The Mother 2023 Netflix Review

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

The Mother Netflix Review

Beberapa minggu lepas masa balik rumah mak cx, adik cx dah pasangkan Netflix dekat rumah mak rupanya. Kemudian, ada satu hari cx balik sana, tiba-tiba mak cakap tolong bukakan cerita mother tajuk dia, tajuk penuh mak lupa katanya.  Jadi, cx pon bukalah Netflix dan niat nak carilah.  Lepastu ada nampak recently view dekat list tu, jadi mak cx pon cakap, haa ya itu cerita dia. Makanya tontonlah kami dua beranak. 

the mother movie
The Mother 2023 Netflix Review

The Mother Movie 2023

The Mother Movie 2023 ini mengisahkan tentang seorang bekas perisik hebat satu pasukan khas di Amerika Syarikat.  Watak sebagai 'The Mother' yang dilakonkan oleh pelakon terkenal dan berbakat iaitu Jennifer Lopez telah berjaya membawa wataknya dengan baik. The Mother setelah habis perkhidmatan dengan pasukan khasnya, dia telah terjebak dengan geng penjualan senjata haram dan perdagangan orang.  The Mother sangat kesal dengan tindakannya sendiri.  The Mother seorang yang sangat hebat dalam menggunakan senjata, pisau dan juga pertempuran tanpa senjata semasa dalam pasukan khas tentera Amerika Syarikat.  Siap digelar sebagai 'confirmed kill' bagi setiap misi yang dijalankan. 

Disebabkan geng jahat yang disertainya itu ingin mengejar kekayaan, The Mother telah mengalami dan mencipta memori terburuk dalam hidupnya.  Kisah hitamnya bermula apabila the mother telah hamil hasil hubungan dengan salah seorang geng jahatnya.  Tetapi bukan ini kisah yang mahu ditonjolkan dalam the mother, identiti bapanya tidak menjadi asbab untuk pemburuan the mother seterusnya.  Tetapi sebaliknya the mother telah diminta untuk menyerahkan anaknya ke kebajikan masyarakat atas syarat dan perjanjian dengan FBI sebagai pemberi maklumat tentang kegiatan haram geng jahatnya. 

the mother movie
The Mother 2023 Netflix Review

Bermulalah kehidupan baharu the mother dengan identiti baru di Alaska setelah diminta untuk tinggalkan negara mereka atas faktor keselamatan.  Namun menjadi cerita lain pula apabila the mother dapat tahu geng jahatnya berniat untuk menculik anaknya yang kini berusia 12 tahun.  Di situ the mother telah bertekad untuk hadap dan harungi sendiri misi ini agar anaknya selamat.  Tetapi sepanjang misi tersebut, tanpa mengenalkan dirinya adalah the mother kepada anaknya, membuatkan misinya sukar dan tersasar daripada rancangan asal.  Termasuklah sahabat baik yang membantunya juga terbunuh oleh geng jahatnya.  Selamat atau tidak anaknya dalam misi persendirian the mother? Korang kena tengok sendiri okay.

Baca lagi: Mummies Movie 2023 

The Mother Movie 2023 Netflix Review

Cx tonton The Mother Movie 2023 Netflix ni dah setengah jalan waktu itu. Kiranya dah ke kemuncak ceritalah.  Jadi, jalan cerita dia jadi lebih menarik waima rasa macam geram sangat dengan perangai anak the mother.  Tapi cx fahamlah, kalau kita dekat tempat dia pon akan buat benda sama.  Cx jadi seronok tengok cerita ni sebab ada aksi-aksi lawan yang menarik. The mother juga menyentuh emosi kita sebagai seorang ibu dan anak.  Cx recommend korang untuk tonton



Plot cerita the mother memang best sebab memang tujuan cerita bukan sebab sibukkan hal siapa bapa anak dia tetapi lebih kepada sifat kasih sayang dan keibuan the mother dalam menyelamatkan anak dia. Waima dia tak reti nak tunjuk kasih sayang sebenar kepada anaknya tetapi the mother dah cuba yang terbaik untuk bagi dan luahkan kasih sayang waima pelik sikit. 

Okay, lebih-lebih cerita nanti dah tak seronok.  Korang tengok sendirilah ya.  Cx bagi 10/10 bintang untuk cerita The Mohter Movie 2023 ini. Sekian, korang pergi tengok sekarang. kbai! 

Post a Comment

0 Comments