Pengalaman: Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pengalaman: Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif


Gigi sensitif adalah sangat tidak selesa bila kita mahu makan dan minum. Ianya jadi lebih tidak menyenangkan apabila gigi kita jadi ngilu. Cx dulunya tidaklah ada masalah gigi sensitif tetapi sejak dah ada anak tiga orang, ia jadi macam ketara pula. Sejak sebulan lepas rasanya, rasa ngilu dekat gigi menjadi-jadi. Kadang-kadang rasa susah sangat nak makan minum. Cx cuba juga kononnya bertahan dan main makan sahaja segala makanan. Tetapi ianya tidak semudah bicara ya korang. Bila gigi sensitif, rasa ngilu akan datang menerjah sampai ke akar.  Memang satu pengalaman yang agak menyeramkan juga.

Punca Gigi Sensitif
Pengalaman: Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif

Jadi, dekat sini cx nak kongsikan dekat korang macam mana cara mengatasi masalah gigi sensitif.  Ianya berdasarkan pengalaman cx sendiri okay.  Tetapi awal-awal cx nak pesan.  Mungkin cara ini berkesan untuk cx dan tidak untuk korang. 

4 Punca Gigi Sensitif

Kalau korang nak tahu, berdasarkan pengalaman dan pembacaan cx.  Antara punca gigi sensitif adalah disebabkan beberapa faktor.  Punca gigi sensitif yang cx senaraikan di bawah adalah apa yang selalu dilakukan dahulu.  Kesan dia adalah sekarang ya korang.  

  • Benda Sejuk:
Ya kawan-kawan, benda sejuk adalah punca gigi sensitif . Jika dulu, cx suka sangat minum minuman sejuk. Benda sejuk ini punca gigi sensitif sebab enamel gigi kita dia macam penghalang dan pelindung tau. Bila enamel kita haus, pelindung kita jadi nipis. Makanya bila kita minum atau makan benda sejuk macam ais krim, ianya menyebabkan gigi kita jadi ngilu.

  • Benda Panas:
Ini sungguhlah! cx sejenis yang suka sangat makan dan minum panas-panas.  Korang bayangkan cx bila dapat makan nasi dan lauk panas-panas, nikmat dia memang mengancam! Tapi itulah dia,  kesannya adalah masa sekarang.  


Penyebab Gigi Ngilu Berpanjangan
Cara Merawat Gigi Ngilu

  • Benda Berasid:
Ini satu hal lagi.  Cx memang hantu asam.  Suka sangat makan asam.  Benda berasid memang membuatkan enamel kita haus ya korang.  Inilah punca gigi sensitif yang tak semua perasan. Yalah, asam dimakan memang sedap. haha

  • Benda Keras:
Apa benda keras yang korang makan kebiasaannya?  Cx suka gigit ais! haha!  Dulu kalau gigit ais, arwah abah selalu marah.  Katanya nanti gigi rosak.  Haa, betullah tu.  Sekarang gigi jadi sensitif dan ngilu.  Padan muka!

Pengalaman Sendiri Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif

Okay, semua punca gigi sensitif cx adalah habit zaman dahulu kala.  Jadi, cx nak kongsi dengan korang pengalaman cx sendiri dalam mengatasi masalah gigi sensitif.  Korang boleh baca perkongsian cx di bawah okay.  

1. Tukar kepada ubat gigi sensitif

Baik, ini perkara pertama yang cx buat bila gigi semakin sensitif.  Pada mulanya cx guna ubat gigi biasa sahaja.  Kemudian cx terus beli  ubat gigi sensitif.  Ini pon atas nasihat kakak dan pengalaman abang cx sendiri.  Katanya tukar kepada ubat gigi sensitif iaitu ubat gigi Sensodyne.  Ya, cx guna ubat gigi Sensodyne.  Ubat gigi Sensodyne ada banyak jenis ya.  Macam cx, haritu beli Sensodyne yang jenis whitening and repair.  Cx dah pakai dalam dua tiga minggu rasanya. 

