Monster House Full Movie

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Monster House Full Movie

Hai korang selamat sejahtera . Okay kalini cx nak kongsi dengan korang tentang satu cerita kartun ni. Cerita dia agak menarik dan seronok serta sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Korang jangan tak tahu yang cx ni suka tengok cerita kartun. Hehe. Okay jom cx cerita lanjut di bawah.

Monster House Full Movie
Monster House Full Movie

Monster House adalah satu filem animasi komedi seram sebenarnya. Filem Monster House adalah keluaran pada tahun 2006 yang diarahkan oleh Gil Kenan. Monster House diterbitkan oleh Robert Zemeckis.  Monster House sebenarnya tentang tiga orang kawan iaitu DJ Walters, Chowder dan Jenny Bennett. Diorang ini kawan sekolah dan tinggal dalam satu kejiranan yang sama.  Jadi, memang diorang semua tahu dan ada pengalaman berkaitan satu rumah di kejiranan mereka.

Monster House Summary  

Nak dijadikan cerita, satu hari itu mak ayah DJ Walters terpaksa keluar ke pekan bagi menyelesaikan sedikit urusan.  Disebabkan itu, DJ terpaksa tinggal dengan Zee iaitu seorang pengasuh remaja.  Pada hari tersebut, DJ secara tidak sengaja terlihat seorang gadis berusia 12 tahun telah berkeliaran di rumah seorang tua yang bengis iaitu Horace Nebbercracker.  Basikal gadis tersebut telah dirampas oleh orang tua bengis itu.  Si DJ ini memang selalu sangat mengintai rumah orang tua bengis Horace Nebbercracker sebab rumahnya berhadapan.  Disebabkan perangai bengis dan pelik orang tua itu dan ditambah pula dengan keadaan rumah Horace Nebbercracker yang usang serta menakutkan.  


Rumah usang Horace Nebbercracker itu memang sangat menyeramkan. Paling menakutkan adalah rumah dia hidup.  Sejak 45 tahun berlalu, rumah itu hanya menakutkan kanak-kanak.  Tetapi sejak DJ dan kawannya Chowder mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi berkaitan rumah tersebut, maka berlakulah perkara yang tidak diingini. Ketika DJ mahu menyelamatkan Jenny Bennett ketika itu, Horace telah menghalau dan memarahi mereka.  Namun secara tidak sengaja,  Horace tiba-tiba jatuh ke tanah.  Pengsan dan dibawa ke hospital oleh ambulan.  

Monster House Full Movie
Monster House Full Movie 

Bermulalah kisah pengembaraan DJ, Chowder dan Jenny untuk menerokai dan merungkai kisah di sebalik rumah usang yang sangat menakutkan.  Pelbagai cara dilakukan sehingga mereka menjadi kanak-kanak yang diperhatikan polis gara-gara cuba menceroboh rumah tersebut.  Sehingga akhirnya mereka ditangkap.  Namun sebaliknya pula yang terjadi.  Dua orang polis yang tidak percaya akan cerita DJ dan kawan-kawannya telah ditelan oleh rumah Horace tadi.  Bermulalah amukan rumah usang Horace yang turut menelan mereka bertiga.  

Pengajaran Monster House Old Man

Melalui cerita Monster House Full Movie ini, pengajaran utama yang cx dapat adalah apabila kita terlalu sayang dan mencintai seseorang, kita sanggup buat apa sahaja. Kita sanggup berkorban bersama waima ianya memberi kesan tak baik dalam hidup. Namun cx tabik dengan Horace yang setia dengan rumah usangnya .  Horace cuba sehabis baik menjaga dari pelbagai sudut rumah dan tetamu yang tidak diundang walaupun masyarakat dan kejiranan pandang serong terhadapnya. 


Korang kena tengok cerita Monster  House Full Movie ini kalau nak tahu apakah plot twist yang berlaku. Cx taknak cerita waima kisah ini telah lama diterbitkan sejak 2006 lagi. Okbai. 

Post a Comment

0 Comments