سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Pengalaman: Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif
Gigi sensitif adalah sangat tidak selesa bila kita mahu makan dan minum. Ianya jadi lebih tidak menyenangkan apabila gigi kita jadi ngilu. Cx dulunya tidaklah ada masalah gigi sensitif tetapi sejak dah ada anak tiga orang, ia jadi macam ketara pula. Sejak sebulan lepas rasanya, rasa ngilu dekat gigi menjadi-jadi. Kadang-kadang rasa susah sangat nak makan minum. Cx cuba juga kononnya bertahan dan main makan sahaja segala makanan. Tetapi ianya tidak semudah bicara ya korang. Bila gigi sensitif, rasa ngilu akan datang menerjah sampai ke akar. Memang satu pengalaman yang agak menyeramkan juga.
Pengalaman: Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif |
Jadi, dekat sini cx nak kongsikan dekat korang macam mana cara mengatasi masalah gigi sensitif. Ianya berdasarkan pengalaman cx sendiri okay. Tetapi awal-awal cx nak pesan. Mungkin cara ini berkesan untuk cx dan tidak untuk korang.
4 Punca Gigi Sensitif
Kalau korang nak tahu, berdasarkan pengalaman dan pembacaan cx. Antara punca gigi sensitif adalah disebabkan beberapa faktor. Punca gigi sensitif yang cx senaraikan di bawah adalah apa yang selalu dilakukan dahulu. Kesan dia adalah sekarang ya korang.
- Benda Sejuk:
Ya kawan-kawan, benda sejuk adalah punca gigi sensitif . Jika dulu, cx suka sangat minum minuman sejuk. Benda sejuk ini punca gigi sensitif sebab enamel gigi kita dia macam penghalang dan pelindung tau. Bila enamel kita haus, pelindung kita jadi nipis. Makanya bila kita minum atau makan benda sejuk macam ais krim, ianya menyebabkan gigi kita jadi ngilu.
- Benda Panas:
Ini sungguhlah! cx sejenis yang suka sangat makan dan minum panas-panas. Korang bayangkan cx bila dapat makan nasi dan lauk panas-panas, nikmat dia memang mengancam! Tapi itulah dia, kesannya adalah masa sekarang.
Cara Merawat Gigi Ngilu |
- Benda Berasid:
Ini satu hal lagi. Cx memang hantu asam. Suka sangat makan asam. Benda berasid memang membuatkan enamel kita haus ya korang. Inilah punca gigi sensitif yang tak semua perasan. Yalah, asam dimakan memang sedap. haha
- Benda Keras:
Apa benda keras yang korang makan kebiasaannya? Cx suka gigit ais! haha! Dulu kalau gigit ais, arwah abah selalu marah. Katanya nanti gigi rosak. Haa, betullah tu. Sekarang gigi jadi sensitif dan ngilu. Padan muka!
Pengalaman Sendiri Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif
Okay, semua punca gigi sensitif cx adalah habit zaman dahulu kala. Jadi, cx nak kongsi dengan korang pengalaman cx sendiri dalam mengatasi masalah gigi sensitif. Korang boleh baca perkongsian cx di bawah okay.
1. Tukar kepada ubat gigi sensitif
Baik, ini perkara pertama yang cx buat bila gigi semakin sensitif. Pada mulanya cx guna ubat gigi biasa sahaja. Kemudian cx terus beli ubat gigi sensitif. Ini pon atas nasihat kakak dan pengalaman abang cx sendiri. Katanya tukar kepada ubat gigi sensitif iaitu ubat gigi Sensodyne. Ya, cx guna ubat gigi Sensodyne. Ubat gigi Sensodyne ada banyak jenis ya. Macam cx, haritu beli Sensodyne yang jenis whitening and repair. Cx dah pakai dalam dua tiga minggu rasanya.
