Penunggang Agama 2 2021 Full Movie Review

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Penunggang Agama 2 2021 Full Movie Review

Korang suka tak tengok cerita seram Malaysia? Kalau suka, mesti korang pon tak sabar nak tengok cerita seram Malaysia 2021 kan? Kali ini cx nak kongsi review cerita seram Malaysia terbaharu iaitu Penunggang Agama 2.  Dah tengok belum? Kalau belum, meh cx cerita dekat korang.  Ohya! kalau belum tengok penunggang agama yang pertama, korang sebaiknya tonton terlebih dahulu okay.  Baru nanti korang tahu kesinambungan kedua-dua cerita penunggang agama tersebut. Baca sini : Sinopsis Penunggang Agama Filem Seram Malaysia

Penunggang Agama 2
Penunggang Agama 2 2021 Full Movie Review

Sinopsis Penunggang Agama 2 

Penunggang Agama 2 merupakan sambungan cerita daripada Penunggang Agama 1.  Kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.  Gara-gara janji Anna dan Amir yang tidak ditepati terhadap Huda menyebabkan Huda tekad untuk membalas dendam terhadap keluarga mereka atas kematian Tok Haji.  Huda mula menjalankan perancangannya secara sendiri. 

Kehidupan Amir dan Anna yang bahagia dengan amanah baru dan tanggungjawab mereka mengubat juga merawat penyakit serta gangguan makhluk halus.  Amir menjadi sangat seronok melakukan sesi rawatan yang diterimanya dari pelbagai golongan. Ketika itu, seorang anak murid Anna yang bernama Hanim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna.   Kedua ibu bapa Hanim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka.  


Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. Amir seakan-akan mula bersifat ujub dengan kebolehannya. 

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Hanim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi. Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda?

Penunggang Agama 2
Penunggang Agama 2 2021 Full Movie Review

Review Peribadi Penunggang Agama 2

Selepas menonton cerita Penunggang Agama 2, secara peribadinya, cx boleh kata cerita ini boleh dikatakan best.  Di awal dan pertengahan cerita, cx tak dapat tangkap dan kurang jelas dengan apa yang terjadi sebab penceritaannya agak misteri. 

Watak Amir yang dilakonkan oleh Zul Ariffin berjaya membuatkan cx rasa meluat dengannya yang mula berlagak alim dan ujub akan kelebihan pemberian Allah.  Cx suka konsep kali ini yang plot twist dia agak menarik.  Penceritaan yang lebih kepada apa yang dialami ketika kita tidak sedarkan diri.  Pada waktu yang sama, kita tak dapat sangkal lagi bahawa syaitan itu boleh menyerupai pelbagai jenis makhluk.  Kita sahaja yang mudah tertipu dengan tipu muslihat syaitan yang direjam.

Secara keseluruhannya, apa pon yang terjadi, sejahat mana pon yang telah kita buat, apabila kita rasa kesal dan bertaubat, pasti ada jalan yang Allah bagi kepada kita.  Manusia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan tidak salah untuk merendahkan ego serta meminta ampun sesama manusia.  

Pada cx, jalan cerita penunggang agama 2 agak seronok untuk ditonton bersama seisi keluarga.  Cuma sebagai ibu bapa, pastikan anak-anak mendapat penjelasan daripada setiap penceritaan supaya tidak tersalah faham dengan keadaan sebenar.  

 
Penunggang Agama 2
Penunggang Agama 2 2021 Full Movie Review

Post a Comment

0 Comments