Marhuna Memperkenalkan Rekaan Shawl Unik Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Marhuna Memperkenalkan Rekaan Shawl Unik Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Menjadi satu sejarah dalam dunia fesyen hijab di Malaysia apabila Marhuna mampu mereka cipta dan memperkenalkan rekaan shawl yang unik.  Kenapa cx cakap ianya unik? Mana tidaknya korang, Marhuna dapat Ilham untuk mencipta shawl berbentuk pensel.  Ianya merupakan rekaan pertama di Malaysia . Siapa tak teruja apabila mendengarnyakan? Cx pon teruja. Rasa sangat wow-nya idea dia. Hebat.  Cx pon dah macam-macam jenis shawl dapat dilihat dalam dunia fesyen masa kini. Tetapi belum pernah terfikir untuk adanya shawl Malaysia yang berbentuk pensel. Kagum !

shawl malaysia
Marhuna Memperkenalkan Rekaan Shawl Unik Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Sejarah Pembentukan MARHUNA

MARHUNA berasal daripada nama seorang ibu.  Seorang ibu tunggal yang membesarkan pengasasnya, Puan Nabiha Mohd mashut dan adik beradiknya dengan hasil pendapatan menjadi tukang jahit di Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi Johor.  

Berbekalkan minat beliau dan niat meringankan beban ibunya, Puan Marhuna Tauhib, ketika belajar di universiti, perniagaan MARHUNA awalnya bermula dengan menolong ibu beliau menjual kain pasang di blog pada tahun 2010.  

shawl malaysia
Marhuna Memperkenalkan Rekaan Shawl Unik Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Pada tahun 2021, MARHUNA telah dibangunkan semula dan diberi nafas baharu dengan misi membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana.  Tujuannya adalah untuk mendapatkan hijab yang berkualiti tinggi.  Disamping merealisasikan cita-cita ibu untuk mengubah nasib keluarga MARHUNA agar tidak terkubur begitu sahaja.  Sekaligus membantu masyarakat agar dapat sama-sama menjana pendapatan bersama MARHUNA melalui program dropship 'Marhuna Squad Academy"

Pencilbie Signature Shawl - Shawl Bentuk Pensel Pertama di Malaysia

Baru-baru ini, Marhuna telah memperkenalkan rekaan hijab shawl yang diinspirasikan daripada bentuk sebatang pensel.  Bila sebut tentang shawl, sudah tentu kita terus terfikirkan bentuknya segiempat sama.  Namun, kelainan yang ada pada Pencilbie Shawl mampu menyerlahkan keunikan kepada pemakainya kerana bentuk tirusnya sengaja dicipta untuk membuatkan si pemakai nampak langsing dan tinggi.  Ditambah lagi dengan penggunaan material yang berkualiti tinggi untuk memberi kesan glowy dan premium ketika menggayakannya. 

shawl malaysia
Marhuna Memperkenalkan Rekaan Shawl Unik Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker".  Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian  dengan personalati serta penampilan diri mereka.  Ini sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecanitikan semulajadi wanita. 

Review Marhuna Pencilbie Signature Shawl

Pada cx, shawl Marhuna Pencilbie Signature ini memang sangat unik.  Memang satu idea yang kita tak terfikir untuk ada bentuk plain shawl sedemikian.  Ini merupakan shawl Malaysia pertama yang cx jumpa berbentuk seperti pensel.  Kagum jugalah sebab ianya adalah cetusan idea daripada orang kita Malaysia. Berbeza dengan plain shawl yang ada di pasaran.  Kebiasaannya segi empat sama.  

shawl malaysia
Marhuna Memperkenalkan Rekaan Shawl Unik Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia


Secara jujurnya, Marhuna Shawl Malaysia ini kainnya lembut dan sejuk.  Mudah untuk dipakai dan digayakan.  Tidak terlalu nipis dan juga sedang-sedang tidak tebal.  Cx pakai sedang elok sangat.  Kita boleh pilih untuk digayakan mengikut keselesaan.  Lagipun kain dia terletak sahaja bila pakai tau. 

Jahitan babyseam shawl juga agak kemas dan warna ada pelbagai pilihan menarik.  Kalau macam mak-mak nak cepat ambil anak balik sekolahkan, sesuai sangat untuk cx guanakan sahaja Marhuna tau.  Kenapa?  Kelebihan kain Marhuna yang menggunakan material premium crepe chiffon memudahkan urusan cx.  Tidak mudah nak komot dan sedang elok digayakan sepantas kilat.  

Post a Comment

0 Comments