Mummies Movie 2023 Review

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Mummies Movie 2023 Cartoon

Siapa peminat cerita kartun, atau mungkin suka cerita dahulu kala sejarah lama, korang boleh tonton Mummies Movie 2023 Cartoon. Jika nak bagi anak-anak tonton, sila bersama dengan orang dewasa ya. Bukan sebab ada adegan dewasa tetapi lebih kepada soal agama dan akidah.  Sepanjang menonton, ibu bapa sila mainkan peranan untuk jelaskan keadaan tersebut berlandaskan agama Islam. Itu saja. 

Mummies Movie 2023
Mummies Movie 2023 Review

Cx tak berapa nak recommend tetapi kalau untuk tonton secara santai, bolehlah untuk mengisi masa lapang.  Cerita Mummies Movie 2023 memang berkisahkan tentang keturunan Firaun seperti yang kita tahu dalam Islam. Jadi, cerita dia ada merepek merapulah senang cerita jauh dari Islam. Tapi boleh tonton sebab dah nama pon cerita kartun orang putih kan, memang ikut jalan cerita suka hati dia sajalah. Tak boleh nak serius sangat tetapi ibu bapa sila mainkan peranan bila menonton bersama anak-anak. Anak-anak cx banyak betul soalan dia bila relate to Islam. 


Mummies Movie 2023 Sinopsis

Cerita Mummies Movie 2023 ini adalah sebuah animasi kartun yang diterbitkan oleh Syarikat Warner Bros. Pirctures.  Tajuk asal cerita Mummies Movie 2023 adalah Momias.  Diterbitkan pada 24hb Februari 2023. Ianya telah ditayangkan secara streaming bermula 7hb April 2023 yang lalu.  Jadinya cerita ini agak segar lagi.  Jom cx cerita sedikit sinopsis jalan cerita Mummies Movie 2023

Mummies Movie 2023 adalah pengembaraan tiga Mumia Mesir purba yang tinggal di bandar rahsia bawah tanah.  Ianya tersembunyi di Mesir Purba tanpa pengetahuan sesiapa pon. Kononnya bandar tersebut adalah kehidupan kedua Mumia selepas kematian pertama.  Mereka mencipta siang dan malam sendiri.  Hidup dalam koloni Mumia yang mempunyai raja , ratu, puteri dan orang biasa.  

Mummies Movie 2023
Mummies Movie 2023 Review 

Kisahnya bermula apabila Raja nak kahwinkan puteri Nefer bersama seorang wira penunggang kuda hebat bernama Thut.  Tetapi puteri Nefer menolak.  Namun, acara pertunangan tetap dijalankan. Dalam masa yang sama, kehidupan manusia sebenar telah mencuri cincin mereka untuk dijadikan barang pameran muzium purba.  Ianya menjadi lagenda dengan penemuan hebat zaman Mesir Purba. 

Disebabkan peristiwa itu, Thut akhirnya berakhir di kota London masa kini.  Bermulalah perjalanan yang pelik-pelik dan kelakar ketika proses mencari cincin lama milik keluarga diraja.  Cincin lama keluarga diraja telah dicuri oleh ahli arkeologi yang bercita-cita tinggi untuk menjadi terkenal dengan penemuan hebatnya, Lord Carnaby. 

Mummies Movie 2023 Review

Kesimpulan daripada cerita Mummies Movie 2023 ini, cx boleh katakan penceritaan dia okay.  Tidak terlalu teruja, tidak juga terlalu membosankan.  Sekadar boleh ditonton santai bersama keluarga.  Cx boleh bagi 2.5/5 bintang.  Jalan cerita yang biasa-biasa dan perlukan sokongan ibu bapa ketika menonton kerana ada khurafat sedikit menurut perspektif Islam.  Waima ianya kartun, anak-anak wajib mendapat panduan dan penerangan daripada ibubapa.  Supaya tidak ada kesalafahaman dan keterujaan melampau. Itu saja.  Kalau dari segi design dan lukisan kartun, memang cantik elok cx suka tengok.  Okay dah, korang tengok sendiri okay kalau nak tahu lebih lanjut apa yang cx cakap.  kbai. 



Post a Comment

0 Comments