Majlis Preview Bufet Seantero Ramadan 2021

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Majlis Preview Bufet Seantero Ramadan 2021


Melaka, (10 April 2021) - Sempena menyambut bulan Ramadan yang tiba, The Straits Hotel & Suites telah melancarkan Bufet Ramadan dengan menyediakan pelbagai hidangan tradisional merangkumi menu daripada Seantero Dunia. Cx berkesempatan dan dijemput untuk hadiri Majlis preview bufet seantero ramadan ini bersama keluarga.  

Menurut Pengurus Besar The Straits Hotel and Suites, Tuan Rudy Putra, "The Straits Hotel & Suites meraikan kedatangan Ramadan 1442H kali ini dengan tema Seantero Ramadan sebagai tema utama bufet Ramadan sepanjang bulan berpuasa. 


buffet ramadan 2021
Majlis Preview Bufet Seantero Ramadan 2021 


Sajian Istimewa 20 Menu Terbaik 

Seramai 200 rakan korporat, media dan pihak akhbar diraikan dengan jauman makan malam.  Lebih daripada 20 menu disajikan antaranya adalah Udang Sambal Petai, Ayam Bakar Percik, Gulai Nangka Ikan Masin, Kupang Thai-Style, Ikan Kukus Hong Kong-Style dan hidangan istimewa setiap tahun, Nasi Kambing Nusantara.  Tidak lupa juga pelengkap hidangan adalah Murtabak, Kuey Teow Lambak, Ikan Bakar, Otak-otak dan Sate.  

Turut diketengahkan adalah pelbagai jenis sup yang menepati selera mereka yang ingin menikmati nasi dengan sup iaitu sup kambing berempah, sup ayam Chinese-style dan sup tomyam.  Bagi penggemar pencuci mulut, The Straits Hotel & Suites bakal menghidangkan pelbagai jenis manisan dan kuih muih tradisional sebagai penutup hidangan berbuka. 

buffet ramadan 2021
Buffet Ramadan 2021 Melaka

buffet ramadan 2021 murah melaka
Iftar Melaka 2021: Bufet Seantero Ramadan 2021

Promosi Bufet Seantero Ramadan

Promosi bufet Seantero Ramadan dibuka kepada para pengunjung bermula dari 16hb April sehingga 8hb May 2021, bermula jam 6:00 petang sehingga 10:00 malam.  Lokasi berada di restoran THE SQUARE (WING 1).  Bermula dengan harga RM78 bersih bagi dewasa manakala RM39 bersih untuk kanak-kanak dan warga emas.  Bagi tempahan awal, para pengunjung boleh menikmati potongan harga sehinga RM20 (tempahan sebelum 12 April 2021) dan RM10 (tempahan dari 13-15 April 2021)


Buffet Ramadan 2021 melaka
Majlis Preview Bufet Seantero Ramadan 2021

buffet ramadan 2021
Buffet Ramadan 2021 Melaka : Seantero Ramadan

buffet seantero ramadan 2021
Buffet Ramadan 2021 Murah Melaka : Seantero Ramadan 

Bagi yang ingin berbuka puasa di The Straits Hotel & Suites, tempahan meja atau pembelian baucar bufet Seantero Ramadan boleh didapati dengan menghubungi 06-2898555 atau whatsapp 018-7796483

Review Persendirian Mengenai Majlis Preview Bufet Seantero Ramadan 2021

Secara keseluruhan, cx suka dengan makanan yang dihidangkan. Terdapat 20 jenis menu disediakan untuk para tetamu.  Banyak sangat pilihan sehingga tak tahu nak pilih yang mana satu.  Tetapi cx suka makan masakan China-Style daging masak blackpaper.  SEdap sungguh! Memang kena dengan tekak.  Kemudian masak tahu telur Jepun -style.  Memang mengancam! Suami cx pon cakap sedap.  

Paling cx nak puji di sini adalah tentang servis mereka.  Pantas sungguh ! Pantang nampak orang dah habis makan dan pinggan kosong, mereka akan terus bertanya jika kita dah siap makan atau belum.  Mereka sangat berdisiplin, beretika dan sopan.  Memang buat kerja dengan pantas.  Ramah pon sungguh benar lagi nyata.  Terima kasih sudi jemput cx sekluarga untuk hadiri Majlis Preview Bufet Seantero Ramadan 2021.  Cx puas hati! Ohya! penyanyi mereka pon suara sangat sedap! Boleh tengok di IG cx okay, cx ada upload dekat feed.  Okay bai!

buffet ramadan 2021 melaka
Seantero Ramadan Buffet Dinner

Buffet ramadan 2021 murah
Scan QR Code to view Seantero Ramadan Buffet Dinner

Post a Comment

1 Comments