My Lethal Man Chinese Drama Review

 My Lethal Man Chinese Drama

Hi semua! Kali ini cx nak review drama Chinese pula. Selalu tengok dan review cerita drama Korea sahaja kan? Kali ini jom cx kongsi review cerita My Lethal Man Chinese Drama. Cerita ini pon viral dekat tiktoklah macam biasa.  Kalau tidak manalah cx tahu cerita ini okay atau tidak. Ini semua salah tiktok. 

My Lethal Man
My Lethal Man Chinese Drama Review

My Lethal Man Sinopsis

My Lethal Man Chinese Drama ini mulanya apabila berlakunya kes penculikan yang melibatkan Shen Man Ning dan seorang gadis anak orang kaya yang bernama Zhuang Xin Yan. Atas faktor wajah mereka saling tak tumpah seiras, penculik telah menculik orang yang salah. Dengan kesilapan ini telah berlakunya satu kecelakaan yang mengakibatkan kematian gadis anak orang kaya Zhuang Xin Yan.  

Akibat atas kematian Zhuang Xin Yan, Yan Xing Cheng yang berkuasa dan misteri telah memaksa Shen Man Ning memulakan 'kehidupan kedua' sebagai tunangnya.  Shen Man Ning yang pada mulanya menolak akhirnya terpaksa akur apabila Yan Xing Cheng meminta ganti rugi dan memintanya memulangkan semula kornea mata yang telah dipindahkan kepada matanya.  Akibat kemalangan, mata Shen Man Ning telah rosak teruk dan Yan Xing Cheng ambil keputusan menyuruh doktor pindahkan kornea matema mereka.

Semasa mereka mengatasi kesukaran  dan kepayahan bersama-sama, kedua-duanya berubah daripada bermusuhan sepenuhnya antara satu sama lain kepada perlahan-lahan berganding bahu.  Mereka berdua belajar untuk mengasihi dan bergantung antara satu sama lain.  Bersama-sama mereke menemui kebenaran kes yang tidak dapat diselesaikan sejak 17 tahun yang lalu. 


My Lethal Man Chinese Drama Details

My Lethal Man juga dikenali dengan tajuk A Dangerous Man, He Who Is Dangerous to Me, Dui Wo Er Yan Wei Xian De Ta dan satu lagi 對我而言危險的他. Director My Lethal Man adalah Chu De Jian.  Genre yang diketengahkan adalah misteri, romantik dan drama. Mempunyai 24 episod dan setiapnya berdurasi selama 45 minit.  Ini merupakan drama dari negara China. 

My Lethal Man
My Lethal Man Chinese Drama Review

My Lethal Man Chinese Drama Review

Pada cx, kesimpulan cerita ini menarik sebab dia macam cerita detektif dok menyiasat segala kejahatan dan dalang di sebalik kes mereka.  Waima ada macam tak berapa nak logik tetapi jadi logik juga sebab kononnya hero dia Yan Xing Cheng hebat sangat.  Semua benda pon dia mampu buat dalam sekelip mata. Nampak poyo tetapi dah nama pon cerita dia kan? Kita layankan saja. 

Cx suka kawan-kawan mereka berdua , diorang sangat comel dan kelakar. Tidaklah bosan sangat. Banyak juga adegan romantik tetapi tidak keterlaluan untuk orang dewasa tonton. Kanak-kanak tak payahlah tengok. Tak sesuai. Apa-apa pon, cerita ini memang best sebab ada plot twist di situ nanti. Cx pon terkejut dengan plot twist dia.  Tak terfikir langsung. Korang tengoklah sendiri okay. 

Baca Lagi: Celebrity Kdrama

Post a Comment

0 Comments