Pengalaman Pertama Dapat Email LHDN Untuk Declare Tax

Pengalaman Pertama Dapat Email LHDN Untuk Declare Tax

Bila pertama kali dapat email dari LHDN, perasaan CX memang bercampur-baur. Panik, risau dan terus fikir macam-macam. Mana tidaknya, selama ini selalu dengar orang kongsi untuk declare tax tetapi apa yang CX tahu, ianya ada maximum amount income yang dikenakan. Benda ni memang paling CX takutkan tau sebenarnya tapi akhirnya, LHDN bagi salam juga melalui email. Terus dalam kepala CX terfikir, 'weh! income aku setahun dah capai maximum amount yang LHDN tetapkan ke?'. Sumpah CX agak serabut dan berdebar-debar ya. Makanya, jom CX kongsi apa yang CX buat bila terima kiriman salam sayang dari LHDN untuk declare tax. 

declare tax
Pengalaman Pertama Dapat Email LHDN Untuk Declare Tax

Kenapa CX Dapat Email LHDN? 

Memang bila dapat email ni, CX setiap hari jadi tak keruan. Dalam kepala asyik fikir income melebih-lebih ke dalam setahun? Aduh! seriuslahkan? Tapi sebenarnya masa awal-awal CX mula berjinak dalam dunia blogger, CX memang ada buat catitan segala job yang CX buat.  Ini semua berkat Aben (Ben Ashaari) sebab Aben selalu pesan suruh tulis dan rekod segala kerja yang kita buat.  Tulislah dekat mana pon, asalkan ada rekod.  Jangan abaikan sebab ada kes waktu tu tahun 2019, LHDN minta blogger declare tax, menggagau nak cari balik semua job list. Jangan buat pasal! Syukur CX memang rekod since 2019. Alhamdulillah. Tapi itupon gelabah. Haha!

CX rasa dan tahu kenapa CX boleh dapat email LHDN ni.  Kalau korang semua cakna, bermula tahun 2025, kerajaan dah wajibkan kita semua daftar nombor TIN bagi sesiapa yang ada membuat perniagaan atau menerima pendapatan secara langsung atau tidak.  Makanya CX sebagai blogger sejak 2019 dan sehingga kini 2026 masih tulis blog ditambah pula dengan kerja sebagai content creator, sudah pasti nama dah masuk sistem sebab dah daftar nombor TIN. 

Macam mana boleh detect melalui nombor TIN? haa, CX kalau client minta invoice, mereka akan request nombor TIN sekali untuk rekod kewangan syarikat.  So, dari situ nama dan nombor TIN kita automatically dah ada dalam sistem LHDN melalui kerja kolaborasi dengan client


declare tax
Pengalaman Pertama Dapat Email LHDN Untuk Declare Tax

Cara CX Uruskan Email LHDN

Secara jujurnya, CX memang tak tahu apa nak buat tapi nama pon blogger kan? Alumni UiTM pula pelajar Office Management , takkan tak tahu nak cari maklumat untuk study kan? So memang CX study banyak hari juga sebab tak faham.  Lagi haru waktu tu, laptop pula rosak.  Memang agak payah sebab guna telefon tak dapat nak support borang yang perlu kita kaji dan isi. Nak atau tidak, perlu guna laptop. Agak struggle ya. 

Menangis jugalah stress sebab takut kena denda bila lambat declare.  Suami CX siap bawa ke office nak tolong CX settle benda ni tapi tak juga siap sebab masa terhad.  Sakit kepala betul sebab memang complicated rasa nak selesaikan.  Bila baca borang dia, tak faham satu hal, pastu takut tersalah isi.  Tapi selepas CX baca sedikit sebanyak ada juga fahamnya.  Declare tax ni tak semestinya kena bayar cukai.  LHDN bagi salam supaya declare sahaja. Macam tulah! 

So sekarang ni, CX tak settle lagi sebenarnya isi borang cukai ni sebab tengah susun semula segala rekod yang CX tulis secara manual dulu dalam buku, CX transfer ke dalam Excel. Kenapa? Sebab CX nak kena tahu the real amount untuk setahun. Amount ini bukan sekadar duit yang kita dapat ya, tetapi segala gift review, food review tak berbayar, semua itu kita kena letakkan amount based on apa yang kita dapat. So, sekarang CX tengah struggle juga untuk search semula gift and food review tak berbayar tu punya maklumat. 

Korang bayangkan dari tahun 2019, memang CX mula dengan banyak gift review sebab tengah nak branding diri sendiri waktu itu. Makanya banyaklah masa terbuang dekat sini. Makan masa sedikitlah sebab nak kena buat kira-kira. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan dan ya, sekarang baru sampai tahun 2021. Jauh lagi uiii perjalanan nak ke tahun 2025. Ayuhlah berhuhu nak siapkan rekod ni secara rasmi dan teratur. Mudah nak kira berapa income sebenar kita dapat dalam setahun sebab dalam borang declare tax LHDN tu, kita kena key in total income setahun.  Tak boleh nak tipulah sebab nanti dia minta segala bank statement dan rekod yang ada. kena tally

declare tax
Pengalaman Pertama Dapat Email LHDN Untuk Declare Tax

Perlu Ke Takut Bila Declare Tax? 

Rasa-rasanya perlu ke takut? Jika di awal waktu sebelum tahu dan ada ilmu sedikit hasil risikan, bacaan dan kajian, memang CX takut. hahah! Siapa tak takut sebab kerja buat tak seberapa pon dapat, tiba-tiba kena bayar tax. Rasa takut sebab takut tak ada duit nak bayar dan kena denda. haha! 

Penting sebenarnya declare cukai pendapatan ni tau.  Seeloknya declare setiap tahun.  Macam CX, tahu je kena declare tapi CX tak buat sebab rasa tak perlu disebabkan kita fikir, income aku tak capai pon tahap sampai kena bayar cukai. Dekat sinilah CX silap ya. Once kita dah buat kerja dalam bidang sebegini, kita dah perlu declare sebenarnya.  

So memang jadi pengajaran juga buat diri sendiri selepas ini.  Eloklah kita buat declaration tax setiap tahun tanpa skip ya.  Lagipun bila kita declare tax setiap tahun, kita dapatlah elak masalah di kemudian hari macam yang CX hadap inilah. haha! Padan muka kan? Kita boleh elak penalti atau denda bila sudah declare sebenarnya.  Paling penting, rekod kewangan jadi lebih teratur. Begitulah gamaknya ya yang CX faham setakat ini.  Sekian saja. Nanti kalau CX dah selesai semua, CX update lagi dengan korang okay. InShaaAllah tak janji tau. hahaha! kbai!

declare tax
Pengalaman Pertama Dapat Email LHDN Untuk Declare Tax

FAQ Session

Kenapa saya dapat email dari LHDN? 
+ Biasnaya kerana kita mempunyai pendapatan atau nama telah direkodkan dalam sistem LHDN.

Adakah declare tax bermaksud mesti bayar cukai? 
+ Tidak semestinya.  Jika pendapatan di bawah paras dikenakan cukai, kita mungkin tidak perlu membayar apa-apa. 

Apa jadi kalau abaikan email LHDN? 
+ Mengabaikan email boleh menyebabkan dendan atau tindakan susulan daripada LHDN.

Selamat ke login MyTax melalui link dalam email? 
+ Lebih selamat jika kita login terus ke portal apps rasmi MyTax tanpa klik pautan dalam email. 

Perlu ke declare tax walaupun pendapatan kecil? 
+ Ya! Pengisytiharan tetap digalakkan untuk elakkan masalah di masa depan. 

Post a Comment

0 Comments