Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Pada 6hb sehingga 8hb Oktober 2023, telah berlangsungnya Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.  Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 ini dianjurkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).  

Showcase SDSI Madani Peringkat Kebangsaan 2023
Showcase SDSI Madani Peringkat Kebangsaan 2023

Pembukaan sebanyak 14 pavilion negeri dan wilayah persekutuan dibuka dengan penyertaan seramai 146 usahawan SDSI dari seluruh negara.  Ianya berlangsung untuk showcase Jualan Usahawan SDSI daripada empat kluster SDSI iaitu produk Makanan & Minuman (F&B), inap desa (homestay), produk kraf dan produk / perkhidmatan kesihatan. Jualan Anekarasa MADANI turut diadakan dan turut melibatkan seramai 43 orang usahawan dalam mempromosikan dan memperkenalkan pelbagai menu yang unik serta terkenal dari seluruh negara.  

SDSI Memperkasa Rantaian Perniagaan (Networking)

Satu Daerah Satu Industri (SDSI) adalah sangat berpontensi dan berkualiti, makanya program ini sangat membantu dalam memperkasakan lagi serta memperluaskan rantaian perniagaan (networking).  Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 ini tujuannya adalah untuk menyediakan medium pemasaran produk/ perkhidmatan SDSI yang berkualiti, meningkatkan imej produk/perkhidmatan SDSI.  Selain itu, showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 ini dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada umum mengenainya. Menerusi platform ini juga, ia urut memberi peluang kepada KUSKOP dsan kerajaan untuk menyampaikan maklumat berhubung perkhidmatan keusahawanan dan koperasi melalui sesi taklimat, pameran kepada usahawan, koperasi dan komuniti setempat. 

Showcase SDSI Madani Peringkat Kebangsaan 2023
Showcase SDSI Madani Peringkat Kebangsaan 2023

Jualan Rahmah Mengimbangi Kos Sara Hidup Rakyat

Selain itu, bagi mengimbangi peningkatan kos sara hidup Rakyat, KUSKOP melalui agensinya iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan Jualan MADANI Koperasi (JMK).  Jualan ini menawarkan barang keperluan asas seperti beras, telur, dan minyak masak dengan kadar yang berpatutan dan lebih murah daripada pasaran tempatan.  KUSKOP turut bekerjasama dengan kementerian lain melalui penganjuran Jualan RAHMAH oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jualan Agro MADANI oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).  Program-program ini akan memanfaatkan rakyat, usahawan dan anggota koperasi dalam mendapatkan barang keperluan asas pada kadar harga yang berpatutan. 

Showcase SDSI Madani Peringkat Kebangsaan 2023
Showcase SDSI Madani Peringkat Kebangsaan 2023

Peluang Rantaian Perniagaan Diwujudkan

Dalam meningkatkan peluang dam memperluas akses pasaran, Program Padanan Perniagaan (PADANIAGA) turut diadakan bagi membantu usahawan dan koperasi terutamanya SDSI.  Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan hubungan antara PMKS dan koperasi dengan pasar raya besar, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyediakan peluang rantaian perniagaan.  

Post a Comment

0 Comments