Assalammualaikum w.b.t
sharing number 7
Morning peeps. aye takde apa nak celoteh, just nak sampaikan pesanan Dr. Danial Zainal Abidin. Pesanan beliau ini adalah ringkasan atau pun kesimpulan daripada ceramah beliau di Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.
handsome kan? :) hehe |
Tajuk ceramah beliau adalah Hikmah Ramadhan yang telah berlangsung pada 28 Julai 2011 kelmarin. Seronok dengar ceramah beliau. Jika korunk perasan, entry aye bulan Ramadhan ni majoriti adalah sumber ceramah beliau. :) okaylah, pesanan beliau itu adalah berbunyi bergini ..
Berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud kita mengejar ketakwaan dan pada ayat 185 bermaksud, kita disuruh mendekatkan diri kepada Allah dengan mengkaji Al-Quran.
Justeru itu, perbanyakkanlah bacaan Al-Quran kita di musim Ramadhan dan bacalh bahan-bahan bacaan yang lain supaya kita dapat mengejar takwa dan sekaligus memahami Al-Quran serta dengan itu, roh Ramadhan tidak lari daripada kita. InsyaAllah.
Jadi kawan-kawan, bacalah Al-Quran :) Tidak akan pernah seseorang itu rugi apabila dia mendekatkan diri kepada agama Allah :) Islam itu mengajar kita erti sebuah ketakwaan.
Islam agamaku
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"
8 Comments
moga Allah swt memberi rahmat pada penulis blog ini....atas perkongsian info ni.
amin..
selamat berpuasa