بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Waktu makan tengahari sudah semestinya kita akan pilih tempat dan menu yang paling sesuai, selesa, sedap serta berbaloi.  Betul tak? Sekarang ni di Melaka dah banyak tempat makan sedap-sedap dan murah. Namun, sesekali nak juga tukar citarasa dan selerakan? Nak juga merasa makan tengahari di hotel, ala-ala orang kaya dan eksklusif sikit siap dijamu. Tak gitu? Sesekali pasti seronok dan mengapa perlu pergi hotel yang mahal-mahal tetapi menu tiada dalam pilihan? Tak perlu runsing, jom ke Novotel Melaka menjamu selera tengahari anda dengan penuh eksklusif , sedap, selesa dan berbaloi. Hanya RM20.00 sahaja tau untuk satu set. Memang berbaloi!

Office Lunch Menu Set

Novotel Melaka

Kejadiran cx ketika tiba di Novotel Melaka disambut oleh Cik Yati. Waktu tiba di sana, kawasan mereka sangat selesa, luas dan eksklusif. Terasa macam orang ada-ada pula. Hehe. Office Lunch ni ada empat jenis menu mengikut set. Pada cx, ianya memang berbaloi.  Antara menu set yang disediakan adalah seperti berikut dan setiap set hidangan akan disajikan semangkuk sup bersama sepotong kek yang enak serta beberapa potongan buah-buahan segar. 

MENU SET 1:

Fish and Chips
Fries and Coleslaw on Salad dihidang bersama Tartar Sauce

Rate: 4.5/5

Ulasan:
Fish and Chips dia lembut sangat tapi rangup di luar. Sedap makan. Krup krap krup krap. Kentang dia lembut juga dan dilawan dengan tartar sos serta mayonise buatan sendiri. Anak-anak cx suka makan.



MENU  SET 2:

Grilled Chicken Chop Hainan-style
Chinese Fried Rice with Salad on the side served with Chinese BBQ Sauce

Rate: 5/5

Ulasan:
Ini pon boleh tahan.  Chicken Chop dia lembut di dalam dan rangup di luar. Bila makan, rasa merembes sahaja ke dalam mulut dengan kuahnya yang sedang-sedang pedasnya. Makan dengan nasi goreng china hainan, memang sedap.  Masuklah orang cakap. Hehe 


MENU SET 3:

Nasi Putih, Hirisan Timun, Ulam, papadom dan sambal Belacan.

Tenggiri Asam Pedas Melaka


Rate: 4.5/5

Ulasan:
Cx makan haritu, memang sedap. Cukup rempah rasa masam manis semua cuma sedikit pedas. Hehe Bagi cx sangat okaylah sebab cx sejenis hantu pedas , tapi untuk yang kurang makan pedas, bolehlah makan bersama sup yang disediakan. Sedap! 


MENU SET 4:

Nasi Putih, Hirisan Timun, Ulam, papadom dan sambal Belacan

Mamak-style Chicken Curry with Potatoes


HIDANGAN MENU TAMBAHAN

Sup Ayam
Rate: 4/5

Pencuci Mulut
Kek dan buah-buahan segar
Rate: 4.5/5

Memang berbaloi sangat. Kalau korang nak cuba, mehlah datang! Office Lunch ini bermula Julai 2019. Korang boleh datang dan ajak kawan-kawan pejabat atau keluarga sanak saudara sekali.  Memang enak menjamu selera di Novotel Melaka! Kalau nak dapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk di bawah okay.





Tempahan: 
+6 (06) 289 8222

Alamat: 
No 1A, Jalan Melaka Raya 2
Taman Melaka Raya
75000 Melaka

Makan Mana? Novotel Melakalah!
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu