Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

Musim kena duduk rumah selama dekat bertahun ini menyebabkan cx rasa kadang-kadang agak tepu.  Waima memang suri rumah tangga yang memang duduk di rumah.  Tetapi pandemik ini suasana dia berbeza.  Tugasan dan tanggungjawab kita juga berbeza dan meningkat.  Korang pon faham bila semua orang dah ada dekat rumah.  Dapur memang tak akan pernah kering oi ! Kejap-kejap ke sana ke sini balik-balik buka peti ais.  Anak-anak pon sama kejap-kejap lapar.  Tetapi nak buat macam mana kan? Takpelah, setiap perbuatan kita akan dibalas dengan pahala InShaaAllah.  Andai kata merungut, kuranglah pahala kita.  Tapi siapalah kita ini kan? Hanya manusia biasa yang akan ada penat, tepu, jemu dan tekanan.  

Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021
Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

Tetapi ada juga hikmah yang baik disebaliknya.  Antaranya anak-anak dapat kami didik mengaji, solat jemaah bersama.  Dapat buat kerja rumah bersama dengan anak-anak.  Paling bersyukur apabila cx dapat juga lepak tengok cerita.  Kebiasaannya memang cx malas nak layan sebab tak ada masa nak hadap emosi drama dekat television.  Jadinya kali ini cx hanya layan cerita movie yang kami nak tengok sahaja.  Biarlah cerita itu habis terus bila tengok.  Tak kuasa nak melayan episod segala. 

Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

Penunggu Soldorm Movie mula dipertontonkan di Astro Citra pada bulan Mac 2021.  Penunggu Soldorm Movie merupakan sebuah movie seram Malaysia yang diarahkan oleh Jamal Khan.  Kalau korang nak tahu, menariknya movie seram Malaysia Penunggu Soldorm ini adalah barisan para pelakonnya.  Cx jadi seronok dan teruja tengok sebab ada pelakon muda seperti Ayie Elham, Danish Daniel (Coki), Wafiey Ilhan, Eric Fuzi dan ramai lagi.  Cerita movie seram Malaysia Penunggu Soldorm ini jadi menarik sebab kami suka dengan kumpulan Floor88.  Anak cx jadi teruja sebab bila tonton sahaja Penunggu Soldorm terus dia cakap, 'Eh Mak! itu penyanyi lagu tu kan?' .  


Sinopsis Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

Penunggu Soldorm movie seram Malaysia 2021 mengisahkan tentang kehidupan remaja sekolah di sebuah asrama.  Nak dijadikan kisah sejak seorang murid baru yang pindah ke asrama tersebut.  Di awal ketibaannya lagi , dia dah tak ikut peraturan yang ditetapkan di asrama mereka.  Peraturan di asrama mereka yang tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk solat di dorm.  Jadi, untuk dipendekkan gelaran tersebut, mereka hanya menyebut sebagai soldorm.  Disebabkan pelajar baru Eric Fuzi yang tidak mahu mengikut peraturan, makanya terjadilah perkara yang tidak diingini. 

Penunggu Soldorm akan menggangu pelajar yang solat di dorm.  Nak dijadikan cerita, disebabkan masalah air di asrama tersebut, semua pelajar di arahkan untuk pulang ke rumah.  Wajib bagi semua pelajar namun terdapat sekumpulan pelajar yang tidak mahu pulang.  Mereka tinggal di asrama dan melanggar peraturan yang ditetapkan.  Mereka berempat solat di dalam dorm setiap masa.  

Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021
Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

Sehinggalah pada hari berikutnya, ketika mereka solat, hadirnya si penunggu soldorm menjelma.  Penunggu soldorm merupakan seorang cikgu atau warden asrama mereka yang bernama Cikgu Azizi.  Cikgu Azizi yang dikatakan telah meninggal akibat kemalangan pada tahun sebelumnya.  Cikgu Azizi yang dikatakan sebagai penunggu soldorm kerap merayap di waktu malam yang kononnya sedang cek kawasan dorm para pelajar.  

Namun, disebalik kisah Cikgu Azizi, rupanya terdapat penunggu soldorm yang lain.  Penunggu soldorm yang tidak pernah dijangka langsung ianya adalah bukan manusia.  Tukang masak dewan makan asrama yang mereka panggil sebagai Kak Wok.  

Review Peribadi Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

Pada pendapat cx, penunggu soldorm movie seram malaysia 2021 ini antara cerita yang santai untuk tontonan sekeluarga.  Cerita dia tidaklah seram yang keluar hantu dengan muka menakutkan itu semua.  Dia seram-seram manja macam tu.  Anak-anak cx pon enjoy sahaja tengok.  Cx suka dan layan penunggu soldorm ini sebab pelakon floor 88 yang agak pandai juga memainkan peranan dan watak mereka.  Penunggu Soldorm ada jenaka yang boleh kita ketawa bersama keluarga.  Agak kelakar dan banyak juga pengajaran yang boleh diambil.  

Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021
Review Penunggu Soldorm Movie Seram Malaysia 2021

Lagipun, bila tengok cerita penunggu soldorm movie seram malaysia 2021 ini ianya membuatkan cx terimbau kenangan ketika menginap di asrama.  Cx duduk di asrama selama lima tahun sejak tingkatan satu sehingga lima.  Banyak juga kisah seram yang terjadi dan ianya betul-betul menggamit kenangan ketika duduk di asrama zaman sekolah.  Jadi cx pon agak seram jugalah tengok cerita penunggu soldorm ini gara-gara teringat zaman asrama dulu. hahah! Korang kena tengok cerita ini sebab dia best dan santai untuk ditonton seisi keluarga. 

Post a Comment

2 Comments

ray said…
confuse, seram ke kelakar ni? haha
Nadia Johari said…
Dah tengok dah cerita ni.. Bongok2 je budak2 ni.. Hahaha