2. Kurangkan Pengambilan benda panas dan sejuk

Bila cx dah guna ubat gigi Sensodyne, cx cuba untuk kurangkan pengambilan benda panas dan sejuk.  Jika makan nasi, cx dah tak makan yang panas baru keluar periuk.  Cx akan biar nasi sejuk sedikit dan kemudian baru makan.  Kalau minum air pon sama.  Kebiasaannya cx akan  minum air panas yang tak campur pon dengan air biasa.  Padahal minum masih bertiup juga. haha! Sekarang dah buat suam-suam sahaja.  Tapi kadang-kadang tambah juga air panas lagi sikit. haahah!


Ubat Gigi Sensodyne
Pengalaman: Cara Mengatasi Masalah Gigi Sensitif

3. Gosok gigi dua kali sehari dengan betul

Nampak macam remeh kan?  Ya korang.  Apa yang cx maksudkan dengan gosok gigi dua kali sehari dengan betul adalah sebab berikut.  Pertama; ubat gigi tak boleh banyak ya korang.  Ubat gigi hanya separuh daripada berus gigi sahaja. Kedua; selepas berus gigi, sila jangan kumur.  Hanya buangkan sisa buih dalam mulut.  Alasan dia sebab ubat gigi mengambil masa untuk bertindak ke atas gigi kita. Cx tak reti juga bila tak kumur.  

Jadi, apa yang cx buat adalah; selepas berus dan buang sisa buih, cx biarkan sahaja sekejap.  Sambil tu korang bolehlah cuci muka, syampu rambut, sabun badan, bilas segala benda yang patut.  Akhir sekali sebelum siap nak keluar bilik air, baru cx kumur. Itupon tidak sepenuhnya. Kumur gitu-gitu sahaja. Asal hilang rasa ubat gigi dekat tekak. Ini cara cx lah sebab cx ada tengok dentist kongsikan cara sebenar guna ubat gigi.

4. Minum susu dua kali sehari

Susu merupakan kalsium untuk tulang dan gigi.  Jadi, cx kembalikan rutin harian untuk konsisten minum susu sehari dua kali.  Tapi disebabkan cx hantu susu, sehari boleh jadi tiga empat kali minum susu. haha! Memang cx beli susu yang 1.6kgs terus untuk stok.  Kebiasaannya sebulan lebih habis dah. Cx tak buat sejuk ya tetapi suka minum susu panas.  Cx juga suka campur dengan nestum.  Kemain sedap! Rasa puas gila dapat minum susu. 

Kesan Selepas Konsisten Atasi Masalah Gigi Sensitif

Okay korang,  kesan selepas cx konsisten amalkan cara mengatasi masalah gigi sensitif.  Gigi cx yang sebelum ini cepat ngilu dan sensitif, telah kurang rasa ngilu tersebut.  Cx dapat rasa bila minum atau makan benda panaslah.  Paling ketara sebab sebelum ini, bila minum sejuk sahaja, gigi terus tangkap ngilu.  Tetapi sekarang, ianya berkurang.  Masih rasa ngilu tetapi tidak sepantas kilat dia terasa.  Kemudian cx semestinya boleh ambil benda sejuk panas untuk di makan.  


Petua Sakit Gigi
Punca Gigi Sensitif

Paling penting, gigi cx rasa lebih selesa.  Tidak lagi rasa ngilu bila minum atau makan.  Ini sungguh pengalaman cx tau.  Kalau amalan dan cara mengatasi masalah gigi sensitif ini tidak berkesan dekat korang, cx minta maaf tau.  Mungkin korang boleh berjumpa dentist dan bertanyakan lebih lanjut.  Dapatkan rawatan terus daripada mereka yang pakar. Semoga perkongsian cx ini ada memberi sedikit manfaat kepada pembaca. okay bye!

Hargai Nikmat Kurniaan Ilahi
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

24 Comments

Husniey Husain said…
Betul ni tips bertukar kepada ubat gigi yang okayy. Husniey cuba systema kuranglah sikit masalah plag.

