gred A)
- Penampilan tahan lama
- Filem mesra alam
- Kejelasan definisi tinggi
- Sesuai untuk semua projek bangunan hijau automatif dan seni bina
Ravo Tinted Review
Secara keseluruhan, cx dan suami sangat berpuas hati dengan kualiti inovasi teknologi ion max tinted yang diperkenalkan kepada kami. Ion Max tinted ini dipasang dengan kepantasan yang baik dalam masa tiga ke empat jam dah boleh siap. Tetapi, Bezza kami lama sedikit disebabkan tinted lama sudah melebihi lima tahun, owner Ravo Film Sun Stop Tint Shop recommend untuk buka yang lama pasang baru dengan Ion Max tinted.
Jika cx cerita tentang servis, kami boleh bagi 5/5 bintang. Mereka sangat friendly dan tidak sombong. Melayan kami anak beranak dengan baik waima mereka sibuk dengan pelanggan lain. Kemudian waktu kami nak tukar ion max tinted pada hari sabtu, terpaksa dibatalkan sebab tidak cukup masa gara-gara kena cabut tinted lama Bezza kami. Jadinya, owner Ravo Film Sun Stop Tint Shop terus bagi idea supaya pada hari Isnin, dia datang ambil di tempat kerja suami dan selesaikan pemasangan ion max tinted kami. Baik sangat! Makanya siaplah kereta kami pada hari Isnin tersebut dengan berwajah baharu ion max tinted. Bertambah kacaklah Bezza kami.
Paling cx dan suami puas hati adalah, hasil kerja tangan mereka sangat kemas ya. Serius kemas sangat, cantik dan teliti. Tidak sambil lewa dalam membuat kerja mereka. Encik suami pon puji sebab katanya memang mereka buat kerja sangat kemas. Puas hati sangat.
Ravo tinted review secara peribadi, memanglah sangat puas hati ya sebab kereta sejuk sahaja. Kemudian hari itu ada bawa durian tau, tapi tiba-tiba bau durian itu tak lama, dia hilang sendiri. Tak sampai sehari pon dah hilang. Jika sebelum ini, dua hari pon masih ada bau durian. Paling best, bila bau rokok dah tak ada dalam kereta, ion max tinted-lah punya kerja ni. Best kan?
Ravo Ion Max Tinted Review |
0 Comments