Raudah Safa Soap Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Muka Gatal Dan Mengecutkan Jerawat


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Rimasnya Bila Kulit Muka Gatal-Gatal Dan Berjerawat

Siapa ada masalah kulit muka gatal? Haa, korang sama dengan cx.  Cx ni kulit muka jenis normal tau tapi ada masa memang akan gatal beriya.  Bukan sahaja disebabkan oleh persekitaran tetapi makanan juga mempengaruhi kegatalan kulit muka cx.  Kadang-kadang tu cx rasa nak tonyoh saja dengan sikat ke berus ke kan? Tapi sayang oi! Muka is asset mahal. Hahah. Makanya cx cuci sahaja macam biasa.  Itupon ada masa tak hilang kegatalan di kulit muka. Ku pasrah Ya Allah! 

Selain itu, siapa ada masalah jerawat juga? Haa, cx nak bagitahu juga ini salah satu cara yang korang patut cuba! 

Jadi,  baru-baru ini ada kawan blogger cx recommend untuk cuba satu sabun muka.  Katanya boleh membantu mengurangkan dan melegakan masalah kulit muka gatal. Bukan itu saja, boleh juga membantu mengecutkan jerawat.  Bila cx dengar sahaja, cx rasa macam teruja untuk cuba.  Yalah, tak salah pon nak ikhtiar pelbagai cara.  Mana baik kita ambil, betul tak? Jadi, cx pon cuba. 

safa soap face deep cleansing
Raudah Safa Soap Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Muka Gatal dan Mengecutkan Jerawat

Apa Penyebab Kulit Muka Gatal? 

Sebenarnya banyak faktor dan penyebab kulit muka jadi gatal.  Antara penyebab kulit muka gatal adalah disebabkan penggunaan komestik yang tidak sesuai.  Contoh macam kalau lepas korang cuci muka menggunakan kosmetik tertentu, dalam beberapa waktu kulit muka akan naik gatal-gatal dan merah.  Pernah kena tak? Cx ada tau pengalaman bila pakai satu skincare ini, lepas saja guna, muka mesti rasa gatal-gatal dan kemerahan. Jadinya cx tahulah ianya tidak sesuai dengan jenis kulit cx. 

Selain itu, kulit muka sejenis alahan atau alergic orang putih kata pon antara penyebab kulit muka gatal. Cx jenis kulit alahan.  Lebih-lebih lagi kalau tengah mengemas yang melibatkan habuk, memang kejap lagi dapatlah habuan.  Tak payah cakaplah dia punya kesan tu.  Memang muka naik merah-merah dan mata pon gatal sama. Hidung tak payah cakap, bersin setiap masa. Biasalahkan alahan disebabkan persekitaran berhabuk, bulu kucing pon boleh jadi punca juga. 


Jerawat pon antara sebab kulit muka gatal tau.  Cx bukan sejenis kulit muka yang berjerawat.  Sesekali tu ada juga timbul jerawat tapi jarang sekali.  Tapi kalau jerawat muncul, memang merenyam sungguh rasa dia.  Mulalah tangan gapil sibuk nak menggaru.  Lagi teruk jadinya nanti kan? 

Penyebab lain kulit muka gatal adalah pori-pori tersumbat.  Ya Allah! liang pori cx dah lah sejenis besar tau.  Jadi memang mudah sangat untuk tersumbat.  Cx tak tau apa cara lagi boleh buat untuk kecilkan liang pori bagi mengelakkan masalah kulit muka gatal. 


safa soap face deep cleansing
Raudah Safa Soap Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Muka Gatal dan Mengecutkan Jerawat

Safa Soap Face Deep Cleansing Raudah Beauty

Inilah sabun yang cx cakapkan dekat atas tadi iaitu Safa Soap Deep Cleansing dari Raudah Beauty.  Safa Soap ini kecil comel sahaja saiz dia. Senang untuk di bawa kemana-mana.  Nak lagi efisyen, korang potong dan keratlah kecil-kecil.  Safa Soap Face Deep Cleansing dari Raudah Beauty ini memberikan kesan yang baik dan positif untuk kulit muka gatal macam cx.  Jadi, kenapa perlu cx tukar kepada Safa Soap Face Deep Cleansing selepas ini? Inilah faktornya; 

  • Membantu mengurangkan kegatalan di muka akibat resdung, debu dan alahan bulu kucing. 
  • Membantu menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. 
  • Membantu memudarkan parut hitam akibat jerawat. 
  • Membantu mengecutkan jerawat. 
  • Tidak membuatkan kulit muka jadi tegang selepas mencuci. 
  • Membantu mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah. 
  • Membantu membersihkan sehingga ke liang pori. 
  • Membantu mengawal minyak di muka. 

