بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Masyarakat kita dari segi masakan, kebanyakkannya akan guna dedaunan seperti daun limau, serai, daun kesum, daun kari dan paling kerap digunakan adalah daun pandan. Ya! Daun pandan! Mana tidaknya, masak nasi lemak letak daun pandan, masak kek pon guna pandan untuk dapatkan rasa dan warna naturalnya. Kadang-kadang tu payah juga nak jumpa daun pandan. Lagi² duduk di bandar, rumah taman yang tiada tanah nak bercucuk tanam atau tiada masa nak membela pokok kan? Takpa, setiap daripada kita punyai alasan tersendiri. Tiada salahnya.
Tapi, jangan runsing, sekarang ini lebih mudah untuk dapatkan pandan tau! Cx perkenalkan Pandan Leaf Extract Liquid by Bionutricia. Kalau dulu nak gunakan jus pandan dalam masakan, banyak betul proses yang perlu kita lalui. Nak kena cari pandan, potong dapatkan helaian daun yang elok, kemudian basuh, dipotong² dan dikisar halus. Lepastu kita kena perah lagi untuk asingkan hampas dan jus pandan. Banyak sungguh prosesnya. Betul tak? Tapi sekarang, takpayah renyah² dah, pakai sahaja Pandan Leaf Extract ni, ianya Ekstrak semulajadi daun pandan yang di kaji dan dijamin kebersihannya. Boleh bawa kemana² sahaja dengan packaging botolnya yang comel dan ringan. Senang!
Pandan Leaf Extract Liquid : Beverage and Bakery |
Proses bagi mendapatkan jus pandan |
Pandan Leaf Extract Liquid ini ada dua jenis iaitu; untuk kegunaan dalam minuman [Beverage] dan juga untuk masakan [Bakery]. Pengekstrakan pandan leaf ini menggunakan bio-teknologi hijau untuk nutrien phyto optimum dan ianya dibotolkan secara eksklusif bagi mengekalkan kesegarannya. Setiap daun pandan yang dipilih adalah berkualiti. Bagi satu sudu pandan leaf extract liquid ini bersamaan dengan tujuh helai daun pandan. Ianya diyakini selamat, puas hati dan tiada bahan kimia yang digunakan kerana semuanya adalah secara semulajadi. Terdapat dua jenis pandan leaf extract liquid ini iaitu;
PANDAN LEAF EXTRACT LIQUID [BEVERAGE] Pandan Leaf Extract Liquid [Beverage] adalah khas untuk minuman. Warnanya lebih cerah hijau kekuningan.
PANDAN LEAF EXTRACT LIQUID [BAKERY] pula adalah lhas untuk masakan. Warnanya lebih pekat kehijauan. Kedua-dua ekstrak ini mempunyai bau daun pandan semulajadi dan tiada campuran pewarna digunakan.
Hari ini cx sangat teruja untuk masak Pengat Keledek Sagu Mata Ikan Pandan Leaf Extract Special. Wah gittew nama dia. Hihi. Dalam kepala ni ada macam² benda lagi nak buat tau dengan Natural Pandan Leaf Extract ni tapi cx kongsikan gambar ini dululah ya. Jika berkesempatan, cx akan kongsikan lagi resepi menarik dengan pandan leaf extract ini ya.
Pengat Keledek Sagu Mata Ikan Pandan Leaf Extract Special. |
Resepi Pengat Keledek Sagu Mata Ikan Pandan Leaf Extract Special:
Bahan²:
1. Keledek
2. Sagu Mata Ikan
3. Santan
4. Gula Melaka
5. Air
6. Pandan Leaf Extract Liquid Bakery
Cara²:
1. Panaskan periuk dengan api yang sederhana kemudian masukkan gula melaka sebuku besar yang telah dicincang.
2. Biarkan gula melaka mencair dan mula masukkan sagu mata ikan, biarkan masak.
3. Masukkan santan dan kacau agar tidak berkepala santannya.
4. Kemudian masukkan dua sudu kecil pandan leaf extract liquid bakery ke dalam periuk. Kacau dan dibiarkan sehingga naik bau haruman semulajadi pandan.
5. Masukkan keledek yang telah siap direbus.
6. Siap!

Warnanya adalah pekat kehijauan dan aromanya kekal harum semulajadi. |
Bila cx dah cuba pandan leaf extract liquid ini dalam masakan, kita akan rasa keenakan semulajadi daun pandan yang segar. Memang sedap sangat, sedang elok sahaja rasanya. Tak jadi masalah dah kalau tiada daun pandan untuk masakan kita selepas ini! Guna sahaja pandan leaf extract liquid! Setiap rumah mesti kena ada satu botol tau! Mudah sangat! Kerja pon jadi senang! Alhamdulillah
Kita kalau amalkan minuman jus daun pandan, ianya dapat menyejukkan dan melegakan haba badan. Selain itu, ia juga dapat memulihkan tenaga kita dengan lebih ccepat. Paling menarik ialah ianya anti-oksida, menenangkan jika diminum dan diekstrak menggunakan langkah Nano Bio-Teknologi yang maju, secara semulajadi bagi mengekalkan haruman dan rasa pandan itu sendiri. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh layari link seperti dibawah.

Website:
Facebook:
Natural Pandan Leaf Extract Concentrate
Instagram:
Direct Purchase:
Pandan Leaf Extract
Ekstrak Daun Pandan Semulajadi
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
20 Comments