Cara Mendidik Anak Mengikut Islam

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Harapan Seorang Mak Terhadap Anak-Anak

Hai, pagi korang! Di pagi hari yang agak mendung dekat Melaka ini, cx terpanggil nak kongsikan sedikit harapan cx sebagai seorang emak. Sebelum cx berkahwin lagi cx dah ada cita-cita dan harapan kepada bakal anak-anak cx. Sungguh! Siapa pulalah taknak yang baik-baik untuk keluarga dan darah daging kita akan? Jadi sebelum kahwin, cx ada harapan hati bagi setiap orang anak. Maksud cx lebih kepada ikut jantinalah. Mudah. Setiap seorang ada impian didikan yang cx mahukan.

Waima cx bukanlah insan yang sempurna dan baik, tetapi apa salahnya kita berusaha kepada yang elok sahaja kan? Baik, untuk anak perepuaa, impian sebagai ibu bapa terhadap anak cx ada beberapa perkara. Begitu juga dengan anak lelaki. Kesemua impian dan harapan cx ini tercetus melalui daripada pandangan mata dan contoh daripada kehidupan orang lain di sekeliling cx.

cara mendidik anak perempuan
Cara Mendiidk Anak Mengikut Islam


Cara Mendidik Anak Mengikut Islam

Ini perkara pertama yang cx pegang dan terapkan. Memang impian cx sejak remaja lagi. Amboi! belum kahwin lagi dah fikir pasal anak. Haip! bukannya cx fikir yang bukan-bukan. Cx hanya mahu terapkan dan cuba jadi seorang insan bergelar emak yang boleh mendidik dan membimbing anak-anak sebaik mungkin. Ya, cx pon bukanlah baik sangat pon. Ada saja dosa dan kesilapan yang dilakukan. Nama pon manusia. Tetapi tidaklah menjadi satu kesalahan jika kita nak buat yang baik di masa akan datang. Okay, jom cx kongsikan dengan korang apa harapan dan impian hati cx dalam membentuk anak-anak.

Cara Mendidik Anak Perempuan Sejak Kecil

Cara cx mendidik anak perempuan cx , pertama sekali wajib dimulakan sejak kecil. Umpama peribahasa; "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" . Cx memang pegang dengan peribahasa ini sejak dulu. Jadi, cx dan suami memang terapkan didikan semuanya berasaskan di rumah sejak kecil. Jadi, apa yang cx terapkan kepada anak perempuan cx sejak mereka kecil lagi? Baik, di sini cx hanya kongsikan apa yang cx dan suami terapkan ya. Mungkin cara didikan kita berbeza.

  • Tiada Istilah Seluar Pendek untuk Anak Perempuan

Perkara pertama yang cx terapkan kepada anak perempuan adalah tiada istilah seluar pendek untuk mereka. Sejak cx kecil lagi, memang tak diajar untuk pakai seluar pendek waima di rumah. Apatah lagi jika keluar rumah. Aurat anak perempuan hendaklah dijaga dan dipupuk sejak kecil agar patuh syariat Islam. Mereka hanya berseluar pendek ketika usia setahun setengah ke bawah sahaja. Jika hendak keluar rumah, usai saja usia mereka setahun ke atas, memang cx tak izinkan untuk pakai seluar pendek tak kira paras lutut atau betis. Wajib seluar panjang.

  • Belajar Tutup Aurat Sejak Kecil Seusia Setahun Dua

Cx dan suami memang cuba ajar dan didik anak perempuan untuk menutup aurat sejak kecil. Ketika usia setahun, kami dah mula jinakkan anak dengan menutup kepala. Pakai tudung. Cx beli tudung budak yang cantik dan ajarkan mereka pakai tudung. Jika mereka selalu tarik untuk buka ketika usia bawah dua tahun, itu adalah normal. Mereka masih belajar. Alhamdulillah, anak cx yang si kakak sekarang, jika nak keluar rumah waima dekat garaj, dia dah pandai cari dan ambil tudungnya untuk dipakai sebelum keluar.

Pernah beberapa kali cx keluar rumah tetapi si kakak duduk saja dalam rumah menjengah dekat pintu saja. Cx pon tanya; "Kenapa kakak duduk situ? taknak keluar ke?" Si kakak jawab : "Akak tak pakai tudung" . Tersenyum cx mendengar jawapan si kakak. Syukur Allah permudahkan urusan kami suami isteri dalam mendidik perkara nan satu ini. Alhamdulillah.

  • Cara Duduk Biar Bersopan

Ini benda paling cx jaga. Cx tak suka bila anak dara atau si abang duduk terkangkang. Paling pantang! Cx rasa ianya sungguh tak senonoh dan tidak sopan. Bila anak-anak duduk tidak semenggah, cepat-cepat cx akan tegur : "Duduk elok-elok sikit kakak, abang. Jangan duduk macam tu, tak senonoh, sopan sikit" . Namun biasalah anak-anak, ikut dan dia saja nak duduk. Tetapi tetap cx tegur waima di mana sahaja. Jika nenek atau mak bapa sedara nak tegur pon cx tak ada masalah. Sesiapa saja pon cx izinkan. Lagi satu duduk macam orang kalah judi tu. Memang tak berkenan sungguh.

