Resipi: Roti Sosej Cheese

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Semenjak PKP berjalan, rata² dekat blog, memang semua orang update menu harian ya. Terbaik masing². Masa inilah yang terbaik untuk update skill dan asah bakat. Aicewah. Kongsilah segala menu dan resipi yang korang tahu agar kami mak² di rumah tidak tepu nak masak apa. Haha Sekarang ni kalau tak tahu nak masak apa, google sahaja. Gerenti ada idea menu baru nanti.  Cx pon hari-hari pening nak masak apa. Tapi akhir² ini, tekak nak makan benda yang tiba² teringat dan teragak. Makanya, cx masak ikut apa yang terlintas di anak tekak nak makan. Senang! Okay, kali ini cx nak kongsi resipi mudah sangat, cepat dan jimat . Paling penting, kenyang! Pastu pipi korang tembun. Haha! Jom semak resipi Roti Sosej Cheese Jimat ini.


Bahan-Bahan
Roti
Telur
Cheese
Sosej *Siap Digoreng
Serbuk Roti *Cx guna biskut Lemak

Bahan-bahan

Cara Buat
1. Pertama sekali, cx gelek roti  bagi ianya leper supaya nanti bila digoreng, tidak serap minyak terlalu banyak.
2. Kemudian, letakkan cheese dan sosej yang telah siap digoreng tadi di atas roti.
3. Gulungkan roti. Celupkan dalam telur yang telah dikocak.
4. Celupkan ke dalam serbuk roti. Kalau tak ada, nak jimatkan? Cx guna biskut lemak sahaja. Hancurkan sampai jadi macam serbuk roti. Jimat dan mudah!
5. Goreng dalam kuali menggunakan api kecil. Pastikan tidak lama ya, kena rajin pusing²kan roti. Kalau tidak, nanti jadi roti sosej cheese hangit. Hehe
6. Siap untuk dihidang!

Sebelum Digoreng

Sedia untuk dimakan!
Dah lama rasanya tak buat roti sosej ini. Rasanya ada dalam enam tahun. Haha! Lama betul. Roti ini seronok buat bila ada orang makan. Sekarang ada anak-anak, makanya mak dia terujalah nak bagi anak makan. Asyik nasi sahaja kan? Budak pon tahu muak waima setiap hari mak dia pening kepala fikir menu. Okaylah, roti sosej cheese ini sesuai buat minum petang. Lawan dengan teh o panas. Memang umph!

Manfaatkan Waktu Bersama
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu

Post a Comment

14 Comments

Sunah Sakura said…
musim PKP ni memang macam2 menu keluar kan..dah macam2 keinginan jugak terlaksana kat dapur..da masuk 14 hari ni, sampai tak tahu da teringin apa...hahahahha
YatieOwner said…
yeah another resepi simple lagi di kongsi. boleh follow lah lepas ni. bahan pun memang sedia ada kat dapur ;)
adianiez AIDA said…
sedap ni.
aida pernah buat utk sarapan anak2 bertiga tu.
bekalkan ke skola skali gus.
mudah. jimat. sedap kan :)
now PKP, boleh dijadikan sarapan or minum ptg.
Bro Framestone said…
Perghhhhh....!!!!

Kita roti dan sosej masak asing2... makan pun asing2... Roti susah nak jumpa sekarang nie
hello pulis, ni ada orang buat roti sosej jugak barang rare. hahah roti gardenia tempat mommy manjang sold out. geram aja nengoknya. mommy pun teringin ni nak buat roti sardin
Fadima Mooneira said…
Wow!!!!!!! This is good. Dah ada recipe nie x payah lah beli lagi. Leh bikin sendiri. Thank you for sharing ya.
Bella Jamal said…
Berlawan-lawan resepi ya CX..hahaha. Sis Bella belum pernah buat ya roti sosej ni. Kalau guna biskut okla boleh try. Kalau nak cari bread crumb, malas pula nak buat. Hehe.
hihi roti skrng ni sensitif hehe sampai semput Gardenia. tapi alhamdulillah kat tempat saya okay lgi.

sedap menu ni buat minom petang =D
Sis Lin said…
Menu paling mudah nak hidang, kalau agak malas nak masak, buat aje menu macam ni...kalau anak Sis memang rajin laa dia makan menu macam ni, untuk Sis kureng sikit...hehehehe sebab tak berapa gemar roti salut=salut..
RAIHANAH AHMAD said…
betul ni, saya pun suka buat resepi ni. sedap sangat. anak2 saya suka guna inti sadin
Syamimi Saad said…
Ni pun sedap ni. Alahai..
Pkp ni sungguh makan best best sebenarnya kan. Hahaha
Antara rajin dengan tak je nak membuatnya tu..
Zharif Azis said…
Mudah je rupanya nak buat resepi nie. Nanti bolehlah cuba. Zaman2 kuarantin nie banyak resepi nak cuba utk isi waktu lapang
Aerill Hassan said…
Lain pulak dengan saya. Time2 PKP ni saya berusaha untuk kurangkan perbelanjaan dan makan. Tapi seronok jugak tengok ramai yang share pasal makanan :)
Sunshine Kelly said…
I tried this too, its very tasty and also easy to prepare at home.