Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 17
hye peeps! morning! orite, entry kali ni sangat simple.. Kita hidup dekat dunia ni, sebagai manusia yang saling memerlukan.  Jadi, apabila orang berbudi.. kita perlulah berbahasa kan? Tak gitu? Bulan-bulan puasa ni kan.. Tak salah kalau berbahasa.. Sikit pon okay. Tak luak pon air liur tu..



Bukan nak suruh dikenang atau disanjung menggunung tapi cukup sekadar give back what you get as simple as "thank you'. enuf! Tak minta pun duit, masa, apatah lagi kasih sayang.  Belajar-belajar lah untuk berbahasa ya.  Kita ni dah la orang Melayu.  Dikatakan orang Melayu penuh adat sopan santunnya tapi? Jangan gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga babe. 

Entry ni actually taklah marah-marah tapi kalau korunk baca pon pasti korunk akan terikut dengan nada yang aye sendiri takleh nak tipu. Yes! aye marah! *reti ke marah? huhu.. oke tipu lagi.  Okaylah korunk, aye just nak nasihatkan. tak perlu nak sombong sangat dalam dunia blogging ni. Kita sume sama.  Last-last kubur juga tempat tidur kita.  Jangan terlalu eager sampai tak reti hormat orang. :) Sedangkan Abg Ben yang gile feymes tuh pun HUMBLE .. inikan pula *awak yang baru jer nak naik? Astaghfirullahalazim.

Aye sedar yang aye ni pun baru lagi tapi aye tahu apa itu erti hormat, sopan santun dan tidak meninggi diri.  Even OTAI turun padang beramah mesra dengan NEWBIE .. kita perlu tahu level kita untuk menghormati mereka kerana mereka lebih makan garam daripada kita.  Cubalah amalkan nilai-nilai murni dalam diri. Tak rugi apa-apa pun. Untung lagi ade la kan .. so, please.. respect others. :)

Cubalah terapkan dan amalkan nilai-nilai murni dalam diri

Pencapaian duniawi tidak membawa ke alam Akhirat
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"