  • Tidak Boleh Meniarap di Hadapan Sesiapa


Ya, cx tak izinkan anak dara cx meniarap di hadapan sesiapa pon. Waima di rumah, jika mereka mula meniarap, cx akan suruh bangun waktu itu juga. Tiada kompromi. Apatah lagi jika diluar, memang cx jegil mata terus. Anak dara jangan kita lepa dengan apa yang mereka buat, semuanya ada kesannya. Lagipun bak kata orang dulu, "jaga anak dara nan seorang lagi payah daripada menjaga lembu sekandang". Cx setuju sangat. Cx cukup jaga tindak tanduk anak perempuan cx. Sungguh cx takut dan risau. Tapi itulah, kita doa saja yang baik-baik kepada Allah supaya jaga dan lindungi anak-anak kita.

langkah mendidik anak menjaga aurat
Cara Mendidik Anak Perempuan [Nature Photography]

Cara Mendidik Anak Lelaki

  • Biasakan Berseluar Panjang Bila Keluar Rumah

Kami suami isteri memang biasakan si abang untuk pakai seluar panjang bila nak luar rumah. Tetapi ini tidak bermakna si abang boleh pakai seluar pendek di rumah ya.  Si abang boleh pakai seluar di rumah hanya paras yang menutup lutut.  Jika tidak, kami akan tegur suruh tukar.  Waima anak kami lelaki, aurat mereka juga perlu dititik beratkan.  Ramai orang pandang remeh perkara ini kerana menganggap ianya kebiasaan. Tetapi sebenarnya satu kesalahan dan dosa mempamerkan aurat.  

Kami biasakan si abang untuk berseluar panjang ketika keluar rumah kemana saja sebab mudah jika tiba waktu solat,  auratnya telah terjaga untuk menunaikan ibadah.  Alhamdulillah si abang sudah faham dalam bab ini. 

  • Terapkan Rasa Tanggungjawab Ke Atas Setiap Perkara

Aspek ini lebih menyeluruh.  Si abang diajar untuk mengemas rumah, basuh pinggan, tolong angkat baju dan jaga adik-adik.  Bukan buat anak macam orang gaji ya, kami buat sama-sama agar dia faham, tugas semua in ibukan terletak di bahu orang perempuan semata. Biar anak lelaki lebih berdikari dalam mengurus kehidupan peribadi.  Ajar anak supaya sentiasa mahu menolong sesiapa saja waima ada saja masa dia malas. Macam kita juga kan? hihi  

  • Disiplinkan Solat Berjemaah dan Jadi Imam

Perkara ini menjadi impian cx sejak melihat anak buah baru usia enam tujuh tahun sudah pandai bawa solat jemaah.  Cx jadi nekad untuk didik anak cx sedemikian.  Tipsnya adalah, kita sebagai ibu bapa wajib mengamalkan solat berjemaah di rumah.  Mesti ada imam dan makmum.  Barulah anak seronok dan mudah untuk ikut apa tindakan kita. Alhamdulillah si abang seusia lima enam tahun sudah boleh menjadi imam untuk adik perempuannya.  Siap dengan bacaan dalam solat yang teratur dan jelas waima ada celanya. Syukur atas nikmat kurniaan Ilahi. 


Tips Utama Dalam Mendidik Anak Mengikut Islam

Tips utama dalam mendidik anak-anak yang kami amalkan adalah, kenalkan dan belajar kitab suci Al-Quran.  Bila kita jaga solat dan ajar anak-anak mengaji Al-Quran sejak usia dua tiga tahun, InShaAllah dipermudahkan.  Al-Quran kan penyuluh jalan kehidupan manusia.  Lagipun, anak yang biasa dengan al-Quran, hati dia agak terang dalam menimba ilmu baru.  Ini apa yang cx nampaklah kesan yang ada dekat si abang.  Alhamdulillah, ini merupakan satu rahmat yang besar kurniaan Allah kepada kami.  Syukur tak terkata. 

Anak-anak bak kain putih dan kitalah yang mencoraknya.  Namun, waima ada didikan agama dan segala perkara, jika Allah hendak uji, kita tidak mampu untuk menidakkannya.  Ya anak-anak bila semakin dewasa mereka lebih cepat terpengaruh dan mencuba sesuatu perkara.  Namun cx hanya pegang satu sahaja, doa ibu bapa adalah senjata bagi segalanya untuk anak-anak.  Cx memang sentiasa berdoa yang baik-baik untuk anak-anak.  Ibu bapa mana pon mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Cara mendidik anak lelaki
Langkah Mendidik Anak menutup Aurat [Street Phototgraphy]

InShaaAllah, jika baik yang kita doa dan minta, maka baiklah hasilnya.  Namun jika tidak termakbul doa, kita anggaplah ianya ujian dan mungkin kifarah atas dosa silam kita.  Allah mahu mendidik hati dan iman kita juga melalui ujian ke atas anak-anak.  Husnudzon, bersangka baiklah dengan Allah.  InShaAllah. 

Walau apa pon pendekatan yang kami lakukan, kami sebagai ibu bapa tetap ada kekurangannya.  Banyak sangat celanya yang Allah jaga aib kami.  Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga ya dalam membentuk kehidupan yang baik dimata Maha Pencipta. 

Anak Ibarat Kain Putih
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

5 Comments

AzianKhalil said…
betul tu...didik sejak kecil
Atie Zieya said…
so true.. thank you for sharing :)
Marina Bashah said…
Setuju. Dari kecil kena didik diorang
Nadia Johari said…
Betul dari kecik lagi kene ajar. Sebab kecikla diaorang dngr, dh besar payah
Cikgu As said…
Alhamdulillah…perkongsian yg cukup bermakna🥰❣️