Siapa Tutup Lampu Full Movie Review


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa Tutup Lampu Review

Korang dah tengok belum Siapa Tutup Lampu Full Movie? Siapa Tutup Lampu dah mula disiarkan di Astro sekarang.  Cx haritu kebetulan nampak orang kongsi pasal Siapa Tutup Lampu Full Movie dekat tiktok.  Nampak macam menarik waima jalan cerita dekat lebih kurang dengan satu lagi cerita seram sebelum ini yang agak trending. Tapi disebabkan cx teruja nak tengok dan tahu jalan cerita, akhirnya berjaya juga cx tonton waima waktu itu tengah sakit kepala. haha

Sinopsis Siapa Tutup Lampu Full Movie

Siapa Tutup Lampu Full Movie ini mengisahkan tentang lima sahabat iaitu Amir (Azizul Ammar), Azie (Uyaina Arshad), Akmal (Naim Daniel), Aryana (Ismi Melinda) dan Arif (Azhar Jalil).  Mereka berlima telah mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan balik dari percutian di Genting Highlands.  

Kisah Siapa Tutup Lampu Full Movie bermula apabila Akmal, Arif, Aryana dan Azie pergi ke bilik mayat untuk buat pengecaman mayat Amir yang disangkakan telah meninggal dunia.  Tapi lain pula jadinya apabila mereka berempat telah terperangkap di dalam bilik mayat tersebut.  Mereka terus mencari jalan keluar agar dapat buat pengecaman mayat.  Mereka sukar untuk buat pengecaman gara-gara setiap mayat yang ada tidak mempunyai tag nama. Jadi, mereka buntu dalam masa sama takut untuk buka kain yang menyelimuti mayat-mayat yang ada. 

Siapa tutup lampu
Siapa Tutup Lampu Full Movie Review

Mereka jadi buntu dan dihantui dengan persoalan macam mana kemalangan yang menimpa mereka dan apa sebenarnya berlaku kepada Amir.  Namun, dalam masa yang sama, mereka berempat diganggu dalam bilik mayat tersebut.  Menjadikan mereka ketakutan yang percaya dengan roh yang tidak tenteram telah mengacau dan menuntut keadilan.  Ketika itulah Aryana selaku kekasih Amir membuat pengakuan bahawa dirinya hamil anak Akmal. 

Kisah Siapa Tutup Lampu berlakunya plot twist di akhir cerita apabila doktor yang bertugas hadir di bilik mayat.  Lebih mengejutkan apabila Amir juga muncul untuk membuat pengecaman mayat kawan-kawannya.  Siapakah sebenarnya yang telah meninggal dunia dan siapa pula yang terselamat? 

Review Peribadi Siapa Tutup Lampu Full Movie

Secara keseluruhannya, pada cx cerita arahan pertama Aliff Ihsan kurang menjadi dan kurang memberi impak kepada penonton.  Kenapa cx cakap macam ini? Ini disebabkan konsep dan jalan cerita Siapa Tutup Lampu agak kelam kabut dan tidak tersusun.  Agak pening bila tengok sekejap adegan lain, kejap lain lompat ke adegan lain yang tidak berapa nak terkait untuk difahamkan apa terjadi sebenarnya.  Jalan cerita yang tidak berapa nak sampai sebab tak berapa nak diketengahkan.  Alih-alih jadi lain sedangkan sebelumnya tengah cerita pasal keadaan lain.


Siapa Tutup Lampu ini sebenarnya lebih kurang cerita Karak kalau cx tak silap.  Dia nak buat plot twist macam cerita Karak tetapi jalan cerita yang disampaikan kurang smooth.  Cx teruja nak tengok sebab disangkakan ianya seram tetapi ia lebih kepada komedi.  Banyak yang perlu diperbaiki untuk jadikan sebuah cerita yang lebih menarik dan baik.  Tetapi apa-apa pun, arahan pertama Aliff Ihsan dikira bagus, ideanya ada, pilihan pelakon pon baik penghayatan mereka, cuma mungkin kurang dari segi penyusunan jalan cerita dan skrip. 

Moral of Story Siapa Tutup Lampu Full Movie

Moral of story Siapa Tutup Lampu ini cx suka sebab dia sebenarnya nak sampaikan kepada kita pesanan yang baik.  Dalam kehidupan di dunia, selalunya kita pilih untuk tutup lampu bagi sembunyikan dosa sendiri.  Gara-gara tak nak orang lain pandang serong dan menghakimi perbuatan kita.  Tetapi kita lupa waima tutup lampu di dunia, pengadilan Allah itu tetap ada. 


Post a Comment

0 Comments