Salam kenal ya CX, husniey follow sini #1310
yaya_flanella said…
Yaya dapat rasa keadaan gigi yaya semakin sensitif dari hari ke hari. Minum sejuk atau panas terus buat gigi rasa ngilu. Lepas ni kena tukar ubat gigi and banyak minum susu la kan
ajumohit said…
kalau gigi sensitif memang elakkan makan makanan sejuk dan yang boleh ngilukan gigi. tapi sejak pakai ubat gigi yang sesuai, dah takde masalah gigi ngilu lagi
Yaya Azura said…
Kak yaya culas minum susu..ada consume pil kalsium tp itu lah ada hari lupa jugak nak makan.
Aiman said…
terima kasih atas perkongsian tips. adeh takutnya sakit gigi ni. tambah lain lagi, tukar berus gigi setiap 6 bulan.
Aiman said…
btw followed here #1311
Ai said…
Ai kalau gigi tengah sensitive, memang stop terus benda2 sejuk.
Akashah Kassim said…
memang perit kalau sensitif sejuk
Kalau sakit gigi memang tak boleh bwk bincang... bolehlah gunakan cara-cara yang dikongsikan ni nanti
Betty's Journey said…
I also have sensitive teeth and I try prevent too sour or ice drink. I do go to dentist for check up. Thanks for your tips and I will try some of the tips.
Nina Mirza said…
Gigi kak Nina pun sensitif, silap sikit mula laaa merana.
Dengan ubat Gigi sensitif, Alhamdulillah sakit Gigi kurang.
Faktor usia kot, Gigi mudah sensitif
Mrs Pip said…
tukar ubat gigi kepada ubat gigi yang sensitif tu kita pun buat.
pernah tanya dentist, memang dorang syorkan tukar kpd ubat gigi yang sensitif
dan jangan makan benda2 yang too sweet atau too cold ...
atiehilmi.com said…
terpaksa setuju dengan CX.. hee~ kadang gigi kakak pun ngilu bila minum air sejuk tapi itu lah.. air sejuk jugak sedap nak telan.. sekarang ni pun dah banyak pilihan ubat gigi untuk gigi sensitif.. kan ?
Ummi said…
Dulu saya pun ada masalah gigi sensitif, tapi lepas amalkan minum susu dan kurangkan makanan berasid atau menghakis, skrg dh takde masalah.
Deo said…
selalu guna sensodyne jenis repair n protect tu.. hilang terus ngilu bila gigit ais..
Kitkat Nelfei said…
Thanks for the tips utk penjagaan gigi ni.. Its time to kurangkan minum air sejuk dah ni sebeb gigi sensitif isu jadi lebih teruk kan...
Sis Lin said…
Terima kasih tipsnya, sejak-sejak ni memang GIGI Sis agak sensitif tau, air sejuk pun kadang nyilunyaaa...
Nadia Johari said…
Nad bila makan sejuk je sensitif sikit.. Ngilu je..
adianiez AIDA said…
aida guna sensodyne. dulu kala ok je gigi. tapi tu la cx, da berumur, tetiba ngilu plak gigi ni time num ais. abah aida memang guna sensodyne. so, pernah pinjam sekali and yes, nice and ok je problem tu.

once in a while ada je la ngilu ngilu sensitif tu. tapi tak le memudaratkan. memang kena ikut kesesuaian tahap sensitif gigi kita. paling perfect, 6 months once, ziarah doktor gigi :)
Bae Roslan said…
terima kasih sharing. memang tengah nak cari artikel pasal gigi sensitif pun. hehe kebetulan pulak.
Gosok gigi dgn betul, minum susu mmg penting terutama untuk kesihatan gigi
Sunshine Kelly said…
I pun ada gigi sensitive its like on and off. Sometimes kalau makan makanan terlalu manis atau minum ais boleh rasa ngilu.
Atie Zieya said…
nak minum susu tu tak mampu... i takleh la nak minum susu ..huhuh... tak kena dgn tekak... but dah cuba byk kali tukar ubat gigi still tak sesuai :( susah ada gigi yg sensitive ni kan
Zaza Azman said…
Thanks share tips ni sbb za pun lately mcm nk dpt penyakit gigi sensitif dh ni.. Hihi bole la amalkan tips cx lepas ni.