بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hai semua. Sebagai ibu bapa, kita memang tak lari daripada perasaan risau bila anaknya mempunyai masalah kulit sensitif? Semua ibu risau. Betul tak? Yalah, bila setiap kali sesi mandi sahaja, bermulalah orang kata 'nightmare' ataupun pengalaman buruk untuk anak dan si ibu. Anak akan menangis kesakitan bila produk bayi yang digunakan tidak sesuai dengan kulitnya. Semestinya pedihkan? Kalau anak cx pon macam tu. Jika produk itu tak serasi, kemudian harinya, mesti mula naik merah² dan gatal gatal. Kesian dekat anak.
Kita selalu nak yang terbaik buat anak² tapi kadang² tak sedar bahawa pengunaan harian asas itulah punca utama. Kenapa cx cakap macam ni? Ianya disebabkan oleh bahan² yang digunakan dalam sesuatu produk kegunaan harian kita seperti sabun mandi dan sabun pencuci baju. Semuanya mempunyai bahan yang berpotensi untuk menjadi penyakit berbahaya seperti asma dan kanser. Takut betul bila dikenangkan. Nauzubillahiminzalik. Ianya tidak sama dengan Chomel Baby sebab produk ini anti-sintetik, tiada bahan kimia dan tidak menyebabkan kesan yang buruk kepada kulit bayi.
Sekarang ni, dengan adanya produk yang natural plant-based, seperti chomel, kita rasa selamat untuk menggunakannya! Ianya sangat sesuai untuk kulit bayi dan jenis sensitif. Chomel juga berkesan dan eco-friendly yang membuatkan bayi menjadi lebih sihat dan gembira. Bestkan? Tambahan pula, misi utama Chomel Baby adalah memperkasakan orang ramai untuk hidup bahagia dan sihat sentiasa. Mereka percaya bahawa bersih tanpa kompromi dan ketelusan adalah sangat bermakna dengan rekaan bijak ini. Mereka juga percaya mampu untuk mengubah dunia dengan satu produk sahaja. Okay jom cx bawa korang kenal² dengan produk chomel baby ni; Cx kongsikan sekali personal feedback cx sendiri setelah menggunakannya!
👶 CHOMEL BABY DAILY LOTION [500ML]
Ianya merupakan losyen yang lembut dan serba boleh, kerana ia mampu membantu melegakan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Dijamin tiada sintetik dan hanya menggunakan minyak semulajadi seperti Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare. TIDAK MELEKIT! Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan menjadikannya sihat serta lembut. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga.
Lotion dia paling cx suka! Cx ni jenis tak berapa suka pakaikan lotion dekat anak² tapi lotion ni best sangat! Sebab ianya tidak melekit tau! Tidak juga berminyak! Masa pakai tu, lotion jadi macam air tau dekat atas kulit, terus menyerap dengan baiknya. Tiada langsung rasa melekit! Ini serius! Dahlah wangi. Suka bau banyak kali bila cx apply dekat kulit sendiri. Ahhaha! Selepas ni mesti anak² cx wangi 24/7 dan kulit mereka pon jadi lebih lembut dan terjamin selamat. Anak² dahlah jenis allergic juga kulit. Jadi, memang terbaik Chomel brand ni tau!
👶 CHOMEL BABY HEAD TO TOE WASH [500ML]
Mempunyai PH yang seimbang dan bebas sabun daripada kepala hingga ke hujung kaki. Ianya membantu membersihkan tanpa memberikan pengeringan yang berlebihan. Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan melembabkan kulit. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga.
Pada cx, Baby Head to Toe Wash ni pertama sekali semestinya bau dia sangat wangi, lembut sahaja bauannya. Ala² bayi tau. Suka sangat bau. Bila dah kita pakai kena ke kulit, lagi semerbak harumannya. Satu rumah boleh bau. Wangi sangat. Sabun mandi ni ianya memang bila kita pakai, kulit akan rasa firm sahaja, lembut dan moist. Cx sangat setuju bila dikatakan Chomel produk ini melembabkan kulit. Betul sungguh! Selepas cuci, kulit memang jadi lembab dan tidak menyebabkan kulit kita kering. Ini serius tau!
👶 CHOMEL BABY WIPES [30SHEETS]
Lapisan tisu ini diperbuatkan sangat tebal dan ianya lebih tahan lama. Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan melembabkan kulit. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga.
Baby wipes ni ni belum buka pon dah wangi bau dia. Lembut sangat. Cx rasa sayang nak guna sebab wangi. Hahah Hahah tapi kena juga. Haha Baby Wipes ni ni memang tebal tak macam brand lain, nipis kan? Lepastu bila pakai, semestinya ia membantu untuk melembabkan kulit kita. Cx suka sangat! Kalau anak² tangan kotor ke kan, cx pakaikan sahaja wipes ni. Bersih pon ya, wangi pon ya.
Okay, lepas ni memang anak anak cx sentiasa wangi, bersih, dan selamat kulit mereka daripada bahan² chemical yang kita tak tahu tahap keselamatannya. Anak² happy, mak pon bahagia! Terima kasih chomel baby kerana mencipta produk yang sangat bagus! Kalau korang berminat untuk ketahui lebih lanjut; boleh terus terjah di link yang cx kongsikan di bawah okay. Korang takkan rugi sebab Chomel Baby dah banyak keluarkan pelbagai produk untuk kegunaan seisi keluarga yang dijamin selamat. Paling penting, ianya HALAL oleh JAKIM Malaysia dan mendapat kelulusan KKM.
Website:
Facebook:
Instagram:
Produk Natural Terjamin Keselamatannya
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
27 Comments
How to deal with markets ups and downs?