بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
PG Mall : Platform E-Dagang Tempatan Pertama di Malaysia
PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian nombor 1 dalam Malaysia. Platform PG Mall ini dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan ditubuhkan sejak tahun 2017. PG Mall disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd dan merupakan satu-satunya platform jualan e-dagang tempatan dalam Malaysia. Tujuan utama PG Mall dibentuk adalah untuk menyediakan platform perniagaan kepada para peniaga di Malaysia. Jadi, para peniaga tak perlu risau kalau hendak menggunakan platfrom PG Mall ini kerana ianya dipercayai dan selamat. Pada CX, PG Mall ini boleh dipercayai dan sebagai peniaga juga, ianya sangat membantu kita untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan daripada sudut dan perspektif global. PG Mall merupakan plaform E-dagang yang banyak digunakan oleh pengguna atas talian. Semuanya terbukti apabila PG Mall menduduki tempat ketiga teratas yang ditentukan berdasarkan laporan Iprice insight report.
Tawaran Istimewa kepada Peniaga dan Pembeli
Para peniaga diberikan peluang dan melalui platform PG Mall ini, para peniaga umpama "orang megantuk disorongkan bantal" apabila dapat bergabung dalam sama-sama mengubah dunia e-dagang. Pembeli juga tidak terkecuali apabila PG Mall ini bagaikan "durian runtuh" untuk kita. Mana tidaknya, banyak sungguh produk yang diperdagangkan dengan pelbagai tawaran yang hebat-hebat belaka. Jadi peniaga pon seronok, sebagai pembeli pon sangat berbaloi. Antara produk yang terdapat di PG Mall adalah seperti barang-barang elektronik, fesyen, buku, rumah & kehidupan, makanan & minuman, sukan & riadah, anak & bayi, kesihatan & kecantikan, otomotif hingga E-Voucher. Apa yang lebih menariknya tentang PG Mall, platform ini berkonsepkan Consumerchant iaitu memberi peluang kepada pembeli menjana pendapatan setiap kali memperkenalkan pembeli atau peniaga melalui referral link.
PG Mall Jualan Hari Jadi bermula 29 Jun - 5 Julai 2020
Sempena Jualan Hari Jadi PG Mall yang telah pon bermula pada 29hb Jun sehingga 5hb Julai 2020. Jom CX nak kongsikan dengan korang apa yang ada sempena jualan hari jadi PG Mall tahun 2020 ini. Kalau korang membeli-belah di PG Mall, antara manfaat yang korang bakal dapat adalah seperti berikut; Terdapat beberapa manfaat yang diberikan oleh PG Mall tau! Jom baca lagi.
1. Diskaun Pembelian semasa Jualan Hari Jadi PG Mall
Seronok bila dapat berbelanja dan membeli di PG Mall semasa Jualan Hari Jadi mereka. Mana tidaknya, kalau CX beli sebarang produk dengan minima sebanyak RM50.00 sahaja, CX akan menikmati diskaun sebanyak 10% tau! Banyak tu! Siapa nak bagi? Lagi menarik, CX boleh dapat diskaun sebanyak 20% kalau berbelanja minima RM100.00. Fuh! Syurgawi !2. Penghantaran Percuma
Kalau CX baru merupakan pembeli baru dalam platform PG Mall ini, CX akan dapat nikmati penghantaran percuma dengan minima berbelanja sebanyak RM30. Kalau CX dah memang biasa berbelanja dalam platform PG Mall ini, penghantaran percuma diberikan dengan minima berbelanja sebanyak RM60.
3. Super Killer Deals serendah RM 0.99 sen !
Ini memang mengujakan sungguh! Mana tidaknya, PG Mall ada lancarkan slot Super Killer Deals okay. CX boleh membeli produk terpilih dengan harga serendah RM0.99 sen sahaja ! Memang wow! Jadi, kena pastikan korang peka bila waktu yang PG Mall lancarkan Super Killer Deals mereka.
Hadiah Jongkong Emas Jualan Hari Jadi PG Mall 2020 |
4. Cabutan Bertuah kepada Top Referral
Korang pergi daftar akaun sekarang kalau belum lagi jadi pembeli sah di PG Mall okay. CX memang seru korang untuk daftar di PG Mall sebab bila dah selesai pendaftaran, akan dapat referral link tau. Melalui referral link inilah korang boleh kongsikan kepada rakan-rakan dan kenalan. Kemudian, cuba jadi TOP 3 Shopper Referee sepanjang berlangsungnya Jualan Hari Jadi PG Mall ini. Korang kena cepat tau sebab Jualan Hari Jadi PG Mall hanya berlangsung selama tujuh (baca: 7) hari sahaja. Ohya! Referee shopper kena ada bukti pembelian yang sah okay. Korang boleh dan berpeluang untuk menang jongkong emas dan C-wallet tau!
Tawaran Hadiah Jualan Hari Jadi PG Mall 2020
Hadiah pertama : Jongkong Emas 1gram
Hadiah kedua : C-wallet bernilai RM100
hadiah ketiga : C-wallet bernilai RM50
5. Daily FB Live Deals
PG Mall akan bersiaran secara live di Facebook Page mereka pada setiap hari. Jadi, korang hanya perlu tunggu dan turut serta menonton live FB tersebut. Hanya turut serta live di FB sahaja, boleh memberi peluang kepada korang untuk jadi salah seorang pemenang bertuah tau! Hadiah dia , boleh menang 0.5gram emas (bernilai RM200)! Semuanya tertakluk kepada terma dan syaratlah seperti biasa.
Daftar Akaun PG Mall Sekarang !
Jadi korang, cepat-cepat daftar akaun di PG Mall dan berbelanjalah sekarang! Maklumat lanjut mengenai PG Mall Tawarkan Hadiah Berbentuk Jongkong Emas Sempena Jualan Hari Jadi 2020 ini boleh rujuk link di bawah okay.
Website: www.pgmall.my
Instagarm: PGMall.my
Hashtag:
#pgmall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #sellonline #sellonpgmall
Berbelanja Sambil Berjimat
Lahirkanlah Keihlasan dihatimu
5 Comments