My Last Birthday Surprise Celebration


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


My Last Birthday Surprise Celebration

Tak sangka dalam usia tiga siri ini pon masih dapat birthday surprise celebration. Tak sangka tau semalam bila ipar-ipar dan adik beradik cx buat birthday celebration. Sebenarnya pada 5hb Mac 2023, adalah birthday abang cx nan seorang tu. Macam biasa kakak ipar akan buat small celebration bersama keluarga. Tapi tak sangka pula cx pon diraikan juga. Alhamdulillah. 

Paling sweet bila anak buah cx nan seorang pon bagi hadiah dekat makngah dia. Alahai tersentuh hati makngah. Terima kasih Dania. Terima kasih ibu abah. Terima kasih makyong pakyong. Terima kasih suami dan anak-anak. Dah macam menang award pula bagi ucapan. 

Birthday Celebration
My Last Birthday Surprise Celebration

Cx tidak mengharapkan apa-apa dalam kehidupan sekarang sebab cx syukur dah dengan apa yang Allah kurniakan. Ya sebagai manusia, semestinya kita banyak rasa kurang syukur selama ini. Tapi bila dah semakin meningkat usia, cx hanya mahukan ketenangan. Tenaaaanggg, ribut jiwa ~ haa sambung sendiri lagu tu .

Cx sekarang cuma mahu buat apa yang cx suka dan misi cx adalah nak tangkap gambar banyak-banyak dan buat koleksi. Biar setiap moment yang diambil bakal menjadi kenangan buat orang lain. Kita tak tahu bila hari akhir kita. Jadi cx ambil semua gambar dengan keluarga, segala moment cx ketik saja. Nanti nak cuci gambar simpan dalam album. Biar menjadi kenangan terakhir untuk tatapan bersama. 

Okaylah. Cx tak ada apa pon nak dicakapkan lagi memandangkan cx pon takut juga jika silap cakap. Cx cuma harap korang doakan cx ada masa untuk buat semua yang cx nak buat. Terima kasih semua. Nanti kenang cx dalam doa korang okay. Love you all ! Kbai


Post a Comment

1 Comments

iena eliena said…
Happy Belated Birthday Dear :)