2. Kurangkan Pengambilan benda panas dan sejuk
Bila cx dah guna ubat gigi Sensodyne, cx cuba untuk kurangkan pengambilan benda panas dan sejuk. Jika makan nasi, cx dah tak makan yang panas baru keluar periuk. Cx akan biar nasi sejuk sedikit dan kemudian baru makan. Kalau minum air pon sama. Kebiasaannya cx akan minum air panas yang tak campur pon dengan air biasa. Padahal minum masih bertiup juga. haha! Sekarang dah buat suam-suam sahaja. Tapi kadang-kadang tambah juga air panas lagi sikit. haahah!
Pengalaman: Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif |
3. Gosok gigi dua kali sehari dengan betul
Nampak macam remeh kan? Ya korang. Apa yang cx maksudkan dengan gosok gigi dua kali sehari dengan betul adalah sebab berikut. Pertama; ubat gigi tak boleh banyak ya korang. Ubat gigi hanya separuh daripada berus gigi sahaja. Kedua; selepas berus gigi, sila jangan kumur. Hanya buangkan sisa buih dalam mulut. Alasan dia sebab ubat gigi mengambil masa untuk bertindak ke atas gigi kita. Cx tak reti juga bila tak kumur.
Jadi, apa yang cx buat adalah; selepas berus dan buang sisa buih, cx biarkan sahaja sekejap. Sambil tu korang bolehlah cuci muka, syampu rambut, sabun badan, bilas segala benda yang patut. Akhir sekali sebelum siap nak keluar bilik air, baru cx kumur. Itupon tidak sepenuhnya. Kumur gitu-gitu sahaja. Asal hilang rasa ubat gigi dekat tekak. Ini cara cx lah sebab cx ada tengok dentist kongsikan cara sebenar guna ubat gigi.
4. Minum susu dua kali sehari
Susu merupakan kalsium untuk tulang dan gigi. Jadi, cx kembalikan rutin harian untuk konsisten minum susu sehari dua kali. Tapi disebabkan cx hantu susu, sehari boleh jadi tiga empat kali minum susu. haha! Memang cx beli susu yang 1.6kgs terus untuk stok. Kebiasaannya sebulan lebih habis dah. Cx tak buat sejuk ya tetapi suka minum susu panas. Cx juga suka campur dengan nestum. Kemain sedap! Rasa puas gila dapat minum susu.
Kesan Selepas Konsisten Atasi Masalah Gigi Sensitif
Okay korang, kesan selepas cx konsisten amalkan cara mengatasi masalah gigi sensitif. Gigi cx yang sebelum ini cepat ngilu dan sensitif, telah kurang rasa ngilu tersebut. Cx dapat rasa bila minum atau makan benda panaslah. Paling ketara sebab sebelum ini, bila minum sejuk sahaja, gigi terus tangkap ngilu. Tetapi sekarang, ianya berkurang. Masih rasa ngilu tetapi tidak sepantas kilat dia terasa. Kemudian cx semestinya boleh ambil benda sejuk panas untuk di makan.
Punca Gigi Sensitif |
Paling penting, gigi cx rasa lebih selesa. Tidak lagi rasa ngilu bila minum atau makan. Ini sungguh pengalaman cx tau. Kalau amalan dan cara mengatasi masalah gigi sensitif ini tidak berkesan dekat korang, cx minta maaf tau. Mungkin korang boleh berjumpa dentist dan bertanyakan lebih lanjut. Dapatkan rawatan terus daripada mereka yang pakar. Semoga perkongsian cx ini ada memberi sedikit manfaat kepada pembaca. okay bye!
Hargai Nikmat Kurniaan Ilahi
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
24 Comments
Salam kenal ya CX, husniey follow sini #1310
Dengan ubat Gigi sensitif, Alhamdulillah sakit Gigi kurang.
Faktor usia kot, Gigi mudah sensitif
pernah tanya dentist, memang dorang syorkan tukar kpd ubat gigi yang sensitif
dan jangan makan benda2 yang too sweet atau too cold ...
once in a while ada je la ngilu ngilu sensitif tu. tapi tak le memudaratkan. memang kena ikut kesesuaian tahap sensitif gigi kita. paling perfect, 6 months once, ziarah doktor gigi :)