Meow, The Secret Boy Kdrama Review

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Meow, The Secret Boy Kdrama Review

Sekarang suka layan kdrama dekat telefon sahaja.  Nak tengok dekat television memang tak sempatlah.  Lagipun kdrama ada part yang belum boleh diberi izin anak-anak tonton sekali.  Jadinya, cx memang tengok dekat telefon sahaja.  Disebabkan dah lama tak tengok kdrama, cerita lama atau baru, semua cx cari dan tonton.  Lebih-lebih lagi yang kdrama viral dan trending.  Kali ini cx nak review kdrama Meow, The Secret Boy.  Haa, siapa dah pernah tengok? Cerita ini keluar masa tahun lepas 2020.  Tahun ini baru cx ada masa nak tengok. Itupon selepas asyik lalu lalang dekat feed instagram.  

moew the secret boy
Meow, The Secret Boy Kdrama Review

Meow, The Secret Boy Kdrama Sinopsis

Meow The Secret Boy kdrama mengisahkan tentang seekor kucing yang boleh berubah menjadi manusia.  Watak kucing yang diberi nama Hong-Jo dilakonkan oleh Kim Myung Soo dan seekor kucing putih gebu comel.  Meow The Secret Boy bermula apabila Sol-ah (Shin Ye-eun) merupakan seorang gadis berusia 20-an dan bekerja di sebuah syarikat reka grafik. Dia mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang pelukis komik. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang suka bersosial. Bermulanya perjalanan Hong Jo ketika pertemuan dengan Sol-ah.

Pada suatu hari, Sol-Ah telah membawa pulang seekor kucing bernama Hong-Jo (Kim Myung-soo). Tanpa pengetahuannya, kucing itu sebenarnya bukanlah kucing biasa kerana ia boleh berubah menjadi manusia. Sejak awal tinggal bersama dengan haiwan tersebut, hidupnya mula terlibat dengan pelbagai kejadian yang tidak dijangka.  Banyak episod kelakar dan tidak dijangka berlaku.  Setelah lama tinggal bersama Sol-Ah, Hong-Jo jadi bahagia dan seronok untuk menjelma sebagai seorang manusia.  Namun, gara-gara risau akan Sol-Ah yang mungkin akan terkejut dan takut jika identitinya diketahui, Hong-Jo hanya berterusan merahsiakannya daripada Sol-Ah.  Hanya pada waktu tertentu sahaja Hong-Jo akan menjelma. 

Keakraban dan keserasian antara mereka tidak kira sebagai kucing atau manusia telah menyebabkan Hong-Jo mula jatuh hati dengan Sol-Ah.  Disebabkan Hong-Jo mula sayangkan Sol-Ah, Hong-Jo bertekad untuk terus sembunyikan identitinya dan mahu tetap kekal disamping Sol-Ah sampai bila-bila.  

Meow, The Secret Boy Kdrama Review
Meow, The Secret Boy Kdrama Review

Review Peribadi Meow, The Secret Boy Kdrama

Secara keseluruhannya, cerita dia sangat comel dan agak teruja.  Cuma agak di luar fikiranlah apabila kucing boleh bertukar jadi manusia.  Namun ianya bukanlah masalah besar sebab meow the secret boy kdrama ini pon adalah cerita adaptasi daripada animasi webtoon.  Pada cx, meow the secret boy kdrama ini agak kelakar bila dia mula-mula bertukar jadi manusia.   Banyak juga ciri-ciri yang baik dalam cerita ini dan agak enjoy juga ketika menontonnya.

Pengajaran daripada cerita meow the secret boy kdrama ini adalah antaranya, kita sebagai manusia memerlukan seorang teman dalam kehidupan untuk rasa lebih baik.  Tidak boleh berseorangan, boleh jadi kemurungan.  Selain itu, keakraban antara dua sahabat baik Sol-Ah dan Go-Doo-Sik mencerminkan sifat seorang kawan yang perlu kita contohi.  Kemudian, kita tak boleh nak ambil kesempatan ke atas orang lain , bakatnya, kebaikannya dan segala yang melibatkan orang lain.  Semuanya perlu ada batas dan had supaya kita tahu setiap manusia itu ada nilainya. 

Cuma, cerita meow, the secret boy kdrama ini di akhir episod sangatlah mengecewakan! Cx mengharapkan ada keajaibanlah akhirnya namun sungguh meleset tekaan cx.  Hong-Jo ini dia ada umur dan had hidup sebagai kucing.  Hayat dia bertukar jadi manusia pon tak lama.  Jadi, apabila Sol-Ah dah tahu identiti pasal Hong-Jo, diorang ambil kata sepakat untuk ikut haluan masing-masing sebab Hong-Jo dah tak boleh bertukar.  Tapi setelah dua tahun berlalu, tiba-tiba Hong-Jo kembali bertukar jadi manusia dan Sol-Ah sangat gembira.  Kemudian habis macam itu saja.  Rasa macam sakit hati dengan ending cerita.  Umpama membazir waktu tengok kdrama yang tergantung. 



Post a Comment

0 Comments