بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Menghayati Keenakan Menu Burger dan Slider Edisi Terhad Inspirasi Antarabangsa di Hard Rock Cafe, Melaka
Beberapa hari lalu, cx berpeluang dan dijemput untuk meraikan pelancaran menu baru (Edisi Terhad) di Hard Rock Cafe, Melaka. Jika selama ini, cx asyik lalu sahaja di hadapan bangunan Hard Rock Cafe waima cx ni orang Melaka, tetapi tidak pernah pon jejak kaki ke sana. Ini adalah satu momen baru dan cx rasa teruja kerana dijemput untuk bersama² dengan rakan blogger Melaka yang lain untuk menikmati dan menghayati keenakan menu burger serta sliders edisi terhad inspirasi antarabangsa di Hard Rock Cafe, Melaka.
Menu Burger Inspirasi Antarabangsa |
Makluman semua, pada 1 May 2019, Hard Rock Cafe di semua cawangan telah melancarkan menu baru inspirasi antarabangsa dengan menggabungkan rasa eklektik iaitu gabungan rasa terbaik antarabangsa dan tempatan. Pelanggan dijamin akan menikmati pengalaman hidangan yang terbaik dan merasai keunikan burger serta sliders mereka. Waima resepi menu baru ini diimport tetapi ianya halal sebab semua yang tidak halal itu, digantikan dengan makanan halal. Hanya menu sahaja sama tetapi bahan semua dijamin suci dan halal.
Terdapat Enam (6) jenis Burgers dan Sliders yang diperkenalkan. Semuanya mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur tau! Menu ini akan berakhir pada 30 Jun 2019.
TEX-MEX CHEESE BURGER
Tex-Mex Cheese Burger |
Ianya terdiri daripada daging lembu, Jack cheese yang dicairkan, kemudian diselit dengan kepingan tortilla rangup. Dihias lagi dengan guacamole, pico de gallo, salad, tomato dan bawang. Roti bun dibakar.
BBQ TURKEY BACON CHEESE BURGER
Bbq Turkey Bacon Cheese Burger |
Terdiri daripada: Daging lembu, kepingan daging ayam belanda (turkey), Cheddar cheese cair, hirisan bawang goreng yang rangup, dihidang bersama-sama sos BBQ, salad segar, tomato dan toasted bun.
DOUBLE-DECKER DOUBLE CHEESEBURGER
Double-Decker Double Cheeseburger |
Double-Decker Double Cheeseburger ini telah wujud dalam menu Hard Rock Cafe yang pertama pada tahun 1971. Ianya merupakan inspirasi "Down Home Double Decker Burger" dari cawangan London.
Gabungannya terdiri daripada satu pound daging lembu, Cheddar cheese, mayonis, salad, tomato, bawang pula diapit oleh roti bun yang dibakar.
ALL AMERICAN SLIDERS
Satu hidangan: RM58.00 |
Closeup Lapisan All American Burger |
Terdiri daripada Tiga burger daging kecil, Cheddar cheese, onion ring yang rangup dan coleslaw dan toasted buns.
Review | Masa cx makan ni, pergh! Padu pergi dia! Daging burger dia nampak sahaja comel saiznya tapi tebal! Serius! Bila cx makan, daging dia memang rangup sungguh! Ditambah dengan kehadiran cheese dan coleslaw, ia menggabungkan rasa enak yang sempurna! Rasa padu daging, lemak², masam² sikit dan semestinya sedap! Terbaik!
BUFFALO-STYLE SLIDERS
Set hidangan: RM58.00 |
Closeup lapisan Buffalo Style Sliders |
Terdiri daripada: 3 burger daging saiz kecil dengan onion rings yang rangup, sos Buffalo dan blue cheese.
Review | Rasa dia seakan sama dengan All American Burger, cuma ianya tiada lapisan coleslaw. Daging dia masih padu sebab tebal! Sedap sudah pasti!
MANGO FRUIT SLIDERS
Set hidangan: RM58.00 |
Closeup Mango Fruit Slider |
Terdiri daripada: tiga burger lembu saiz kecil, yang dihias dengan Jack Cheese, chimchurri aioli, jam mangga masam manis, daging turkey dan avocado.
Ianya menjadi inspirasi kerana telah memenangi pertandingan BurgerRocker dari Costa Rica
Review : Cx suka makan mango fruit slider ni sebab sedap! Gabungan bahan² yang unik bersama daging turkey, memang menjadikan cx rasa puas hati sungguh! Padanan rasa masam manis, lemak² dan kerangupan daging serta avocado, membuatkan cx rasa tak sanggup nak kunyah dan telan laju² sebab ianya sedap sangat! Cx makan perlahan² supaya dapat menikmati kelazatannya! Memang mengancam!
Barisan orang kuat Hard Rock Cafe Melaka. |
Secara keseluruhan, pada cx, menu burger dan slider ni memang padu! Almaklum cx dan suami merupakan peminat tegar daging. Kami memang gila makan daging. Jadi, cx bagi rate 5/5 . Memang puas hati makan! Nampak kecil tau saiz dia tapi baru makan satu setengah burger, terus rasa kenyang! Ini cx cakap betul punya. Memang kenyang sebab daging dia tebal dan padu!
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai status halal. Baiklah, jangan risau ya sebab;
√ Pembekal bahan mentah untuk dapur Hard Rock Cafe Melaka, kesemuanya ada pensijilan status halal daripada JAKIM.
√ Takungan air beralkohol adalah dibuat khas melalui pam dari bawah tanah. Ianya tidak bercampur atau terdedah secara awam di situ. Kawasan yang tidak halal adalah di satu ruang khas dan segala peralatan yang digunakan, akan dikendalikan hanya di tempat berikut. Tidak akan masuk kawasan dapur cafe. Tukang cuci dan hidang juga orangnya berbeza. Mereka tidak campur semua perkara. Semuanya telah dikhaskan satu kumpulan di tempat tertentu.
√ Pekerja dapur Hard Rock Cafe terdiri daripada 90% orang Muslim. Paling penting Chef Utama mereka adalah Muslim.
Jadi, jangan risau, InShaaAllah mereka amat menitikberatkan soal halal ini. Lebih-lebih lagi pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.
Promosi Menu Edisi Terhad
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
19 Comments
Banyaknya pilihan Burger! Patty nya tebal ya ampun. Meriah sungguh. Berbaloi-baloi buka puasa kat sini