Promosi Kembali Ke Sekolah 2024/2025 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Persediaan Kembali Ke Sekolah 2024/2025 Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Tahun 2024 ini merupakan sesi persekolahan baru untuk anak-anak cx si abang dan kakak. Abang masuk tahun tiga bagi sesi 2024/2025, manakala kakak melangkah kendunia baharu darjah satu. Makanya segala perkakas, pakaian sekolah serba-serbi kena beli baharu. 

Jika dulu kita perlu risaukan peralatan dan pakaian sekolah pagi sahaja tetapi tidak zaman anak-anak sekarang. Pagi petang dah penuh dengan sesi persekolahan. Alhamdulillah kakak kena beli baju baru untuk sekolah sesi pagi dan sesi agama di waktu petang. Macam biasa tempat pilihan cx sekeluarga adalah di Puasat Pakaian Hari-Hari MiTC Melaka. Dah jadi tempat rasmi keluarga kami pula rasanya sebab setiap tahun pon beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari juga. 

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari


Promosi Kembali Ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari Kini Berlangsung

Persediaan cx untuk anak-anak kali ini semuanya kami sediakan awal. Almaklum tahun ini tarikh naik sekolah sama dengan bulan Ramadhan umat Islam berpuasa dan menyambut hari raya. Makanya semua kami sediakan awal. Alhamdulillah rezeki itu hadir tepat waktu. Syukur.

Cx suka beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari sebab selalunya mesti ada promosi kembali ke sekolah. Waktu promosi kembali ke sekolah kebiasaannya kami dapat jimat banyak juga. Macam tahun lepas pon kami beli sini cuma kali ini ada penambahan jumlah sikit memandangkan kakak masuk sesi persekolahan baharu. 

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Promosi kembali ke sekolah kali ini macam biasa kami pilih jenama pakaian sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari seperti Johny&Jenny dan No Problem. Dua jenama pakaian sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari ini memang sedap bila dipakai. Kualiti kain dia baik, sejuk sahaja bila pakai. Anak-anak pon selesa sebab tak tebal dan tak nipis sangat. Memang sedang elok sahaja apabila dipakai. Lagipun, kain jenis cotton tidak panas dan tidak jarang.  

Kain jenama Pusat Pakaian Hari-Hari ini boleh tahan cantik juga. Setanding dengan jenama terhebat. Macam anak cx si abang, dia suka pakai jenama No Problem sebab cantik kain dia dan selesa sangat katanya. Si kakak pula cx belikan jenama Johny&Jenny sebab No Problem ada yang dah habis stok. Tapi dua-dua pon jenama Pusat Pakaian Hari-Hari dan ianya sangat cx syorkan untuk beli. 

Layanan Dan Perkhidmatan Terbaik Oleh Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari MiTC Melaka

Tambahan lagi kenapa Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan cx sekeluarga untuk membeli kelengkapan sekolah adalah disebabkan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Pekerja mereka memang sangat ramah-tamah dan rajin melayan. Waktu cx pergi haritu, tak cukup pekerja tau sebab ada yang tengah rehat dan cuti sakit. Cx kagum betul dengan kegigihan pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari MiTC ni. Mereka sangat komited dengan kerja dan amanah. 

Korang bayangkan dengan pekerja yang kurang, pelanggan pula makin ramai. Mereka boleh layan dengan baik sekali ya. Pantas mencari dan membantu kami semua. Cx rasa mereka hebat sebab boleh ingat apa permintaan pelanggan. Almaklum mak bapa ramai minta saiz baju anak yang berlainan. Mereka boleh ingat dan bantu kami dengan baik. Cx puas hati sangat. 

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Pusat Pakaian Hari-Hari, One Stop Center Kelengkapan Sekolah 

Disebabkan Pusat Pakaian Hari-Hari merupakan One Stop Center kelengkapan sekolah, makanya memang serba serbi cx beli kelengkapan sekolah anak dekat sini sahaja. Tak rajin nak cari dekat tempat lain dah. Jimat masa tenaga dan duit juga. Alhamdulillah. 

Kali ini antara kelengkapan sekolah yang cx belikan untuk anak-anak boleh tahan banyak juga. Antara kelengkapan sekolah yang kami beli adalah;

  • 2 Set Baju Kurung Sekolah Kebangsaan
  • 2 Set Baju Kurung Sekolah Agama
  • 1 Set Baju Kemeja Sekolah Kebangsaan
  • 3 Helai Tudung Sarung
  • 2 Set Stokin
  • 2 Set Kotak Pensil
  • 1 Pasang Kasut Sekolah
  • 2 Pasang Seluar Sukan

promosi kembali  ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

promosi kembali ke sekolah
Promosi Kembali Ke Sekolah 2024 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Ada banyak lagi jenis pakaian yang ada dekat pakaian lain yang dijual di Pusat Pakaian Hari-Hari.  Contohnya bag sekolah, botol air masak, tali leher, baju pengawas, baju sukan, songkok, alat tulis sampin, dan banyak lagi kelengkapan sekolah disediakan. Kita tinggal tengok dan pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Cx memang bagi anak-anak pilih buat pilihan sendiri apa yang mereka mahu, cumanya cx dan suami sebagai pemandu untuk bagi mereka buat pilihan yang terbaik.  

Korang boleh dapatkan semua perkakas dan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari okay. Jangan risau, semua kelengkapan sekolah ada di sana.  Tak perlu untuk fikir beli dekat tempat lain.  InshaAllah semua saiz masih ada. Jangan lambat-lambat okay. 

98 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: https://ehari.com.my

Post a Comment

4 Comments

Warisan Petani said…
Banyak keperluan persekolahan terdapat di pusat pakaian hari2
adnil linda said…
puas hati beli kat MITC punya hari2...semua ada..sediakan duit je..tp kalau lambat2, habis juga saiz nya
Roziah @ Cie said…
Cie pun suka shopping baju sekolah kat hari2 ni. Kualiti kain dia elok. Tahan lama.
Syiera Firdaus said…
Best beli di sini. Lengkap semua di sini