Drama Korea Oh My Venus Lakonan Shin Min Ah: Sinopsis

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Drama Korea Oh My Venus Lakonan Shin Min Ah: Sinopsis


Oh Venus ini kisahnya tentang seorang pelajar perepuan yang popular di sekolah sebab dia cantik. Nama dia Kang Joo Eun yang dilakonkan oleh Shin Min Ah.  Disebabkan dia cantik sangat, orang panggil dia Daegu Venus.  Kemudian Kang Joo Eun bertemu dengan Im Woo Shik, pelajar lelaki di sekolah mereka. , lakonan Jung Gyu Woon.  Im Woo Shik merupakan seorang atlet renang yang mewakili sekolahnya.  Hari berganti hari, akhirnya mreka ambil kata putus untuk menjalinkan hubungan yang serius.

Oh My Venus Drama
Drama Korea Oh My Venus Lakonan Shi Min Ah: Sinopsis

Setelah 15 tahun berlalu, Kang Joo Eun (Shin Min Ah) bekerja sebagai seorang peguam di guaman Guntu.  Sementara itu, Woo Shik (Jung Gyu Woon) pula sebagai pengurus di syarikat Ghaong yang sangat besar.  Namun waktu ini, penmapilan Joo Eun sangat berbeza dengan dirinya 15 tahun yang lalu.  Joo Eun mempunyai badan yang gemuk dan tidak lagi cantik seperti sebelumnya.  Sehinggalah pada suatu hari, Im Woo Shik bagitahu untuk menamatkan hubungan mereka.  Tepat pada ulang tahunnya yang ke-15.  Kang Joo Eun sangat kecewa dan patah hati.  

Pertemuan Awal dengan Kim Young HO (So Ji Sub)

Keesokan harinya, Joo Eun pergi ke Amerika untuk perkhidmatan pejabat selama seminggu. Ketika dalam perjalanan kembali ke pesawat, dia bertemu dengan Kim Ji Woong (Henry), seorang pelatih dan pengurus atlet bela diri Jang Joon Sung. Ini kerana pesawatnya mengalami pergolakan.  Joo Eun jatuh pengsan di lantai akibat terkejut dan sesak nafas.  Kim Young Ho (So Ji Sub), yang mempunyai lesen kesihatan, telah menolong Joo Eun dan dibantu oleh Jang Joon Sung (Sung Hoon), seorang seniman bela diri yang dijaga oleh Young Ho. Setelah turun di lapangan terbang, Joo Eun dibawa ke hospital dengan ambulans sebagai pesakit Young Ho untuk melarikan diri dari pengawal yang menunggunya di lapangan terbang.

Oh My Venus Drama Korea
Oh My Venus Drama Korea

Setelah pulang dari hospital, Joo Eun pergi menemui Woo Shik di rumahnya. Tetapi sayangnya, Joo Eun sebenarnya melihat Woo Shik dengan wanita lain di rumahnya. Akhirnya Joo Eun segera pergi. Dalam perjalanan, dia diikuti oleh pengintip dan merasa ketakutan. Kim Young Ho mempunyai keperibadian yang tidak dapat dikawal oleh orang yang berada dalam kesusahan dan bahaya. Oleh itu, dia selalu menolong orang lain yang ditemuinya. Young Ho melihat Joo Eun berlari dan segera membantunya. Selepas pertemuan pertamanya dengan Young Ho, Joo Eun, yang mengalami beberapa kejadian, selalu bertemu Young Ho secara tidak sengaja dan selalu dibantu olehnya.

Kang Joo Eun Menjadi Gemuk dan Tidak Lagi Cantik

Di pejabat peguam Joo Eun, muncul seorang timbalan pengarah yang ternyata menjadi kawan lama Joo Eun dari zaman belajar dan wanita yang dia temui bersama Woo Shik, Oh Soo Jin (Yoo In Young). Penampilan Soo Jin berubah secara drastik dari dulunya gemuk dan besar, menjadi kurus serta cantik. Dia merasa kesal dan marah kerana merasa kecewa dengan alasan penampilannya berubah menjadi 'buruk'. Ternyata Soo Jin mengubah penampilannya kerana dendam masa lalu terhadap Joo Eun.  Sekarang keadaan mereka terbalik.

Oh My Venus Drama Korea
Oh My Venus Drama Korea

Bermulanya Latihan Diet untuk Joo Eun

Sejak pertemuan mereka, Young Ho merasa kasihan dengan keadaan Joo Eun, yang telah ditipu dan berhasrat untuk membantunya. Selepas itu, mereka juga sering bertemu dengan tidak sengaja dan atas sebab tertentu Young Ho selalu menolong Joo Eun yang berada dalam masalah. Sehingga akhirnya Joo Eun menjumpai kad pengenalan John Kim, jurulatih atlet terkenal. Joo Eun menyangka John Kim adalah Young Ho.

Dia kemudian meminta Young Ho untuk menjadi pelatih untuk program dietnya. Joo Eun ingin mendapatkan kembali keyakinan dan menyembuhkan penyakitnya. 

Adakah Kang Joo Eun Berjaya Tamatkan Sesi Dietnya?

Berjaya atau tidak Kang Joo Eun untuk kurus semula?  Apakah yang terjadi antara Young Ho dan Jo Eun semasa seisi latihan mereka? Bagaimana Joo Eun dapat tahu akan penipuan yang telah dilakukan oleh Young Ho?  Macam mana pula untuk Young Ho atasi penipuannya itu? Korang kena tengok okay cerita ini di saluran awesome tv.  Setiap hari Isnin sehingga Jumaat jam 12:00 tengah hari.  Meh cx kongsi sedikit trailer di bawah . 



Selamat Menonton Oh My Venus!
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Post a Comment

5 Comments

Permatabiru said…
dah lama tak layan korea mcm best je jalan cerita nie
Ai said…
Best cite ni. Comel lak tu heroin.
Nadia Johari said…
Baru layan dua drama korea.. Fuh tak terkjear.. Ahhaha
Qaseh Dalia said…
Lamanya tak layan korea ~ love sgt
Mimin Adam said…
haaaaa! okay layan citer ni pulak