Celebrity Kdrama

Kdrama Apa Pula Kali ini? 

Cx suka tengok cerita kdrama sejak zaman universiti lagi sebab roomate cx suka sangat dengan korean. Jadinya, cx pon terpengaruh untuk suka tengok kdrama. Tetapi cx tidaklah terlalu taksub.  Cx akan tengok apabila kelapangan sahaja sebenarnya. Namun sejak akhir-akhir ini, cx macam malas nak buat benda lain tau, bukan rutin harian dekat rumah tu tetapi berkaitan kerja cx sebagai blogger.  Disebabkan itu, cx pon layanlah kdrama yang viral dekat tiktok segala tu. Satu persatu cx tengok tetapi ambil masa lama sikitlah nak habis sebab kita sekarang mak empat orang anak. Kena sedau sikit kan. 

Celebrity Kdrama Sinopsis

Cerita Celebrity Kdrama ini hangat ya diperkatakan di Tiktok dan Threads.  Makanya cx pon tengoklah dekat Netflix.  Kisah dia tentang seorang perempuan Seo Ah Ri yang emak dia ada kedai dobi pakaian dan Seo Ah Ri pula berniaga online barang kosmetik yang berkualiti.  Nak dijadikan cerita, Seo Ah Ri dulu adalah anak orang kaya namun setelah ayah dia mati, mereka sekeluarga jatuh bankrupt dan terpaksa hidup miskin.  Mereka bekerja keras untuk menyara kehidupan dan Seo Ah Ri pula bekerja untuk menampung adiknya sekolah.  

Celebrity Kdrama
Celebrity Kdrama

Seo Ah Ri dulunya sangat terkenal di sekolah sebab dia cantik, bergaya, tidak sombong, kaya dan bijak.  Tetapi nasib tidak menyebelahi dia, pengajian luar negara tidak dapat diteruskan gara-gara tak cukup duit setelah kematian ayahnya.  Tapi bila Seo Ah Ri terjumpa kawan sekolah lama dia semula, segalanya mula berubah 360%.  Kawan Seo Ah Ri yang merupakan Celebrity terkenal ketika itu Oh Min Hye telah membawa Seo Ah Ri ke dalam dunia Celebrity dia.  Namun terdapatnya perkara fake dan penipuan berlaku di awalnya.  

Namun, Seo Ah Ri bukan sejenis orang yang mahu mengambil kesempatan, dia berterus-terang akan status dia dan menyebabkan Oh Min Hye rasa malu dan terhina dengan geng celebrity nya.  Dalam masa yang sama, Seo Ah Ri dengan perlahan menjadi daya penarik kepada banyak mata-mata yang memandang. 


Sepanjang keberadaan Seo Ah Ri sebagai celebrity yang paling hot dan dikehendaki , ramai yang mula iri hati dan sehingga menyebabkan kejatuhan dan kematian Seo Ah Ri yang tidak dapat di duga. Namun, terdapat plot twist dalam Celebrity Kdrama yang mana kemunculan _bbbfamous yang menyusahkan kehidupan Seo Ah Ri memberi impak mengujakan dalam cerita ini. 

Celebrity Kdrama Details

Tajuk lain Celebrity Kdrama adalah Selleobeuriti.  Genre Celebrity Kdrama ini adalah thriller, misteri dan drama.  Mempunyai sebanyak 12 episod bagi satu siri keluaran South Korea.  Director Celebrity Kdrama adalah Kim Chul Gyu dan screenwriter adalah Kim Yi Young.  

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Park Gyu Young (Seo Ah Ri), Kang Min Hyuk (Han Joon Kyung), Lee Chung Ah (Yoon Shi Hyun), Lee Dong Gun (Jin Tae Jeon) dan Jeon Hyo Sung (Oh Min Hye). 

Celebrity Kdrama
Celebrity Kdrama

Celebrity Kdrama Personal Review

Secara peribadinya, cerita Celebrity Kdrama ini adalah menarik dan seronok untuk menontonnya.  Lagi rancak bila munculnya _bbbfamous yang entah siapa-siapalah yang memporak perandakan keadaan yang memang dah rosak.  Namun, cx suka dengn ketenangan Seo Ah Ri walaupun rasa macam kau ni lurus bendullah! haa, macam gitulah gamaknya masa tengok.  Tetapi kebijaksanaan Seo Ah Ri memang rasa macam pergh! terbaik Seo Ah Ri.  Tetapi kebijaksanaan Seo Ah Ri dalam mengawal keadaan tidak akan menjadi jika tanpa bantuan dua orang kuat di belakangnya. 


Cx paling suka bila bahagian Seo Ah Ri balas dendam setiap satu kejadian yang  menimpa dalam hidup dia sepanjang bergelar Celebrity.  Banyak plot twist ya ketika itu.  Mula-mula tengok macam tak faham sebab tiba-tiba macam itu, eh tapi lain pula dia cerita sebelumnya.  Korang kena fokus untuk tengok cerita ini. Cx dah tengok episod ketiga baru macam boleh tangkap apa keadaan sebenar cerita Celebrity Kdrama ini. Tapi best cerita dia waima penghujung cerita tak nampak sangat kepuasan untuk balasan kepada penjahat-penjahat yang terlibat. 



Post a Comment

1 Comments

Julia Johari said…
Juju pun suka masa lapang layan Kdrama, seronok kan CX.