.: PERHATIAN!

  • Ohya, kulit kering juga merupakan penyebab kulit muka gatal-gatal, tetapi korang kena tahu yang Safa Soap ini TIDAK SESUAI digunakan bagi kulit muka jenis kering.  Ingat okay! Nak pakai safa soap masih boleh tetapi korang kena rajin moisturize kulit muka semula. 
  • Safa soap BUKAN sabun resdung tetapi ianya sesuai untuk resdung. 
  • Safa soap BUKAN sabun eczema dan ianya TIDAK SESUAI untuk eczema ya. 
  • Safa soap SESUAI untuk orang yang kulit berminyak.

safa soap face deep cleansing
Raudah Safa Soap Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Muka Gatal dan Mengecutkan Jerawat

Cara Mudah Menggunakan Safa Soap Face Deep Cleansing

Nak gunapakai Safa soap sangatlah mudah. Korang disarankan untuk basuh dan cuci muka dengan menggunakan Safa Face Deep Cleansing pada setiap pagi dan malam.  Selain itu nak guna ketika muka diserang gatal-gatal pon boleh.  Sesuailah tu masanya. Okay dah jom cx kongsi sikit cara nak guna Safa Soap ini di bawah ya. 
  1. Basahkan muka terlebih dahulu dengan air suam atau air bersih.
  2. Basahkan Safa Soap dengan air.  Gosok perlahan-lahan sehingga mengeluarkan buih. 
  3. Sapu lembut pada kulit wajah dan urut dua tiga minit.  Kemudian bilas seperti biasa. 
Safa Soap Face Deep Cleansing mengandungi bahan-bahan terpilih seperti; Aqua, Lauric Acid, Stearic Acid, Decyl Glucoside, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Sucrose, Propylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Propanediol, Sorbitol, Sodium Lactate, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipropylene Glycol, Dipotassium Glycyrrhizinate, D-panthenol, Sodium Citrate, Niacinamide, Pelargonium Graveolens (Geranium) Flower Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Oil, Bifida Ferment Lysate, Salicylic Acid, Sodium Chloride. Kandungan sabun pencuci muka Safa Face Deep Cleansing adalah baik dan membantu untuk kulit muka yang bermasalah seperti resdung dan juga jerawat.


Pengalaman Dan Testimoni Selepas Penggunaan Safa Soap

Berdasarkan pengalaman cx yang tidak sebarapa ini, setelah penggunaan beberapa ketika Safa Soap Face Deep Cleansing, cx rasa kulit muka menjadi lebih lembab. Kegatalan yang cx alami selama ini beransur elok.  Safa soap membantu juga untuk membuatkan cx rasa muka menjadi lebih bersih.  Almaklum bila kulit muka gatal, memang rasa macam muka ini menggerutu saja tau. Tapi Alhamdulillah safa soap membantu sedikit sebanyak masalah kegatalan kulit muka cx. 

safa soap face deep cleansing
Raudah Safa Soap Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Muka Gatal dan Mengecutkan Jerawat

Tapi kalau korang sejenis kulit muka berjerawat, korang kena cuba sendiri Raudah Safa Soap ini tau.  Dalam pengetahuan cx, Safa Soap ini membantu mengecutkan jerawat korang tau dengan penggunaan konsisten.  Gatal-gatal dekat muka pon InshaAllah berkurang. Bila muka berjerawat ini kadang-kadang disebabkan masalah minyak yang berlebihan.  Jadinya, korang mesti cuba Safa Soap ini sebab ianya juga boleh membantu mengurangkan kulit muka yang berminyak.  Nanti bila kulit muka lebih bersih, jerawat pon senang kecut dan tiada lagi kegatalan! Cuba okay!


























Post a Comment

0 Comments